“Tak Akan Biarkan Mama Pergi…” -Harapan Kilafairy Buat Rohana Jalil

Share

Sedia maklum, penyanyi veteran yang juga Juara Bintang RTM 1980, Rohana Jalil yang kini sedang terlantar di hospital akibat masalah kebocoran usus.

Bagi perkembangan terbaharu, difahamkan juga, keadaan penyanyi lagu Naluri Cinta itu dalam keadaan lemah tetapi stabil.

BACA LAGI: Kucing Kesayangan Hilang, Kilafairy Tawar RM 2,000 Sebagai Ganjaran

Anak mana yang rela melihat ibu jatuh sakit, lebih-lebih lagi untuk bersedia menerima takdir kehilangannya… Sama sekali tidak. 

Sama seperti penyanyi dan pelakon berkaliber Kilafairy, yang mengharapkan ada keajaiban berlaku kepada ibunya tercintanya itu.

Menerusi  satu perkongsian di Instagram Stories, pelakon filem popular Hoore! Hoore! itu menitipkan harapan yang tinggi ada keajaiban yang berlaku agar ibunya kembali sihat dan sembuh daripada penyakit tersebut.

Menerusi hantaran berkenaan, bintang itu memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan ibunya.

Malah, Kilafairy yang lebih disapa Kila turut memaklumkan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk kehilangan ibu tersayangnya.

“Mengharapkan ada keajaiban berlaku. Saya tidak akan biarkan awak pergi, mama,” coret Kilafairy ringkas.

Terdahulu, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu.

Remaja mendoakan agar ibu Kilafairy diberikan kesembuhan seperti sedia kala…

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Kilafairy & Rohana Jalil

Published by
Fath