Senario pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa dalam aspek mendidik. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin diri, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.
Namun, tular di media sosial tindakan beberapa pelajar di negara jiran kita yang dipercayai melanggar peraturan sekolah agama mengundang padah apabila telefon bimbit mereka dibakar guru. Video kejadian tersebut telah dikongsi oleh Fakta Indo di laman Instagram. Garang betul cikgu!
Kejadian yang berlaku di Indonesia ini, memperlihatkan kelibat dua orang guru wanita dilihat mencampak beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong berapi disaksikan pelajar yang sedang berkumpul. Difahamkan guru tersebut berbuat demikian berikutan beberapa orang pelajar melanggar peraturan membawa telefon bimbit ke sekolah berasrama itu.
Pada mulanya guru ini telah menyita kesemua telefon pelajar yang berjaya dirampas. Selepas itu, para guru bertindak untuk membakar telefon bimbit yang dirampas agar dijadikan pengajaran buat para pelajar.
Ads
Hmm….sayangnya kalau bakar Iphone 13 Pro Max tu….Apa pendapat korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perjalanan pulang ke kampung untuk Hari Raya adalah tidak dibenarkan. Namun rakyat Malaysia masih diberikan diberikan kelonggaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam had maksimum 20 orang dalam tempoh PKPB.
Berbeza pula yang berlaku di Arab Saudi apabila mereka akan dikenakan perintah berkurung (lockdown) selama 24 jam selama lima hari semasa cuti Aidilfitri bagi membendung penyebaran wabak COVID-19. Menurut Kementerian Dalam Negeri, perintah berkurung itu berkuat kuasa mulai 23 hingga 27 Mei 2020.
Walau bagaimanapun, setakat ini perniagaan dan komersial dibenarkan untuk dibuka dan orang ramai masih bebas bergerak antara jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali Makkah yang berada dalam kawalan perintah berkurung sepenuhnya.
Sebelum ini, Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung selama 24 jam di kebanyakan bandar tetapi melonggarkannya sejak awal Ramadan. Namun, kelonggaran sepenuhnya tidak diberikan kepada kawasan yang masih lagi merekodkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Untuk rekod, Arab Saudi mencatat sebanyak 42,925 kes COVID-19 dan 264 kematian. Ini adalah jumlah tertinggi dalam enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang secara keseluruhannya mencatatkan lebih dari 107,000 kes dan 582 kematian.
Jadi, jangan sedih-sedih tak dapat pulang ke kampung dan bersyukur la kita masih dapat beraya . Kalau dekat Arab Saudi lagi sedih. Mungkin ini adalah yang terbaik buat kita pada masa kini.
Sumber : Arab News
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang membuatkan seorang manusia cantik dan sempurna?
Masyarakat terutamanya pengguna di media sosial cukup gemar untuk memperlekeh dan membeza-bezakan bentuk fizikal seseorang. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.
Jika sebelum ini, orang yang berbadan besar sering dijadikan ‘bahan’ untuk di hina dan ‘body shaming’. Tapi sebenarnya insan berbadan kecil juga tidak terlepas dari isu ini. Baru-baru ini seorang gadis berkongsi pengalaman menjadi mangsa ‘body shaming’.
Memiliki ketinggian 171 cm dan berat badan 38kg sahaja, gadis bernama Syiera ini mendedahkan dirinya menjadi sasaran ‘body shaming’ sejak zaman sekolah lagi.
Antara gelaran pernah diterima, ‘tiang’, ‘kepeng’, ‘papan’, dan juga ‘panjang’.
Lebih menyedihkan lagi apabila ada yang memfitnah dirinya terlalu ‘slim’ disebabkan mengambil bahan terlarang. Ya, mungkin segelintir orang fikir bentuk badan dimilikinya boleh melayakkan dirinya untuk menjadi seorang model, hakikatnya empunya badan yang mengetahui realiti sebenar.
Tambahan Syiera lagi beliau tidak bangga memiliki badan kurus sebegini. Bahkan rasa tidak keyakinan memakai pakaian yang menampakkan kakinya terutamanya seluar jeans.
Hmm….so kesimpulannya guys. Tiada apa yang sempurna dimuka bumi ini. Jadi berhenti la untuk ‘body shaming’ orang di sekeliling korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah lagi filem biopik, Rajah yang khabarnya menelan belanja kira-kira RM48 juta akan melakukan sesi penggambarannya 100 peratus di Malaysia.
Filem yang diarahkan oleh Michael Haussman ini dibintangi oleh barisan pelakon Hollywood, Jonathan Rhys Meyers dan Dominic Monaghan, serta beberapa pelakon tempatan yang dijangka akan terlibat ialah Bront Palarae, Shaheiy Sam dan Datuk Rahim Razali.
Apa yang menariknya lagi, filem Rajah juga membariskan anak tempatan Sarawak dalam memegang watak penting menerusi naskhah ini.
Tidak terkecuali, finalis Hero Remaja 2017 Ezmir Sadriq juga terpilih untuk turut sama menjayakan filem dari Hollywood ini.
“Sebenarnya saya telah menyertai casting untuk filem Rajah kira-kira setahun yang lalu selepas terlihat satu posting di Facebook. Lebih kurang setahun selepas itu, saya dipanggil pula untuk menyertai sesi uji bakat peringkat kedua dan ketiga,” kata Ezmir.
Watak Subu
Oleh kerana sesi penggambaran berlaku di negara kita, filem ini mempunyai dua orang penerbit, , iaitu daripada Hollywood dan juga tempatan. Jadi menerusi panggilan casting peringkat kedua ini Ezmir diberikan tawaran untuk melakonkan watak Subu, yang kini dipegang oleh pelakon Shaheizy Sam.
“Pada mulanya, saya diberi kepercayaan untuk cuba membawakan watak Subu ini, namun mungkin kerana mereka merasakan saya belum cukup bersedia, jadi watak itu telah pun digantikan oleh Shaheizy Sam. Dan saya yakin dia lebih layak untuk membawa watak tersebut,”
“Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk terlibat dalam filem ini walaupun hanya memegang watak extra. Siapa yang tak nak berlakon dalam filem Hollywood kan? Jadi, saya ambil peluang ini sebagai langkah permulaan untuk menimba pengalaman dalam bidang lakonan,” jelasnya lagi.
Fokus belajar
Masih bergelar seorang pelajar di Universiti Swinburne di Kuching, Sarawak, Ezmir menegaskan bahawa dia masih mempunyai tugasan yang harus digalas untuk menamatkan pelajarannya.
“InsyaAllah saya ada lebih kurang dua tahun lagi untuk habis belajar, jadi sekarang biarlah saya fokus kepada pelajaran saya terlebih dahulu. Tapi sekiranya mendapat peluang berlakon, atau apa saja yang berkaitan dengan dunia seni, saya akan cuba penuhi sebaik mungkin,”
“Selepas tamat saja belajar nanti, insyaAllah saya nak meneruskan minat dalam industri seni negara dan dalam masa yang sama, mengejar impian untuk menjadi seorang anak seni,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Kami mengucapkan selamat maju jaya buat Ezmir dan semoga segala impiannya terlaksana. Tahniah sekali lagi kami ucapkan atas kemunculannya dalam filem biopik Rajah akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...