Ludah, jangan bilas!
Berikut merupakan mesej yang diberikan oleh Yayasan Kesihatan Pergigian setelah kajian terbaru menunjukkan bahawa kita semua meletakan diri dalam risiko dengan cara membersihkan gigi selama ini.
Sebelum ini, sudah menjadi satu perkara wajib untuk kita membilas selepas menggosok gigi namun tahukan korang bahawa sebenarnya habit itu tidak elok untuk kesihatan gigi kita.
Menerusi pengundian yang dijalankan oleh Bulan Senyum Kebangsaan menunjukkan 62 peratus netizen membilas mulut menggunakan air selepas menggosok gigi seterusnya membawa kepada kerosakan gigi yang lebih serius.
Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif yayasan tersebut menjelaskan mengapa sebabnya kita hanya perlu meludah dan bukannya membilas dengan air selepas memberus gigi.
“Membilas dengan air adalah satu habit yang buurk kerana ia membuang fluorida pelindung yang tertinggal semasa kita memberus gigi.
“Fluorida merupakan bahan tunggal paling penting dalam ubat gigi. Ia membantu kesihatan mulut dengan menguatkan enemal gigi menjadikannya lebih kuat dan mengelakkan gigi mereput.
“Selain itu, ia juga mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan oleh bakteris pada gigi anda. Dengan meludah, ia memastikan fluorida yang terdapat dalam kebanyakan ubat gigi kekal di gigi,” katanya.
Tambahnya lagi, menggunakan mouth wash selepas menggosok gigi juga sebenarnya tidak elok untuk kesihatan gigi kita.
“Penggunaan mouthwash selepas menggosok gigi juga tidak elok kerana ia juga membuang fluorida. Kalau korang memang suka menggunakan mouthwash ini, elakkan penggunaan semasa memberus gigi untuk memastikan gigi korang akan dapat kebaikan sepenuhnya fluorida di ubat gigi ini,” tambahnya lagi.
Oh wow! Tak sangka pula bahawa berkumur selepas berus gigi itu salah. Maybe boleh take note tentang perkara ini.
Sumber: Dentalhealth