Minat dalam bidang perniagaan sejak kecil telah menyakinkan pelakon yang kian meningkat naik, Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Aniq Suhair untuk terjun ke dalam bidang perniagaan francais.

Baru-baru ini menerusi sebuah video di saluran Youtube-nya, Aniq telahpun memaklumkan bahawa dirinya baru saja membuka francais Subway yang bertempat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Tak Harap Tawaran Semata-Mata.. Aniq Suhair Sedia ‘Back Up Plan’

Walaupun sibuk dengan aktiviti harian, REMAJA sempat menghubungi finalis Hero Remaja 2020 ini dan bertanyakan tentang perniagaan barunya itu.

“Mungkin ramai tidak tahu yang Aniq lahir dalam keluarga yang berniaga.

“Jadi dorongan dan bimbingan daripada keluarga banyak membantu Aniq untuk mempersiapkan diri dalam bidang ini. Aniq sanggup menerima cabaran, meletakkan diri diluar zon selesa dan akhirnya, telah memilih tahun 2021 bagi memulakan perniagaan.

“Ini bukan saja langkah untuk melunaskan impian. Dengan membuka francais pertama ini, Aniq secara tidak langsung sediakan ‘backup plan’ dalam hidup.”

“Pada masa yang sama, Aniq turut mempunyai niat untuk membantu orang lain dengan peluang pekerjaan yang ada.

Tak Harap Tawaran Semata-Mata.. Aniq Suhair Sedia ‘Back Up Plan’

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

“Pengalaman Aniq dalam bidang perniagaan tidaklah banyak mahupun lama. Namun Aniq pernah berkerja di kilang perniagaan semasa di sekolah menengah dahulu.

“Jadi, sedikit sebanyak Aniq mengerti proses dan selok-belok perniagaan,” jelasnya yang sedang menunggu dua lagi projek lakonan terbaru untuk menemui penonton.

 

21 Tahun, Tidak Terlalu Awal?

Untuk memulakan karier sebagai peniaga bukanlah mudah. Banyak perkara yang perlu diambil tahu dan tak boleh terlepas pandang.

Ads

Antaranya hubungan di antara staf dan majikan yang perlu dijaga dengan baik. Selain itu, seorang peniaga juga menggalas tanggungjawab berat melibatkan wang dan urusan dengan pihak lain.

Jadi, adakah Aniq benar-benar sudah bersedia dengan semua itu pada usia 21 tahun?

“Pada usia ini, Aniq sanggup menghabiskan masa muda dengan berkerja demi mencari pengalaman dalam berbagai-bagai bidang agar ia dapat memberi manfaat dan memudahkan jalan hidup saya pada masa hadapan.

“Bagi Aniq 21 hanyalah angka usia. Yang penting adalah keinginan untuk serius mengatur rentak hidup dan mencapai impian yang saya inginkan,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

 

Ads

Respon Peminat

Tinjauan REMAJA terhadap komen yang diberikan oleh peminatnya dlihat amat menggalakkan.

Pembukaan francais Subway di Bandar Sri Permaisuri ini juga mendapat respon yang baik dek kerana pemilihan lokasi yang berpotensi untuk terus maju.

“Saya yakin 90% penduduk di Bandar Sri Permaisuri mengamalkan gaya hidup yang sihat dan makanan yang kami sediakan selari dengan itu, Alhamdulillah, penduduk di sini dan di kawasan sekitarnya memberi sokongan yang baik setelah ia dibuka.

“Saya sebagai pengarah francais pula yang rasa terharu dengan pelangan yang tidak putus datang. Pemiinat juga tidak pernah berhenti menyokoong dan datang kedai saya beberapa kali.”

Tak Harap Tawaran Semata-Mata.. Aniq Suhair Sedia ‘Back Up Plan’

Ditanya mengenai perancangan terdekatnya, dia ingin fokus dahulu dengan urusan cawangan pertamanya ini.

“Banyak lagi benda perlu diperbaiki dan perlu diambil tahu. Subway ini adalah satu jenama yang dikenali ramai, jadi saya perlu teliti lagi dalam bab pengurusan. Para pekerja juga perlu lagi dibimbing untuk menjadi lebih bagus.

“Buat masa ini, Aniq ingin stabilkan dulu francais ini dan tak boleh lepas pandang lagi.”

Syabas REMAJA ucapkan kepada Aniq di atas kejayaannya ini! Dalam kesibukan berniaga, berlakon dan lain-lain tugasan, harapnya Aniq kekal menjaga kesihatan dan mendapat rehat yang cukup okay.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI