Remaja sebayanya mungkin sibuk berhias mencantikkan diri dan sibuk dengan gajet terkini. Tapi berbeza dengan Nor Farisya Azhar, di usia 18 tahun gadis ini sibuk di kandang lembu milik bapanya.
Apatah lagi sebagai anak sulung, dibahunya penuh dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga. Boleh dikatakan rutin harian Nor Farisya Azhar sepanjang hari hanya diluangkan untuk menjaga dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan.
“Memang ada yang memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.
“Bagaimanapun, ini memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya,” katanya ringkas.
Ads
Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8 hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.
Nor Farisya yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.
“Sebagai anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini,” katanya.
Ads
Berkongsi pengalamannya lagi sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, siapa sangka dia pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu. Pun begitu ia tidak mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan binatang peliharaan itu.
“Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat sekitar 800 kilogram (kg).
Ads
“Boboi sudah dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia sudah ditempah oleh pembeli untuk korban,” ceritanya lagi berkongsi pengalaman.
Moga Nor Farisya terus berjaya di masa akan datang dengan ternakan lembunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sehingga semalam statistic dunia menunjukkan mereka yang dijangkiti COVID-19 mencecah 56 juta orang dengan lebih 1.3 juta orang diberitakan meninggal dunia di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, bilangan mereka dijangkiti adalah seramai 56,680 dengan jumlah kematian dicatatkan adalah sebanyak 326 orang.
Namun satu perkongsian dari seorang gadis di fb miliknya, Myra Jijie yang berkongsi pengalaman sebagai bekas pesakit COVID-19 dan bertarung 20 hari di hospital termasuk di masukkan ke ICU dari Kluster Permatang memberikan kita kesedaran, penyakit ini bukan teori konspirasi atau peralihan ke New World Order sebagaimana tersebar di media sosial sebaliknya adalah satu penyakit yang boleh membawa maut jika ia dijangkiti.
Bacalah perkongsiannya. Semoga memberi kesedaran buat kita semua.
Boleh share sy izinkan utk create awareness
Covid fighter 1 family 16 org positif 1 meninggal (mak) Kluster permatang
Assalamualaikum semua,hari ni genap 20 hari Mira di hospital sebab covid, Mira dah janji dengan semua nak cerita semuakan. Ya Mira tepati hari ni. Harap boleh ambil iktibar dan pengajaran. Maaf jika penulisan mira kacau bilau. Mira cuba..
22/10/2020 Mak masuk icu Sebab kaki mak bengkak teruk,overload fluid doc kata
23/10/2020 Katanya mak kena kuarantin sebab ada kes. Tak pasti buat swab test, result negatif.
24/10/2020 Mak dah pindah wad biasa, Boleh melawat mak dah. Mak ngadu penat, uka mak bengkak habis
26/10/2020 Besday mak, Aku sambut beli bouquet. Beli rantai emas kat mak, Sebab kali terakhir mak datang Ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas. Sdih sangat mak tak sempat pun pakai. Malam.tu mak nak fries McD. Mak makan sikit saja. Mak kata teringin tapi mak makan 2 3 fries saja.
27/10/2020 Mak masuk icu balik sebab pernafasan mak tak ok. Mak kat ICU tapi mak nak mee sotong pulak. Abang beli mee sotong, kak ipar suapkan mak. Kami kena gilir-gilir naik sebab pelawat hanya 2 jam boleh jumpa 2 orang sekali.kami anak-anak kena jumpa doktor mak. Sakit mak kami terpaksa rahsiakan P&C.
29/10/2020 Mak dah intubate,atas keizinan kami semua. Sempat aku cium mak sebelum intubate. Minta ampun dengan mak..belai-belai mak. Rupanya tu kali terakhir dapat sayang mak. Cium.makk.
30/10/2020 Mak dah koma,keadaan mak dah kritikal, Dotkor minta kami sekeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih,masa ni aku dgn abg lg sorg dah ada simptom batuk dan demam.
31/10/2020 Abang aku pagi-pagi dah call, bagitahu mak positif Covid untuk swab test ke- 2. Hanya Allah saja tahu perasaan aku. Meraung nangis2,aku taw dengan keadaan mak yang kritikal. Harapan mak nak baik sangat-sangat tipis. Mak kena transfer ke ICU Hospital Pulau Pinang. Maka tercetus la Kluster Permatang dari mak aku. Sebenarnya kami pun tak tahu datang dari mana. Soalan ini tak mampu aku jawap sebab COVID kita tak nampak. Kalau nampak senang aku bagitahu dari siapa.
Kak ipar aku orang pertama buat swab memandangkan dia memang kerja hospital. Jadi dia paling pantas swb sebab memang dia tengah kerja time tu. Kami pula kena swab 2/11. Kak ipar dapat result hari yang sama jugak sebab contack rapat. Jadi positif dan ambulan pun datang ambil. Time ni orang kata dia pencetus. Kesian dia. Dia pun tak tahu apa-apa. Kami pun tak tahu dari siapa kami dapat. Covid ini merata ada dalam komuniti kita sekarang. Asbab mak aku positif, semua buat cerita bukan-bukan. Tak apa lah, kami redha. Ini ujian buat kami.
1/11/2020 Abg aku no 3 pegi swab test,sbb simptom dia smkin trok..kmi plak kkm mtk swab test 2/11..utk depa prepare kmi kluarga bsr utk swab test.. Abg aku pn positif mlm tu jgk ambulance dtg ambil..
2/11 1 family aku ke KK Kulim untuk swab test. Simptom aku pling teruk. Batuk,demam on off,muntah,sakit dada macam kena tumbuk,nafas xlepas,aku xtggu result dah,mlm tu jgk aku serah diri kt hospital kulim sbb aku xleh bnafas,dlm brapa jam.hosp kulim transfer aku ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
3/11/2020-5/11/2020 Suhu aku 39. Oksigen aku tak cantik. Kena tambah darah sebab hemoglobin jadi 7. Kena pakai gas. Malam tu jugak aku kena transfer ICU HSB baru. Oksogen aku drop teruk. Malam tu juga doktor buat penerangan nak intubate aku. Dia minta nombor suami aku untuk inform semua in detail..aku dah ngis2 merayu kt doc..xnk kna intubate mcm mak,aku msih bole lawan.aku nk cuba lawan.
6/11/2020 Abg aku plak ke icu,sama stuasi mcm aku,oxygen drop,ssungguhnya covid ni sgt jahat,mcm2 dia serang aku n abg aku..sementara tu family aku skit demi skit kena hntr ke HSB lama sbb positif..baby 4 bln ank kakak aku pn positif
8/11/2020 9.13 pagi,mak dah meninggalkan kami untuk selamanya,mak dah lawan 8 hari,mak dah xmmpu,..mak dah penat,pling sedih buat keluarga aku,kmi sorg pn xbole blek tgk mak,smua kt hosp sbb covid,tggl suami dgn ank2 buah 3 org ja ngatif,tp xbole kluar sbb kuarantin,sedih sgt.pakai wakil buat pngecaman jenazah mak,kubur pn xbole tgk.smoga mak tenang dsana..Al-fatihah.
Dan aku di icu selama 2 mggu,berperang dengan sakit,kena isolate sorg2 dlm blik,sdgkan org lain kt icu dduk luar katil bnyk2.boleh kata cond aku sgt2 xok.bole refer post2 di gambar..penat 2 mggu tu Allah sja thu..hri2 aku bperang sgn sakit.
16/11/2020 Alhamdulillah akhirnya aku recover,dah kena transfer ke hsb lama..wad biasa,skarang dlm proses recover,dpt dduk sblh suami..dia positif swab test ke2 hri ke 14..ank2 buah 3 org tu power..smpai skrg ngatif..immune pling power
21/11/2020 Hri ke 20,doc cakap klu 21 hari aku bole.balik dh,mudah2an amin,1 je nk pesan buat org dluar sana..bila ada teman2 sdara mara kena c0vid,shrusnya kita support emosi diorg,bukan kta tokok tambah cerita,buat fitnah yg xbtl psl org positif,nk thu dgn skit je cerita tmbh2 ni bole buat emosi psakit down,sbb tu psakit covid jika ada fmly depa bg dok 1 fmly utk support emosi sesama kmi..
Alhamdulillah family aku skrg smua dh ngatif
Abg aku,kak ipar discaj esok..aku n suami maybe ahad ni.
Lain2 smua awl lg dh discaj..recover cepat.covid ni xda ubat pn bg yg xda simptom..bg aku yg dok icu..ada ubat2 yg aku dpt..xbole bg information p&c. Aku hrp kwn2 kt luar sana,follow lah sop,tak penting xperlu keluar,aku xcerita detail sgt spnjg aku sakit,p&c..apa aku ckp..covid ni real..mmg sakit sgt,xbole nk ucap perasaan sakit tu mcm mana,Allah maha mengetahui,stop spreading false news,stop la fitnah pesakit2 covid,selagi kta x kena,kta xrasa siksa tu macam mana..jd tlg la bg moral support kt mereka..itu shj dh ckup.
Terima kasih buat smua staff nurse/doktor2 icu hospital sultanah bahiyah yang menjaga aku dengan baik skli,mndikan aku,urut aku,sikat rmbut aku,ikat rmbut aku..ya Allah baik sgt depa,kalah hosp swasta taw
Terima kasih staff nurse dan doktor hspital sultanah bahiyah lama sbb jaga aku sepanjang kat wad biasa..alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa.aku hrp aku mmpu tlg depa dgn bg awareness kt smua org psl covid.
Family is everything bila jd cmni kmi sling mnyayangi,saling support sesama kami,mgkin ksih syg mak buat kami adik bradik rpt mcm ni.. Al-fatihah mak rogayah bt md desa
Sehingga hari ni msih blm tgk kubur mak
Rindu yang tak terucap…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini, rata-rata rakyat bercerita tentang kegagalan facebook, Whatsapp dan Instagram yang gagal berfungsi, seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa media social.
Namun isu pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga menjejaskan ribuan rakyat ternyata memberikan impak berbeza bagi sesetengah rakyat apabila ramai yang mula bersuara dan mula menyalahkan kegagalan pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut.
Menurut laporan terkini dari FB Kementerian Kesihatan, sejumlah 937 orang dirawat dengan 12 daripada mereka masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) berikutan pencemaran akibat pembuangan bahan kimia Khamis lalu.
Penularan gambar kanak-kanak yang muntah di dalam plastik beg kuning dengan kesukaran bernafas juga turut mengundang simpati yang bukan sedikit berikut kes ini dianggap begitu luar biasa kerana ramai yang terjejas.
Baca luahan hati rakyat yang tular di media social berikutan kes pencemaran sisa kimia ini.
Isu ini terus mendapat perhatian apabila persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini menyiarkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengemukakan usul tergempar susulan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor dibahaskan dan usulnya itu akan didengari pada jam 4.30 petang ini.
Dalam nada tegas, beliau merayu kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin supaya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan isu ini dengan kadar segera.
Katanya, usul tergempar itu telah difailkan kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pagi tadi.
Beliau yang marah bercampur geram turut merayu supaya usul itu dibahas dan diputuskan hari ini juga.
“Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya mohon supaya Kerajaan Persekutuan isytiharkan darurat di Pasir Gudang mulai hari ini juga.
“Yang Berhormat (YB) Menteri, tolong saya. Pagi tadi saya telah hantar surat kepada Yang DiPertua (Dewan Rakyat) supaya usul tergempar dibentangkan di Parlimen pada hari ini, bukan hari Isnin akan datang.
“Saya minta soal teknikal diketepikan, ini soal nyawa. Saya minta usul darurat ini dibincang, dibahaskan hari ini,” tegasnya yang turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli Parlimen yang hadir.
Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara boleh membawa maut kepada orang awam, kata Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Rizal Razali.
Dr. Mohd Rizal, yang juga merupakan pakar dalam bahagian pengurusan kimia dan organik berkata, keadaan ini boleh berlaku apabila kemampatan gas metana tinggi dan kandungan oksigen dalam udara berada di bawah paras 15 peratus.
“Agak berbahaya kepada orang awam sekiranya kandungan oksigen di dalam udara berada pada paras bawah 15 peratus.
Ia boleh mengakibatkan pengsan dan membawa maut kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI
Dr. Mohd Rizal berkata bagaimanapun, kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah boleh dielakkan sekiranya kandungan oksigen dalam udara ketika kejadian berada paras 23 peratus.
Menyifatkan bahawa gas metana memberi kesan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, Dr. Mohd Rizal menjelaskan simptom-simptom awal yang boleh dikenal pasti sekiranya seseorang terhidu gas tersebut adalah sesak nafas dan muntah-muntah.
Katanya, antara lokasi yang boleh menyebabkan orang awam terdedah dengan gas metana adalah kawasan pelupusan sampah dan pusat penyimpanan bahan kimia. Namun, gas ini sukar untuk dikesan memandangkan ia tiada bau.
Gas metana juga banyak digunakan dalam industri sebagai salah satu bahan bakar atau bahan yang menjadi campuran minyak bumi yang akan diolah menjadi bahan bakar ataupun bahan kimia yang lain. Sebagai contoh, ia sering digunakan untuk kegunaan harian seperti memasak.
Remaja difahamkan, bukan satu gas iaitu metana sebaliknya ada lapan jenis bahan kimia di Sungai Kin Kin yang kini mengancam nyawa penduduk sekitar Pasir Gudang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Argentina bukanlah calang-calang pasukan dalam saingan Piala Dunia FIFA.
Tambahan pula mereka berada dalam kedudukan kelima ranking pasukan bola sepak dunia sekarang. Namun, walaupun ribuan penonton menyokong mereka di Spartak Stadium, Moscow malam ini, Iceland dilihat menjadi pilihan netizen di media sosial!
Ini adalah 5 sebab utama sokongan mereka terhadap Iceland yang kali pertama terpilih sebagai negara finalis itu.
01
Netizen addicted dengan ‘Viking Clap’ yang dilakukan oleh 30,000 penyokong Iceland di dalam dan luar Spartak Stadium. Mereka juga mewakili 10% jumlah keseluruhan penduduk Iceland!
02
Ya, walaupun pertama kali menjadi finalis, Iceland dilihat memberi saingan yang amat sengit ke atas Argentina. Kedua-dua negara berkesudahan terikat 1-1 pada minit ke 95′ selepas Iceland menjaringkan gol pertama Iceland dalam sejarah pada minit ke 23′.
03
Where Ronaldo succeeded..
..Lionel Messi pula kelihatan agak cemas berhadapan dengan pressure untuk perlawanan pertama Argentina ini. Iceland sangat bersungguh-sungguh untuk mengekang penyerang berbisa itu sehinggakan penjaga gol mereka berjaya menepis sepakan penalti Lionel Messi tadi.
04
Tiga defender mengejar Lionel Messi bersamaan dengan 0.0009% rakyat Iceland. Yes, do your maths. Iceland hanyalah negara kecil dengan 340,000 orang penduduk.
05
Pada saingan Piala Dunia, sudah menjadi kebiasaan untuk netizen berikan sokongan moral kepada negara kerdil seperti Iceland kerana bukan mudah untuk negara mereka layak.
Namun Iceland yang juga merupakan negara paling kerdil dalam sejarah Piala Dunia tak mendapat sokongan simpati semata-mata. Netizen betul-betul menyukai cara pemain Iceland memberikan tentangan, tak seperti Arab Saudi yang kelihatan mudah mengalah dan lemah, tempoh hari.
CONGRATS ICELAND! ITULAH YANG DINAMAKAN HARDWORK.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...