Kekalahan terdahulu bukanlah alasan untuk tidak meneruskan perjuangan. Sebaliknya momen tersebut harus dijadikan sebagai satu pelajaran penting untuk terus maju ke hadapan.
Ini antara yang boleh kita pelajari daripada wanita cantik berusia 28 tahun ini. Praewwanich Ruanthong bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik Thailand, sebaliknya dia sebelum ini kerap menyertai pelbagai pertandingan namun rezeki tidak berpihak kepadanya.
Pada tahun 2018, dia menyertai pertandingan Miss Thailand World dan berjaya merangkul gelaran naib juara.
Dua tahun kemudian, pada 2020 dia sekali lagi mempertaruhkan nasibnya dengan menyertai Miss Universe Thailand. Walaupun di sebut antara yang bakal bergelar juara, ternyata dia hanya berjaya berada di kedudukan kelima pertandingan.
Tahun ini dia mencuba nasib sekali lagi apabila mendaftarkan diri untuk pertandingan Miss Supranational Thailand 2022. Ketika mengesahkan penyertaannya, wanita yang berasal dari daerah Chumpon ini berkata, “I will and I can. Road to Miss Supranational Thailand 2022.”
Kini semua impiannya telah menjadi kenyataan. Kelmarin, wanita cantik ini telah dimahkotakan sebagai Miss Supranational Thailand 2022 sekaligus memberikannya hak untuk mewakili negara gajah putih itu di pentas antarabangsa.
Dia yang merupakan seorang graduan seni dan pengurusan daripada Prince of Songkhla University berjaya mengetepikan 24 peserta lain.
Dimahkotakan di dalam acara gilang-gemilang bertempat di Show DC Ultra Arena Hall. Seiring dengan kemenangan tersebut dia membawa pulang wang bernilai 500’000 bath, selempang dan mahkota.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Berbangsa Cina Dinobatkan Sebagai Miss Universe Canada 2022
Menariknya, Miss Suprantional 2021, Chani Rabe turut hadir ke majlis tersebut untuk menyarungkan selempang kemenangan kepadanya.
Thailand pernah sekali menjuarai pertandingan berprestij ini pada tahun 2019 menerusi perwakilan Antonia Porxild. Tahun lalu pula, Thailand berjaya berada dalam kedudukan top 24 di pertandingan Miss Supranational 2021.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.