Apabila kita menerima berita kematian yang disampaikan oleh rakan-rakan di media sosial mengenai musibah yang melanda ahli keluarga mereka, pantas tangan kita menulis Al-Fatihah di ruang komen. Ia sebagai tanda simpati yang kita hulurkan untuk rakan-rakan yang sedang kesedihan.
Namun tahukah, tulisan Al-Fatihah sahaja jika tidak dibaca penuh ibu segala kitab yang mengandungi tujuh ayat ini hanyalah satu perbuatan sia-sia sahaja.
Ini kerana walau niat kita baik untuk berkongsi kesedihan namun tulisan Al Fatihah tanpa membacanya umpama perbuatan sia-sia kerana tiada doa disampaikan untuk si mati.
REMAJA menghubungi Ustaz Azhar Idrus yang kini bertugas sebagai Pegawai Di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi mengenai trend menulis perkataan Al-Fatihah sebagai tanda doa untuk si mati.
Ads
Menurutnya, perbuatan itu hanya sia-sia sahaja kerana tiada doa yang sampai kepada si mati.
“Untuk menyampaikan doa buat si mati, kita wajib membaca Al-Fatihah ini secara penuh dan bukan menulis perkataan Al-Fatihah sahaja kerana ia tidak membawa sebarang doa untuk si mati.
Ads
“Manakala untuk ahli keluarga, kita boleh sampaikan salam takziah di atas kehilangan dan kemudian bacalah Al-Fatihah untuk arwah. Ini adab yang perlu kita tahu,”katanya memaklumkan, menjadi satu fardu kifayah buat kita jika mempunyai kelapangan masa untuk menziarahi si mati.
Ads
“Ia satu perbuatan yang mendatangkan pahala apabila menziarahi si mati. Masa yang sama, sebaik-baiknya apabila kita datang menziarah, jangan hanya duduk di luar masjid, surau atau rumah. Biasanya sedekahkah Al-Fatihah dan bacakan Surah Yassin lalu hadiahkan untuk di mati.
“Kemudian apabila urusan mandi jenazah dan selepas dikafankan, bersama-sama kita solat jenazah dan pergi ke tanah perkuburan. Ini baru lengkap sebagai adab menziarahi orang meninggal dunia. Kalau kita tinggal jauh pula, selepas kita bacakan surah Al-Fatihah secara penuh, buatlah solat ghaib sebagai tanda ingatan kita buat si mati yang mungkin kita mengenali semasa hayatnya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri baru-baru ini, sudah tentu rakyat mengeluh dengan norma baharu yang perlu mereka patuhi ini.
Ada di antara peraturan tersebut telah menghalang mereka daripada melakukan rutin harian seperti bersenam di pusat kecergasan atau gym. Ini berikutan perintah penutupan pusat gimnasium dan kemudahan bersukan secara serta-merta.
BAGAIMANAPUN, ada berita baik untuk korang yang ingin mengeluarkan peluh.
Masjid Mukim Sri Aman, Pasir Putih di Kelantan kini menjadi masjid pertama yang menyediakan kemudahan tempat kecergasan atau gimnasium.
Gimnasium itu rasmi dibuka semalam dan tujuannya adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan warga setempat dan para jemaah masjid.
Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan, ketua takmir Masjid Mukim Sri Aman, Ab Razak Mat Saad berkata kemudahan gimnasium itu dapat dimanfaatkan sekitar 1,000 jemaah yang hadir ke sana.
Selain itu, masjid ini turut menggunakan jurulatih khas bagi tujuan mengajar cara-cara menggunakan peralatan di sana.
Ab Razak berkata, kos untuk menyediakan gimnasium itu mencecah RM17,000 dan ia menggunakan duitnya sendiri sebagai permulaan.
Pengurusan masjid berharap ruang gimnasium ini dapat menarik lebih banyak anak muda untuk hadir ke masjid.
Bersukan demi kesihatan, tetapi jangan sesekali mengabaikan SOP yang ditetapkan okay. Harapnya dengan inisiatif ini lebih ramai anak muda dan remaja mengimarahkan masjid.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kebanyakan individu normal,sifat malu adalah perkara biasa sekiranya melakukan sesuatu perkara yang janggal di khalayak ramai. Lagi-lagi di majlis pernikahan kita.
Bagi sesetengah orang, mungkin menganggap situasi ini biasa namun banyak rakaman video seperti ini seakan mengikut ‘trend’ di media sosial dan ia dilihat seperti ‘tidak sopan’. Malah, perkara ini makin menjadi-jadi mungkin ‘dibuat-buat’ agar menjadi ‘content’.
Hal ini telah menarik perhatian Ustazah Sharifah Zahidah memberi sedikit teguran dan pandangan tentang situasi ini. Secara peribadinya mengatakan bahawa gelagat ‘pengantin malu-malu’ ini boleh mendatangkan fitnah daripada orang yang menonton video terbabit.
“Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.”
Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.
Sweet dan comel katanya bila pengantin malu-malu pada sentuhan pertama.
Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.
Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan;
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”
Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”
Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.
Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.
Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling, katanya.
Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.
Apa pandangan korang? Moga jadi peringatan kepada semua…
Umpama sudah menjadi satu ritual, setiap kali Taylor Swift melancarkan video klip terbaru bagi single nyanyiannya, pasti peminat dunia pop culture tak sabar untuk menantikannya.
Kemunculan album Reputation sejak tahun lalu telah menyaksikan tiga buah klip video Taylor yang mendapat pujian ramai. Ini kerana setiap satu daripadanya tampil dengan konsep berlainan, unik dan mempunyai hidden meaning disebaliknya. Single ‘Look What You Made Me Do’, ‘Ready For It’ dan ‘End Game’ masing-masing sudah melepasi lebih 100 juta tontonan.
Jadi, kami tak menyangkal jika video klip terbarunya, ‘Delicate’ akan mengecapi kejayaan yang sama.
Namun, dalam pada semua orang teruja menonton, meninggal like dan share di video klip ‘Delicate’, ada yang mendakwa bahawa video tersebut nampak seakan sama dengan sebuah iklan kempen yang pernah dikeluarkan oleh jenama fesyen Perancis, KENZO.
Selepas ia ditayangkan pada iHeartRadio Music Awards semalam, ramai berkata bahawa ia seakan meniru kempen Kenzo World 2016 yang diarahkan oleh Spike Jonze dan dibintangi aktres The Leftovers, Margaret Qualley. Ini antara persamaan yang dapat dibau oleh peminat.
KENZO: Margaret cuba untuk senyum bersama rakan semeja tetapi hakikatnya dia merasa bosan sebelum bertindak untuk keluar dari dewan.
DELICATE: Taylor cuba untuk senyum di hadapan jurugambar karpet merah dan merasa bosan dengan kehidupan selebriti yang tidak bebas.
KENZO: Margaret didapati menangis.
DELICATE: Taylor cuba membuat muka ‘monyok’.
KENZO: Margaret mula menari di Dorothy Chandler Pavilion di Los Angeles.
DELICATE: Selepas Taylor mendapati dia sudah menjadi halimunan dan tiada siapa dapat mengesan kewujudannya, dia mula menari seorang diri di sekitar ruang dalam hotel.
Mereka berdua juga membuat mimik muka melucukan.
KENZO: Margaret keluar ke tengah jalan dan melompat di luar pintu masuk.
DELICATE: Taylor keluar dari bangunan, mulai menari dan melompat di tengah hari hujan.
Ada peminat Taylor yang keliru sama ada team Taylor meniru video kempen Kenzo atau ia sekadar kebetulan saja.
Pihak Taylor masih berdiam diri mengenai tuduhan ini, namun wakil Kenzo telah secara sinis memuat naik status, “Listen Tay, I feel you. It is hard to stay fresh. Call us, we can help.”
Ouch. Apa pendapat korang, sama ke tidak? Cuba lihat dan bandingkan sendiri dua buah video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...