Tajul Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara Tersusuk Kaca, Kehilangan Darah

Share

Malang tidak berbau, penyanyi Tajul dikejarkan ke hospital di Kajang akibat mengalami cedera parah di bahagian tangan kanan.

ARTIKEL BERKAITAN : Raja Atiq ‘Buat Hal’ Lagi.. Kali Ini Bahu Pula Tercedera

Terdahulu, isteri kepada penyanyi lagu Malam Semakin Dingin,Nurul Shamieza berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.

Memetik laporan mStar, isteri Tajul memberitahu Tajul menarik gelongsor almari yang mempunyai cermin di bahagian luar sebelum pecah dan kacanya tersusuk pada tangan.

“Susah nak cakap bagaimana kejadian berlaku tetapi saya boleh katakan tangannya luka selepas terkena kaca almari yang pecah. Kejadian berlaku sekitar pukul 7 petang tadi.

“Pada awalnya saya bawa ke klinik berhampiran namun doktor minta terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada terdapat serpihan kaca yang terbenam di bahagian luka.

“Sekarang masih di unit kecemasan dan doktor sudah mencuci bahagian luka dan masih menanti keputusan X-ray,” katanya.

Menurut Shamieza, pada awalnya, suaminya berdegil tidak mahu ke hospital kerana menyangka keadaannya tidak teruk.

Namun, setiba di rumah dari klinik, Tajul tiba-tiba pengsan dipercayai kehilangan banyak darah dan segera dibawa ke unit kecemasan.

“Dia ingat tiada masalah besar. Dia degil tak mahu ke hospital. Kemudian tiba-tiba sahaja dia pengsan, itu yang saya terus bawanya ke hospital.

“Dalam keadaan kelam kabut saya terpaksa minta bantuan jiran untuk menjaga anak di rumah,” ujarnya.

Apa-apapun, kami ucapkan moga Tajul cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Bagi korang diluar sana, hati-hati okay dengan kemalangan yang mungkin terjadi.

Sumber : Instagram Shamieza , Mstar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana