“Tak Berbayar Pun Pergi Interview Cabin Crew..” – Finalis Dewi Remaja Minta Jangan ‘Kecut’

Share

 

Dalam siri terbaru #RemajaDengarKata semalam, kami telah menemu bual finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/15 yang juga merupakan seorang kru cabin, Deeba Halil.

 

Setelah bergelar seorang cabin crew Bersama AirAsia selama 4 tahun, Deeba kini boleh berbangga dengan perjalanan hidupnya daripada gelaran finalis pencarian Dewi Remaja hingga memiliki pengalaman berbaloi kini di langit biru.

Kami sempat untuk bertanyakan beberapa soalan yang selalu bermain di fikiran korang yang berkira-kira untuk mencuba nasib sebagai seorang cabin crew. Mungkin ada di kalangan korang yang sememangnya sudah lama bercita-cita untuk menyandang gelaran itu.

 

Adakah ketinggian satu faktor utama?

Untuk perempuan, selalunya mereka meletakkan had minimum 157 manakala lelaki pula perlu lebih tinggi daripada 170sm.

 

Hanya yang cantik saja ke yang terpilih?

Cantik saja tapi jika tidak tahu untuk menerima arahan dan melakukan tugasan, tak guna juga. Seorang cabin crew perlukan displin yang tinggi sebelum, semasa dan selepas tugasan di dalam pesawat. Jika korang rasakan mampu untuk menerima cabaran, this career is for you.

 

 

Senang ke tugas seorang cabin crew?

Apa-apa pekerjaan di dalam dunia ini pun ada cabarannya. Honestly, seorang cabin crew perlu berhati kental untuk melayan pelbagai kerenah penumpang dan pada masa yang sama perlu sentiasa bertenaga. Dia juga perlu mempunyai jiwa untuk bekerja bagi tempoh yang lama. Sekiranya dia mempunyai jiwa, semua perkara pun akan menjadi mudah.

Tapi ingat ya, tugas seorang cabin crew bukan setakat menolak cart.

 

Kenapa pakaian saya kena tegur masa interview?

First impression memang penting. Bagi calon perempuan, korang perlu berpakaian sesuai di mana skirt tidaklah terlalu pendek sehingga tidak menyelesakan mata. Jika ingin menyarung panty hose, pastikan ia yang baru dan tidak koyak. Solekan perlu complete dan rambut juga biarlah kemas. Untuk lelaki, pilih office attire yang bersesuaian dan ambil kira kekemasan rambut serta kuku.

 

Contoh pemakaian dan solekan yang dikenakan oleh Deeba Halil sendiri.

 

Adakah Bahasa Inggeris diutamakan?

Skil komunnikasi itu tentunya penting dalam pekerjaan industri servis seperti ini. Bukan Bahasa Inggeris saja, korang juga perlu lulus dalam Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Kebiasaannya, temuduga akan dilakukan dalam bahasa Inggeris. Mereka akan meminta korang untuk memperkenalkan diri, nyatakan sebab ingin menjadi seorang cabin crew dan sebagainya. Pastikan korang sentiasa senyum tau dan hadir awal.
Bawa sekali kad pengenalan, passport, sijil SPM dan sijil-sijil berkaitan dalam versi original dan salinan.

 

Jika ada yang ingin pergi ke sesi temuduga, apakah tip yang akan Deeba berikan?

Ramai je yang selalu DM untuk meminta tip.

Cara saya adalah, selepas beberapa hari membalas DM, saya akan DM semula untuk bertanyakan jika dia sudah pergi ke sesi temuduga itu atau belum.

Kebanyakan daripada mereka selalu berkatakan mereka ‘tidak jadi’ pergi kerana tidak mempunyai keyakinan diri. Girls and boys, jika kamu tidak mencuba nasib, bagaimana kamu ingin tahu bahagian manakah yang perlu kamu perbaiki?

Korang tak perlu bayar apa-apapun untuk pergi ke sesi temuduga mana-mana syarikat penerbangan, semuanya percuma. Jika gagal pada kali pertama, cuba lagi. Ada saja cabin crew yang pernah mencuba nasib selama 7 kali, akhirnya dia berjaya juga untuk menempatkan diri.

 

 

Sekiranya berjaya pada sesi temuduga, what is next?

Congratulations, korang selangkah lagi sebelum menjadi seorang cabin crew. Calon yang berjaya akan melalui sesi training selama 2 bulan setengah. I tak akan tipu, sesi training sebagai cabin crew agak mencabar kerana korang akan berdepan ujian pada setiap hari.

Antara subjek yang akan diajar adalah skil rawatan kecemasan, prosedur keselamatan, alat keselamatan dalam pesawat dan banyak lagi. Jika perform, korang akan dipanggil untuk berkhidmat.

 

Betul ke allowance tinggi?

Jika seorang cabin crew itu rajin berkhidmat, lebih tinggilah peluang untuk mendapat kenaikan gaji dan elaun. Yang penting korang kena ada ‘jiwa’ untuk bekerja dan bersedia dari segi mental serta fizikal.

Seorang cabin crew juga perlu belajar untuk sentiasa bersyukur dalam hidup. Appreciate perkara yang berlaku dalam hidup korang kerana segala yang berlaku adalah rezeki untuk korang.

Jika dapat keistimewaan membeli tiket murah kerana bekerja dengan syarikat penerbangan (Bali semurah RM100 sis!), bersyukurlah. Jika dapat ‘terbang’ ke negara baru, bersyukurlah. Ramai lagi orang yang inginkan peluang itu.

Apapun, kami ucapkan terima kasih kepada Deeba. Nantikan siapa pula guest #RemajaDengarKata esok kami.

 

Published by
FZ