Tak Gentar Dengan KKM & Kecaman, ‘Minah Saleh’ Buat Hal Lagi Tanpa Pelitup Muka

Share

 

Kecoh semua warganet perkatakan mengenai kelibat seorang wanita warganegara asing yang enggan memakai pelitup muka sebagai syarat melangkah masuk ke butik Dior yang terletak di pusat membeli-belah Suria KLCC.

Wanita yang selayaknya digelar sebagai Karen Malaysia ini naik darah dan tetap berdegil ingin memasuki butik jenama mewah itu setelah ditahan oleh pihak butik yang menghalangnya setelah didapati tidak memakai pelitup muka.

Video yang tular sejak pertengahan minggu ini itu pantas menimbulkan kemarahan ramai pihak yang berpendapat masih ramai warga asing yang membuat perangai mengikut keinginan sendiri kerana mereka merasakan diri mereka sebahagian daripada kumpulan manusia ‘privileged’ di negara ini. Ya, tidak semua warga asing dan mereka yang berdarah Caucasian di Malaysia yang mempunyai perangai sebegini rupa. Cumanya apabila seorang dua menimbulkan kemarahan, secara tidak langsung kelompok minoriti itu secara amnya menjadi sasaran semua pihak.

Hal ini turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah ia tular. Menerusi menterinya Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter,  beliau berkata, “Apabila berada di Malaysia, sila pakai pelitup muka. Tidak kisahlah undang-undang di tempat lain.

“KKM Putrajaya sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak KLCC,” catatnya Rabu lalu.

*

Nampaknya, gertakan KKM dan kecaman warganet di media sosial langsung tidak menjadikan wanita berkenaan belajar daripada kesilapannya!

Sekali lagi, kelibatnya tanpa pelitup muka berjaya dijejak. Kali ini, dia cuba untuk memasuki pusat membeli-belak Bangsar Shopping Centre (BSC) pula tanpa memakai pelitup muka. Lantas, dia ditahan oleh pegawal yang bertugas di situ sebelum mereka terlibat dalam pertengkaran mulut.

Tinjauan pada bahagian komen di media sosial mendapati ramai yang inginkan wanita tersebut dihantar saja pulang ke negara asalnya kerana tidak menghormati peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di Malaysia.

Apa pendapat korang? Wajarkah wanita ini ditahan saja di bawah kuasa undang-undang, dikenakan kompaun dan dihantar pulang ke negaranya?

Published by
FZ