Menabung atau menyimpan wang bukanlah sesuatu perbuatan yang mudah terutama dalam kalangan generasi muda hari ini. Dengan kos sara hidup tinggi yang tidak selaras dengan pendapatan diterima, malahan terpaksa menjelaskan pelbagai bil, serta menampung keluarga menjadikan rakyat tidak memiliki baki gaji untuk disimpan.
Bagaimanapun, tidak kisahlah gaji yang diterima berapa sekali pun, terutama anak muda yang baru mula bekerja, simpanan adalah perkara yang penting dan wajib kita lakukan untuk masa hadapan.
Paling penting, adalah azam dan matlamat, pasti anda dapat amalkan sikap menabung dengan lebih bijak selepas ini. Jadi, ini antara empat jenis simpanan yang anda boleh lakukan:
ARTIKEL BERKAITAN: Kumpul RM31K Dalam Masa 4 Tahun, Simpanan Ini Khas Untuk Orang Gaji Kecil
01 Tabung Kecemasan
Untuk kecemasan, perlu ada tiga hingga 12 bulan gaji bersih. Contohnya, gaji RM 3,000, simpanan RM 9,000.
Tabung simpanan ini tidak boleh diusik. Kegunaan tabung kecemasan untuk ‘backup’ kita jika betul-betul memerlukan wang. Ingat!
02 Simpanan Persaraan
Setiap majikan akan carum 9% atau 11% daripada gaji bersih ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kita.
Jikalau tiada keperluan, usah sekali mengeluarkan wang ini. Ingat ya, KWSP ini simpanan hari tua. Jangan ikut ‘sedap tekak’ sahaja untuk kita menggunakan wang simpanan ini sehingga terlupa pada masa akan datang kelak.
03 Simpanan Perlindungan
Ini penting juga, jika baru mula bekerja, sebaiknya cari takaful untuk ‘protect’ diri kita. Ada sahaja takaful mahupun medical card yang menawarkan bayaran kurang daripada RM 100 sebulan.
Ingat, peruntukan 5% hingga 10% daripada gaji kita untuk membuat perlindungan. Ada perlindungan baru dikiran kewangan itu kukuh.
04 Simpanan Pelaburan
Terakhir adalah simpanan pelaburan. Untuk bahagian ini, jika komitmen kita banyak, boleh ‘hold’. Fokus melangsaikan hutang dahulu. Kemudian, baru boleh memperuntuk sekurang-kurangnya 10% hingga 30% daripada gaji untuk membuat simpanan ini.
Boleh juga mencuba simpanan risiko yang rendah dahulu seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB), ia boleh mula menyimpan serendah RM 10.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pexels Kuncheek , Energepic.com , Pixabay , Karolina Grabowska & Alesia Kozi