Tak Jadi ‘Trademark’ Harimau Menangis, Harap Pembatalan Reda Kontroversi

Share

 

Setelah berdepan dengan isu yang tular di media sosial pada minggu ini, usahawan dan ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Mohamed serta syarikat kendaliannya telah menarik balik permohonan penjenamaan produk Daging Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Beliau berkata sedemikian menerusi satu sidang media ringkas yang diadakan secara virtual

sebentar tadi.

Ihsan Foto: Aunty Tini Kitchen

“Saya membuat keputusan membatalkan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya (memohon hak penjenamaan) itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan.

“Saya memohon maaf dan sedar kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan. Saya juga berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” jelas beliau.

Tambahnya, beliau tidak sesekali berniat untuk menutup periuk nasih sesiapa terutamanya peniaga produk daging Harimau Menangis ataupun produk yang seakan dengannya.

Ihsan Foto: Aunty Tini Kitchen

Terdahulu, warganet terutamanya di Facebook dan Twitter bertindak menyelar tindakan Datin Noor Kartini termasuklah ahli keluarganya yang lain selepas video di mana beliau dan anaknya, Ameera Khan berbual mengenai perihal mempatenkan produk Daging Harimau Menangis tular.

Tambah memburukkan keadaan apabila tangkap layar permohonan syarikatnya di MyIPO tersebar lantas mengesahkan perbualan dua beranak itu.

ARTIKEL BERKAITANAsal-Usul Nama Daging HARIMAU MENANGIS, Memang Dah Lama Wujud? – REMAJA

Ihsan Foto: Aunty Tini Kitchen

Okaylah guys, tak perlulah lagi kita mencari ‘dosa kering’ dengan melontarkan cercaan. Isu ini telahpun selesai. Jika korang menyokong produk tersebut dan ingin merasainya sendiri, sokonglah dengan membelinya.

Jika tidak, lebih molek jika sebarang bentuk cercaan itu disimpan kepada diri sendiri saja.

Published by
FZ