Jika sebelum ini, pelakon terkenal lelaki Hollywood, Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard sebelum ini. Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif.
Selepas move on dengan kes tersebut, terbaru Johnny Depp dikatakan meraih RM16 juta dalam masa beberapa jam sahaja dengan menjual koleksi sulung miliknya. Koleksi bernama Friends & Heroes itu secara rasminya telah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.
Bintang Hollywood terkenal itu telah mempamerkan koleksi karya seni dengan merangkumi 780 lukisan edisi terhad di 37 galeri Castle Fine Art.
Menerusi laporan BBC, Johnny Depp menjual 780 lukisannya dalam masa beberapa jam dan lukisan utamanya iaitu empat potret artis dijual satu set pada harga RM80,000.
Ads
Johnny Depp juga berkongsi karyanya melalui hantaran Instagram.
Koleksi tersebut adalah sebahagian daripada koleksi Friends and Heroes Johnny Depp yang menampilkan empat potret artis iaitu Bob Dylan, Elizabeth Taylor, Al Pacino dan Keith Richards.
Johnny Depp menyatakan potret artis tersebut adalah orang yang memberi inspirasi kepadanya.
Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya.
Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.
Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya. Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti ramai yang dah tak sabar nak menonton Avengers: Endgame yang katanya bakal ditayangkan pada 24 April ini.
Trailer filem ini sudah mendapat tontonan 81 juta tontonan dalam hanya masa dua minggu saja lalu membuktikan bahawa filem ini antara yang dinanti-nantikan.
Bulan lepas baru saja ditayangkan filem Captain Marvel dan menerusi trailer Avengers: Endgame ini juga dapat dilihat kemunculan superhero wanita ini.
Mesti ramai dah tak sabar nak lihat apakah yang akan terjadi dengan watak-watak yang masih selamat. Sama-sama kita tunggu tayangan Avengers: Endgame akhir bulan ini.
Nah, mungkin juga ada diantara korang yang tertinggal dan tidak mengikuti filem-filem Marvel ini, jangan risau kerana berikut kami senaraikan kesemua filem mengikut urutan kronologi.
1. Captain America: The First Avenger
2. Captain Marvel
3. Iron Man
4. The Incredible Hulk
5. Iron Man 2
6. Thor
7. The Avengers
8. Iron Man 3
9. Thor: The Dark World
10. Captain America: The Winter Soldier
11. Guardians of The Galaxy Vol. 1
12. Guardians of The Galaxy Vol. 2
13. Avengers: Age of Ultron
14. Ant-Man
15. Captain America: Civil War
16. Doctor Strange
17. Spider-Man: Homecoming
18. Thor: Ragnarok
19. Black Panther
20. Ant-Man and The Wasp
21. Avengers: Infinity War
Akhir sekali ialah Avengers: Endgame yang dilaporkan ialah filem terakhir yang menyaksikan adiwira kegemaran korang bekerjasama untuk menyelamatkan bumi.
Dengan kehilangan Captain Marvel hampir 20 tahun daripada bumi, kehadirannya semula mungkin adalah kunci kepada kejayaan mereka semua.
Menurut pageSmallzy, korang bakal menghabiskan masa selama 45 jam 15 minit untuk menonton kesemua filem ini. Apa lagi, weekend ni boleh pulun! Selamat menonton.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercuti di pulau memang seronok, kan? Udara segar, pemandangan indah… dan yang paling penting, mestilah boleh ambil banyak gambar yang insta-worthy!
Tapi sayanglah kalau gambar-gambar percutian anda tu hambar je responnya, sedangkan orang lain yang bergambar di tempat sama dapat berduyun-duyun likes. So, sebelum beach vacay anda yang berikutnya, belajar dulu 6 teknik (rahsia) ni:
1. Main Dengan Cahaya
Sama ada anda pencinta fotografi atau bukan, konsep ini pasti semua orang tahu. When taking a picture, the light is your best friend. Tapi, tak semua tempat ada pencahayaan yang bagus. Dalam situasi macam ni, anda perlu kreatif bermain dengan sumber cahaya, selain menggunakan sepenuhnya ciri-ciri yang ada pada smartphone camera anda. Hasilnya mesti superb!
Okay, ini teknik untuk elakkan followers anda ‘penat’ dengan gambar-gambar swafoto korang di tepi pantai tu. Teknik ini obviously memerlukan bantuan at least seorang rakan anda. Nampak simple, but don’t be boring! Selain dapat feature most of your body, anda juga dapat tunjukkan pemandangan yang cantik dan yang paling penting mestilah smartphone kesayangan anda tu! Tapi lepas rakan anda ambilkan gambar ni, tolonglah ambilkan gambar dia pulak ya..
Tepi pantai ialah salah satu lokasi terbaik untuk anda ambil gambar silhouette, jadi serius rugi kalau anda tak buat! Waktu paling sesuai untuk shot begini ialah menjelang matahari terbenam. This is one of the best opportunities untuk anda luahkan emosi melalui body language.
Yes, yes, we know.. Selfie itu wajib. Tapi jangan lupa, FOKUS tu penting. Dalam selfie, the main focus is you! Pemandangan memang dah awesome, jadi pastikan anda turut awesome dalam swafoto.
Bersama dengan Galaxy J5 Pro & Galaxy J7 Pro, alami pengalaman berselfie gaya pro dengan selfie focus baharu.
Pulau > Pantai > Air > Topless photo? Oh tak semestinya! Simpanlah sikit six-packs anda tu.. Tak ada six-packs? Takde hal… Cuba berendam paras dada atau go fully clothed je. Tetap seksi, guys!
A post shared by Finalist Hero Remaja 2017 (@aziqmu) on
Selfies dan momen-momen di atas dirakamkan menggunakan Samsung Galaxy J5 Pro & Galaxy J7 Pro. Usah risau dengan gambar anda lagi dengan Samsung Galaxy J Pro.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang penting, bajet cukup dan tahu anda nak ke mana tahun baru nanti. Itinerari juga perlu lengkap.
Siapa kata kita tidak boleh bercuti dengan bajet yang rendah. Pengalaman cuti yang indah di tempat menarik tidak semestinya memerlukan kos yang besar seperti yang anda jangkakan.
Percaya atau tidak, pasti ramai yang tertanya-tanya betul ke travel ke 5 negeri ini murah sangat? Bukan ke tiket pun dah mahal? Belum kira hotel, makan dan sebagainya.
Mahal ke murah, baca perkongsian Akram Haruka di laman twitter ini yang travel secara solo travel selama 10 hari di 5 negeri dan hanya membelanjakan tak sampai RM800!
Ini buktinya.
Lelaki ini juga sempat kongsi kos keseluruhan percutiannya
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...