Siapa sangka sikap suka show-off kemewahan dan gaya hidup menjadi subjek politik yang sensitif di negara China.
Sikap suka menayang kekayaan dengan mempamerkan barangan berjenama, kereta mewah, pakaian berjenama dan rumah besar untuk membuktikan diri mereka sememangnya kaya dan berharta, mungkin tidak lagi akan berlaku di negara China.
Hal ini selepas kerajaan China mengharamkan inflencer atau selebriti untuk menunjuk kehidupan mewah mereka
di sosial media bagi tujuan ‘sederhanakan’ kandungan yang boleh menyebabkan gangguan sosial.Dalam pengumuman tersebut, bahagian yang menguruskan ruang siber China turut melarang agar golongan ini tidak menyebarkan khabar angin, menerbitkan maklumat palsu atau peribadi serta memulakan provokasi yang boleh memulakan serangan lisan antara satu sama lain.
“Kedua-dua akaun selebriti dan kelab peminat mesti mengikut ketenteraman awam dan adat yang baik, mematuhi orientasi pendapat umum dan orientasi nilai yang betul, mempromosikan nilai teras sosialis, dan mengekalkan gaya hidup yang sihat,” kata agensi ruang siber China dalam satu kenyataan.
Selain dari itu, kerajaan China juga melarang broker menggunakan khidmat pengaruh influencer sebagai ikon untuk menarik lebih ramai pelanggan melainkan jika memiliki sijil yang sah.
Ini bukan pertama kali China mengharamkan sesuatu gaya hidup masyarakat, sebelum ini Presiden Xi Jinping menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
ARTIKEL BERKAITAN : Halang Rakyat Buat Mukbang, China Kuat Kuasa Undang-Undang Anti Pembaziran Makanan
Malah, China juga telah mengharamkan beberapa rancangan realiti pencarian bakat dan memberi arahan kepada penyiar televisyen untuk tidak mempromosikan lelaki ‘cantik’ dalam usaha terbaru untuk membentuk semula budaya industri hiburan di negara itu yang selama ini didakwa telah ‘menyesatkan’ anak muda.
BACA LAGI : Selepas Mukbang Diharamkan China, Kini Rancangan Realiti TV Pula Dituduh Sesatkan Remaja
Lepas ni kerajaan China nak haramkan apa pula ye? Kita tunggu dan lihat jela.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : businessinsider , financemagnates