Tak Larikan Diri, Datuk Bandar Wanita Pertama Di Afghanistan Pilih Berdepan Taliban

Share

Segaimana kita tahu, negara Afganistan kini dalam suasana semakin menjadi kucar kacir setelah Taliban kembali menguasai Afghanistan selepas selepas 20 tahun berjuang.

Sebelum ini tular di media sosial keadaan rakyat dan penduduk Afghanistan kini berpusu-pusu bersedia untuk berpindah ke negara-negara jiran termasuklah India namun terpaksa berdepan dengan kekangan perjalanan penerbangan serta kehabisan tiket penerbangan.

Sehingga ada yang terdesak sanggup memanjat pesawat yang sedang mahu bergerak. Akibatnya, masing-masing menemui ajal jatuh ke tanah apabila tidak mampu bertahan pada badan pesawat yang terbang.

Hal ini juga selepas Presiden Afganistan iaitu Ashraf Ghani lepas tangan dan meninggalkan negara itu ketika Taliban semakin menghampiri Kabul, sebelum sepenuhnya memasuki bandar ini dan menawan istana presiden.

Tunggu Taliban Untuk Membunuhnya

Namun, berbeza dengan Datuk Bandar Afghanistan Zarifa Ghafari. Beliau tidak melarikan diri keluar negara seperti menteri-menteri Afghanistan yang lain. Menurut Zarifa, dirinya tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri bersama ahli keluarganya.

Memetik laporan VIVA, Zarifa hanya mampu menunggu Taliban datang untuk membunuhnya sekeluarga. Apatah lagi Taliban juga pernah mengumumkan akan membunuh mana-mana wanita yang bijak berbicara dan memiliki pengaruh dalam politik.

Foto Kredit : Via New York Post

Wanita berusia 27 tahun ini mula menjadi Datuk Bandar Afghanistan pada tahun 2018 sehingga hari ini, Zafira merupakan wanita pertama dilantik sebagai Datuk Bandar.

Selain itu, Zarifa juga pernah mendapat pengikhtirafan ‘Women of Courage’ oleh Menteri Luar Negara Amerika Syarikat pada tahun 2020 dan tergolong dalam ‘100 Wanita Berpengaruh’ oleh BBC pada tahun 2019.

Foto Kredit : Via India Blooms

Malah ‘kebal’nya Taliban adalah kerana ia disokong sebahagian besar masyarakat Afghanistan.

Apa-apapun, semoga Zarifa Ghafari dan keluarganya selamat, dari kemelut peperangan yang sedang berlaku di Afghanistan ketika ini.

Published by
Nana