Selepas kejayaan drama fenomena Melur Untuk Firdaus, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen kini telah dipilih menjadi antara Lelaki Paling Kacak 2022 oleh TC Candler.
TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu-individu paling kacak dan jelita setiap tahun. Penilaian biasanya dibuat berdasarkan tahap populariti setiap calon yang dinominasi. Proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Tahun ini merupakan tuah buat finalis Hero dan Dewi Remaja apabila Meerqeen dan Anna Jobling yang juga turut tersenarai sebaris dengan selebriti-selebriti luar negara.
Meerqeen turut bersaing dengan selebriti lelaki yang lain termasuklah Song Joong Ki, Liam Hemsworth, Ryan Gosling dan ramai lagi. Di ruangan komen, peminat Meerqeen tidak ketinggalan menunjukkan sokongan untuk mengundi selebriti itu.
Ads
Ads
Sebelum ini Meerqeen dan Anna Jobling digandingkan dalam drama Melur Untuk Firdaus dan tidak disangka-sangka gandingan mereka mendapat perhatian ramai sehingga jumlah pengikut selebriti ini di laman instagram melonjak naik. Bahkan, kedua-dua mereka juga terkenal dikalangan peminat di Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Finalis Hero Remaja Aniq Suhair yang semakin mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air baru-baru ini telah memuat naik gambar di media sosial, berkongsi aktivitinya menjadi sukarelawan di Pusat Penilaian Covid (CAC).
Aniq sempat berkongsi dengan kami tentang perasaannya yang begitu teruja kerana diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana petugas barisan hadapan bekerja seharian untuk menangani wabak pandemik COVID-19 ini.
“Semuanya berlaku secara kebetulan. Aniq cuba memanfaatkan MCO kali ini dengan menjadi sukarelawan. Tak sangka pula terpilih dan diminta untuk bertugas di zon merah CAC (Covid Assessment Centre) di Stadium Titiwangsa. Badan ditenggelami lapisan PPE, hati berasa nervous, takut dan dalam masa yang sama tak sabar untuk bertugas.”
“Alhamdulillah semua pesakit Covid-19 yang datang dalam keadaan baik, tetapi hati ni sebak bila melihat anak kecil dan warga emas turut hadir. Aniq cuma mampu memberi kata semangat dan menceriakan mereka semasa mengambil Vital Sign & SP02,” jelasnya di Instagram.
Ditanya bagaimana prosedur untuk menjadi sukarelawan, Aniq berkongsi cara dan proses untuk orang ramai menyertai pasukan sukarelawan ini.
“Sebenarnya tak susah pun. Kita hanya perlu mendaftar di website atau di bio Instagram @imaret_my, semua ada dalam website itu dan korang juga boleh memilih tarikh dan tempat untuk bertugas. Sebelum memulakan tugasan, korang akan diberi pembahagian kerja dan penerangan terlebih dahulu,”
“Aniq dan pun bertugas sebagai pengiring, jaga kaunter dan buat vital sign. Tempoh masa kerja Aniq pula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Tak rasa penat pun sebab Aniq memang enjoy bekerja di sana. Kalau nak diikutkan, duduk sahaja di rumah lebih memenatkan berbanding kita keluar bekerja,”
“Banyak yang Aniq belajar, lebih-lebih lagi tentang perubatan, cara memakai dan menyalin PPE dengan betul. Ini sangat penting ya. Lagi pula, semua sukarelawan di tempat Aniq bertugas memang sporting so we had fun,” sambungnya lagi.
Bukan semua orang berani untuk menjadi sukarelawan yang perlu berurusan dengan pesakit atau individu yang berpotensi dijangkiti COVID-19. Aniq tidak menjadikan ia sebagai alasan, sebaliknya remaja ini tidak mahu memikirkan tentang risiko yang bakal dihadapinya.
“InsyaAllah kalau niat kita betul nak membantu, Tuhan akan jaga kita. Perasaan takut dan gementar tu memang ada dan kerana itu kita kena banyak bertanya takut salah langkah jadi lebih buruk pula. Selagi kita mengenakan pakaian PPE dengan betul, insyaAllah semuanya boleh dielak,”
“Nasihat Aniq kepada orang di luar sana yang ingin menjadi sukarelawan, marilah kita sama-sama ringankan tulang untuk membantu. Tak susah pun. Para frontliners kita sudah tak cukup tangan dan tenaga, jadi sukarelawan sekarang pun dah dibayar dan bukannya percuma. So, untuk kebaikan bersama, yang mana rasa tak mahu buang masa di rumah, boleh sertai kami untuk jadi sukarelawan ini. InsyaAllah banyak manfaat yang korang akan dapat,” tambahnya lagi.
Apa-apa pun, tahniah Remaja ucapkan kepada Aniq Suhair kerana berani kehadapan dan menjadi sukarelawan bagi membantu barisan frontliners menangani pandemik ini. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan kesedaran kepada orang ramai untuk turut serta menjadi sukarelawan COVID-19 juga.
Bagi mereka yang tidak berkemampuan, duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar. Sama-samalah kita putuskan rantaian COVID-19 ini daripada terus menular.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa minggu yang mencabar bagi sebahagian besar masyarakat di Malaysia dek bencana banjir besar di beberapa buah negeri telah membuatkan ramai tampil ke hadapan bagi menyantuni mangsa yang terlibat.
Terbaru, empat orang finalis pencarian Hero Remaja 2021 telah ke empat buat daerah di Pagang sempena misi Misi Khas Bantuan Banjir Pahang yang dikendalikan oleh Skuad Hero Muda Prihatin pada 5 Januari hingga 6 Januari 2022 lalu.
Ini termasuklah di daerah Chenor, Jerantut, Temerloh dan Mentakab.
Empat finalis terlibat iaitu Alif Haiqal, Aryan Naim, Farhan Nordin dan Syazani Zainal telah menyertai lebih 30 orang sukarelawan lain yang tampil proaktif, turun padang dan menghulurkan bantuan pascabanjir
Misi ini juga secara tidak langsung adalah peluang terbaik bagi mereka yang terlibat untuk mengajak lebih ramai remaja serta belia tempatan untuk menyertai lebih banyak misi sedemikian rupa pada masa akan datang; atas niat keprihatinan dan semangat perpaduan masyarakat di negara ini.
Kongsi Penganjur Skuad Hero Muda Prihatin iaitu Waffiy Norazmi, selain meringkan bebanan mangsa; misi di Pahang yang disertai empat finalis tersebut sedikit-sebanyak menghiburkan wajah-wajah mereka yang berada di sana yang bergelar peminat finalis Hero Remaja 2021.
Bagi misi pertama Skuad Hero Muda Prihatin ini, mereka berjaya mengagihkan bag bantuan, dapur gas dan toto kepada lebih 20 buah rumah di empat buah daerah tersebut. Kongsi Waffiy, selepas ini mereka bakal meneruskan misi tersebut di lokasi berlainan termasuk ke negeri Kelantan dan Johor yang turut terkesan dengan bencana banjir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lebih kurang empat hari sahaja lagi sebelum menjelang malam finale Hero Remaja 2020. Sudah tentu kelima-lima finalis berdebar menantikan hari bersejarah buat mereka dan kita semua akan mengetahui siapa yang bakal bergelar juara Hero Remaja 2020.
Jabir Meftah, 20, merupakan antara finalis yang bakal berentap di pentas akhir dan beliau merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas, Perak. Selepas tular sebentar ketika muncul sebagai penyampai trofi di sebuah acara hiburan, Jabir merupakan ahli yayasan peneraju scholars dengan misi untuk melahirkan generasi muda sebayanya dalam mengejar cita-cita dan memberi manfaat kepada orang lain.
Memegang jawatan sebagai Presiden Youthcare Malaysia, anak muda yang mempunyai darah kacukan Arab-Melayu ini mempunyai visi dan misinya dalam melihat anak muda terus bangkit dalam memajukan diri dan masyarakat.
Terbaru, Youthcare Malaysia bakal menganjurkan sebuah carnival preloved terbesar di Malaysia pada 25 Julai ini. Setiap kali bercerita tentang projek terbarunya ini, jelas terpancar semangat dan kesungguhan daripada anak muda ini.
“Alhamdulillah, projek karnival preloved kami disokong oleh banyak pihak, termasuklah golongan selebriti, influencers, founder jutawan, budak universiti, sekolah menengah dan rendah. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah juga menunjukkan sokongannya kepada gerak kerja kumpulan kami,”
“Projek ini akan dijalankan di setiap negeri dan apa yang menariknya, pada 25 Julai 2020 nanti, carnival itu akan dijalankan secara online menggunakan green screen. Kalau korang nak tahu macam mana ia berlangsung, nantikan..” jelas Jabir.
Walaupun sibuk dengan persiapan akhir Hero Remaja 2020, Jabir Meftah tidak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai presiden Youthcare Malaysia, malah dia sering turun padang untuk mengerah tenaga dalam memberi bantuan kepada masyarakat.
“Ramai yang bertanya bagaimana Jabir membahagikan masa antara kerja amal, belajar dan Hero Remaja. Apa yang boleh Jabir kongsikan adalah kita perlu membuat jadual untuk menyusun semua kerja-kerja yang perlu dilakukan. InsyaAllah dengan adanya jadual yang betul, semua pekerjaan dapat dilaksanakan dengan baik.
Kini, Jabir telah selangkah lagi ke hadapan apabila dia sudah mula memasuki set penggambaran drama terbaru, Juliet.
“Alhamdulillah, ini merupakan pengalaman pertama Jabir berlakon drama. Banyak yang Jabir belajar dengan pelakon-pelakon lain, serta team production yang banyak membantu. Dalam pada masa yang sama, Jabir sedang mempersiapkan diri untuk bertanding di pentas akhir Hero Remaja 2020 Khamis ini. InsyaAllah Jabir akan buat yang terbaik dan doakan agar semuanya dipermudahkan,”
“Tidak lupa juga Jabir ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua Sahabat Jabir, serta keluarga dan rakan-rakan yang tidak pernah putus-putus mengirimkan doa dan semangat untuk Jabir beraksi di pentas akhir nanti,” sambung Jabir lagi.
**
Jangan lupa saksikan malam finale Hero Remaja 2020 pada 16 Julai 2020 di saluran Astro Ria dan Ria HD bermula jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...