Tak Lapuk Dek Zaman, Gaya Fesyen Ikonik Puteri Diana Kekal Jadi Ikutan Ramai!

Share

Walaupun sudah mangkat sekitar 26 tahun lalu dalam sebuah kemalangan yang tragis, legasi Puteri Diana terus ‘hidup’ sehingga sekarang. Dan salah satunya adalah fesyen-fesyen ikoniknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Tiara Puteri Diana Yang Acapkali Digayakan Sepanjang Bergelar Princess of Wales

Memegang status sebagai seorang puteri dan isteri kepada putera mahkota, Puteri Diana perlu tampil bergaya di hadapan umum. Ketika inilah dia menunjukkan citarasa dan bakatnya dalam fesyen.

Nak tahu gaya fesyen yang mana satu masih menjadi ikutan sehingga kini? Ayuh REMAJA kongsikan bersama anda beberapa gaya ikonik puteri kesayangan ramai ini!

Nampak simple tapi gaun baldu off-shoulder dalam rona hitam yang dipakai oleh Puteri Diana ini pernah diolah semula oleh Angelina Jolie. Namun untuk mengelakkan dari kelihatan terlalu kosong di bahagian leher, kenakan anting-anting seperti chandelier earring atau pun rantai jenis collar atau esclavage.
Paling popular revenge dress Puteri Diana turut menjadi rujukan fesyen Rihanna. Gaun koktel puteri Diana yang off-shoulder ini sedikit pendek, manakala Rihanna pula agak panjang, di mana dia mengenakan gaya slit dress. Namun kedua-duanya nampak menawan, bukan?
Tak ketinggalan juga fesyen kasual Puteri Diana di mana Harry Styles juga pernah ‘tiru’ semula gayanya. Bercorak kambing biri-biri, Puteri Diana mengenakan pullover dalam rona merah, Harry pula tampil memakai vest dalam rona navy blue.
Antara gaya fesyen kasual Puteri Diana yang agak popular dan ikonik adalah padanan topi besbol, t-shirt, jeans dan but. Namun model terkenal, Hailey Bieber telah mengubah sedikit gaya tersebut dengan mengenakan kasut tinggi.

Tak dilupakan juga gaya sporty Puteri Diana yang Hailey pernah gayakan juga iaitu padanan sweatshirt grafik dan biker short. Cantik bukan?

 

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO/ARTIKEL: Pinterest, DIVA

 

 

Published by
Adriana Syaurah