Selepas menjadi tular dalam insiden sidang media mengenai kemalangan yang membabitkan dua tren LRT. Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman telah ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebagai pengerusi bukan eksekutif Prasarana. Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan apabila satu surat bertarikh 26 Mei 2021 telah tular di media sosial.
Dalam surat berkenaan tertulis, “Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.”
Ads
Sebelum ini tular dimedia sosial apabila satu petisyen supaya beliau diturunkan jawatan tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 136,201 tandatangan telah diturunkan oleh warganet yang mahukan beliau meletak jawatan.
Ads
Tajuddin merupakan ahli parlimen Pasir Salak dan telah dilantik sebagai pengerusi Prasarana bermula 11 Mei 2020 bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020.
“Berhentilah mengkritik dan membenci orang lain..”
Melalui akaun Twitter miliknya kelmarin, penyanyi dan pelakon remaja As’ad Motawh telah memuat naik statement yang mencuri tumpuan semua orang, bukan hanya Asadnizers saja.
Kata penyanyi lagu Senyum itu, sekiranya penyanyi Haqiem Rusli yang juga rakannya berhenti menjadi penyanyi dalam masa terdekat ini, dia juga ingin mengikut jejak langkah Haqiem dengan turut berhenti.
Namun, kenyataan As’ad ini disusuli dengan kecaman hebat daripada netizen yang ada di kalangannya meminta As’ad untuk berhenti saja tanpa perlu menunggu keputusan akhir daripada Haqiem. Haih, macam-macam lah korang. As’ad terpaksa mengulang kembali kenyataannya dengan berkata, “Hanya KALAU dia (Haqiem) berhenti.”
Setelah pelbagai kecaman tersebut, As’ad memuat naik satu lagi tweet meminta untuk tidak mencari kesalahan dan kelemahan orang lain hanya kerana rasa tak puas hati.
“Kepada haters yang ingin menjadi seorang penyanyi but are not singers yet. Saya percaya kamu berbakat. Dan percaya kamu boleh pergi lebih jauh. Tetapi impian itu tak akan tercapai sehinggalah kamu berhenti mengkritik dan membenci orang lain.”
Tweet yang datang dari penyanyi berusia 16 tahun ini hadir susulan notis panjang lebar yang dimuat naik oleh Haqiem beberapa hari lepas mengenai perancangan ’70 peratusnya’ untuk mengundurkan diri daripada industri seni kerana – “hanya saya yang merasa sakit dan perit.”
Untuk pengetahuan korang, As’ad pernah memberitahu REMAJA dalam temuramah baru-baru ini yang dia kagumi cara Haqiem membawa diri dan uruskan kariernya walaupun baru berusia 20 tahun. Malah, mereka berdua juga selalu berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang muzik dan kehidupan.
Hhm, penulis berharap agar As’ad kekal positif walaupun dipalit dengan kontroversi dan tidak cepat memuat naik ‘triggering statements’ seperti ini yang hanya mengundang kecaman daripada trolls. Lagipun, As’ad pernah berkata bahawa kontroversi adalah antara asam garam yang harus dipelajarinya dengan cepat, bukan?
Kes positif COVID-19 hari ini mencatatkan 8,290 jumlah kes baharu dan secara tidak langsung ia merupakan antara yang tertinggi pernah direkodkan di negara kita. Selangor masih lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,075 kes diikuti Kelantan dengan 851 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 830 kes.
Apa yang lebih membimbangkan, menurut Harian Metro, golongan muda lingkungan usia 20 hingga 40 tahun paling ramai dijangkiti COVID-19 pada gelombang ketiga wabak pandemik ini. Keadaan ini menunjukkan peningkatan jangkitan Covid-19 melalui kes sporadik atau tiada kaitan dengan kluster.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba juga melaporkan jumlah pesakit COVID-19 dengan gejala serius iaitu ahap empat dan lima juga meningkat 15 peratus dalam gelombang ketiga berbanding lima peratus sebelum ini.
Oleh yang demikian, masyarakat disarankan supaya sentiasa berwaspada, bagi yang dijangkiti dan dirawat sama ada di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dipantau sebaiknya.
Bagi mereka yang pada awal didapati tidak bergejala tapi kemudiannya bergejala serius (kategori 4 dan 5) minta segera hubungi fasiliti kesihatan.
Masyarakat juga disarankan untuk melakukan lockdown kendiri bagi mengurangkan penularan virus pandemik ini.
SETELAH hampir dua tahun Covid-19 melanda dunia, kini dunia terutamanya negara-negara Eropah berdepan dengan penularan wabak Salmonella.
Apa yang merisaukan, wabak Salmonella kali ini dikatakan berpunca daripada produk coklak Kinder Suprise yang menjadi kegilaan kanak-kanak seluruh dunia.
Salmonella merupakan salah satu bakteria yang berpunca daripada pencemaran silang antara makanan dan daging mentah semasa penyediaan, penyimpanan makanan.
Terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat “Kinder” keluaran Belgium.
Menurut WHO dalam satu kenyataan, kes berkaitan bakteria Salmonella Typhimurium disyaki akibat penggunaan produk coklat dan telah dilaporkan di 11 negara setakat Isnin, termasuk Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun turut terjejas dan golongan wanita mewakili 66 peratus daripada kes dilaporkan.
Buat masa ini, tiada kematian akibat wabak itu telah dilaporkan setakat Isnin. Namun, sebanyak 21 kes bergejala dilaporkan, iaitu 12 kes cirit-birit berdarah dan sembilan telah dimasukkan ke hospital.
Penjujukan genetik bakteria salmonella dalam makanan mencetuskan kegusaran bahawa patogen berasal dari tangki susu mentega di sebuah kilang yang dikendalikan pembuat coklat Ferrero, di bandar Arlon, Belgium.
Menurut WHO, strain wabak salmonella mempunyai daya tahan terhadap enam jenis antibiotik.
Sekurang-kurangnya 113 negara di seluruh Eropah dan global telah mengimport produk Kinder, dan amaran global telah dikeluarkan oleh Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa (INFOSAN), program bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), pada 10 April mengakibatkan penarikan semula produk dari pasaran global.
WHO menilai risiko penyebaran di rantau Eropah dan global sebagai sederhana.
Menurut WHO, gejala salmonellosis agak ringan dan pesakit akan pulih tanpa rawatan khusus, dalam kebanyakan kes. Bagaimanapun, risiko lebih tinggi untuk sesetengah kanak-kanak dan pesakit warga emas iaitu dehidrasi boleh menjadi semakin teruk dan mengancam nyawa.
Hati-hati guys, kalau boleh elakkan dahulu membeli coklat ini.
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...