Tak Adil Samakan SEMUA Ratu Cantik Sebabkan Satu Kontroversi, Lihat 5 Jelitawan Beauty With Brain Ini

Share

 

Dengan isu yang melanda platform ratu cantik disebabkan oleh kontroversi yang diwujudkan oleh bekas pemenang Miss Universe Malaysia 2017 dua hari lalu, pelbagai pihak dilihat mula memandang golongan ratu cantik dengan sebelah mata.

ARTIKEL BERKAITAN : Foto Miss Universe Malaysia 2017 Masih Terpampang Di Laman Web Rasmi

Namun bagi REMAJA, tidak adil sekiranya untuk menghukumi keseluruhan peserta dan juara pertandingan ratu cantik hanya disebabkan salah laku dan percakapan tidak masuk akal salah seorang daripada bekas peserta atau pemenangnya.

Yasmin Yusoff

Bak kata pelakon, Yasmin Yusoff yang merupakan juara Miss Universe Malaysia 1978, tiada ratu cantik yang tidak melakukan kesilapan.

Nah, kami senaraikan 6 orang ratu cantik yang telah membuktikan mereka layak digelar Beauty with Brain – with a heart.

 

Catriona Gray

Sebagai salah seorang juara pertandingan Miss Universe yang berasal dari Filipina, Catriona Gray tidak pernah berhenti daripada menjadi duta terbaik demi menolong masyarakat di sana. Miss Universe 2018 ini bergandingan dengan Young Focus Phillipines untuk mendermakan beras kepada rakyat yang tidak mampu bekerja demi mencari sesuap nasi sepanjang tempoh kuarantin di Filipina.

Inisiatif #NoWorkNoRice ini telah berjaya mengutip sehingga USD 44,000 ataupun kira-kira 60,000 kilogram beras untuk didiermakan kepada 5,000 keluarga Filipina yang memerlukan.

 

Kiran Jassal

 

Wakil negara ke pentas Miss Universe 2016, Kiran Jassal baru-baru ini telah menganjurkan acara menderma darah secara mudah pada pertengahan Mei lalu. Dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan kompleks membeli-belah Empire Shopping Gallery, Kiran berpendapat situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara tidak langsung telah mengehadkan jumlah penderma darah bagi keperluan pesakit di seluruh negara.

Acara tersebut telahpun dijalankan mengikut prosedur penjarakan sosial yang ditetapkan.

 

Priyanka Chopra

Kejadian yang menimpa George Floyd di Amerika Syarikat pantas ditolak oleh selebriti Hollywood dan ia termasuklah juara Miss World 2000, Priyanka Chopra.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Hollywood dan Bollywood ini di bawah kempen #JusticeForGeorgeFloyd, dia berkata, “Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk belajar daripada keadaan ini dan menghentikan kebencian yang wujud. Di mana saja kamu berada, di Amerika Syarikat dan seluruh dunia, TIADA orang yang berhak untuk mati di tangan orang lain disebabkan warna kulit.”

 

Deborah Henry

Jelitawan Miss Universe Malaysia ini adalah salah seorang finalis ratu cantik yang aktif bersuara untuk golongan pelarian di Malaysia. Deborah memahami kepayahan yang dilalui oleh mereka setelah muncul dalam dokumentari golongan pelarian untuk acara United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) pada tahun 2008.

Deborah juga mewujudkan hab pendididikan bernama Fugee School yang menyediakan kandungan pendidikan di peringkat sekolah rendah, menengah dan pendidikan tinggi untuk anak-anak pelarian dari Somalia dan Timur Tengah. Buat masa ini, ia telah diikuti oleh lebih 400 orang.

 

Pia Wurtzbach

Untuk membantu golongan frontliners yang sedang melakukan yang terbaik untuk berdepan pandemik wabak Covid-19, juara Miss Universe 2015 ini telah memulakan kempen mengaut dana. Ia bagi mengumpul dan mengedarkan 25,000 topeng pembedahan (surgical mask) kepada beberapa hospital di ibu negara Manila.

Menerusi posting di Instagram, Pia berkongsi bahawa team-nya telah mendermakan 41,900 topeng muka n88, 1,000 topeng muka kn95, 350 face shield

dan 200 pek kopi.

 

Zozibini Tunzi

Juara Miss Universe paling terbaru ini merupakan di antara ratu cantik yang aktif mempertahankan hak golongan berkulit gelap dengan kempen popular, #BlackLivesMatter. Dalam kenyataan setiap hari yang dikongsikan oleh Zozibini, dia berterusan melakukan sesi Live di Instagram dan mengajak masyarakat untuk tidak mewujudkan ketegangan perkauman.

You do not get to turn a blind eye. Walaupun ia tidak menyelesakan ramai orang, kita perlu memperbetulkan keadaan dan tidak berdiam diri. To not choose sides is to actually choose a side.”

*

Cer throwback balik salah seorang juara Miss Universe kita, Jane Teoh.

 

Published by
FZ