Berita

“Tak Kira Apa Yang Berlaku, Saya Tetap Akan Wakili Malaysia” -Lee Zii Jia

Share

Kemenangan pingat pertama pemain badminton negara, Lee Zii Jia di Sukan Olimpik pada malam tadi menerusi perlawanan penentuan pingat gangsa acara perseorangan lelaki, sekali gus telah membuatkan rakyat Malaysia bangga.

Terbaharu, tular semula temu bual pemain tersebut dipercayai pada tahun 2022 bersama seorang wartawan yang mengajukan soalan tentang khabar angin berkemungkinan beliau akan bermain untuk negara lain.

BACA: Lee Zii Jia Tidak Dapat Menahan Air Mata Selepas Menang Gangsa, Akui Tertekan Dengan ‘Headline’ Media Tempatan

Bagaimanapun, atlet tanah air berusia 26 tahun itu tetap dengan pendiriannya akan terus mewakili Malaysia walau apa pun yang berlaku.

“Ketika saya menghantar surat peletakan jawatan itu, saya sudah bersedia dengan perkara yang paling teruk akan berlaku iaitu selama dua tahun tidak akan bersaing dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

“Tapi saya tak pernah terfikir untuk tukar kerakyatan atau main untuk negara lain. Tak pernah. Tak kira apa yang berlaku, saya tetap akan wakili Malaysia,” jelasnya.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet terharu mendengar kenyataan juara All England 2021 itu.

“Walaupun dia terasa dan sedih sangat fasal berita yang buat dia down, tapi dia tetap bagi medal to Malaysia. Thank youu so much LZJ,” komen seorang netizen.

I’m proud of Lee Zii Jia. Thank you for everything… terima kasih mewakili Malaysia,” komen lagi seorang pengguna.

Semalam menyaksikan, kemenangan Zii Jia yang menghadiahkan pingat kedua Sukan Olimpik Paris 2024 untuk Malaysia selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik memenangi pingat sulung buat kontinjen negara, pada 4 Ogos.

Terdahulu, pada tahun 2022, Lee Zii Jia menghantar surat pelatakan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dikatakan tidak tahan dengan tekanan yang diterimanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Kobeh988

IKLAN