Tak Ikut Peraturan, Cikgu Nekad Bakar Telefon Bimbit Pelajar. Garang Betul!

Share

Senario pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa dalam aspek mendidik. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin diri, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.

Namun, tular di media sosial tindakan beberapa pelajar di negara jiran kita yang dipercayai melanggar peraturan sekolah agama mengundang padah apabila telefon bimbit mereka dibakar guru. Video kejadian tersebut telah dikongsi oleh Fakta Indo di laman Instagram. Garang betul cikgu!

 

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini, memperlihatkan kelibat  dua orang guru wanita dilihat mencampak beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong berapi disaksikan pelajar yang sedang berkumpul. Difahamkan guru tersebut berbuat demikian berikutan beberapa orang pelajar melanggar peraturan membawa telefon bimbit ke sekolah berasrama itu.

Pada mulanya guru ini telah menyita kesemua telefon pelajar yang berjaya dirampas. Selepas itu, para guru bertindak untuk membakar telefon bimbit yang dirampas agar dijadikan pengajaran buat para pelajar.

Hmm….sayangnya kalau bakar Iphone 13 Pro Max tu….Apa pendapat korang?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Fakta Indo

Published by
Nana