
Kalau kata nak diet je, mesti orang cakap jangan makan nasi. Tapi yang peliknya, berat tak turun-turun juga bila dah mula cut nasi dalam pemakanan seharian.
Persoalannya, adakah benar nasi itu menggemukkan? Bagaimana pula kalau dah exercise hari-hari pun tapi berat badan masih sama?
Ha, nak tahu jawapannya? Jom tonton video ini bagi menerangkan segala kemusykilan yang sering anda hadapi.
Terima kasih: Coach Kholis
Instagram: escortgroupworkout
Gadis Ini Kongsi Produk Skincare Untuk Rawat Jerawat Badan Dengan Harga Berbaloi

Isi Kandungan
ToggleMasalah jerawat bukan hanya tumbuh di bahagian wajah, malah terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dipenuhi jerawat asalkan mempunyai folikel rambut seperti di dada, leher, bahu, lengan, pinggul dan belakang badan.
Kali ini, kami ingin mengulas tentang jerawat badan yang lazimnya ‘menyerang’ gadis usia belasan tahun dan awal 20-an. Ada banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya faktor hormon, ubat-ubatan, genetik, diet dan banyak lagi.

Ada juga beberapa petua yang korang boleh lakukan mengikut pakar dermatologi.
• Mandi dua kali sehari, atau selepas berpeluh
• Gunakan pakaian yang sesuai. Pakaian yang longgar dan mempunyai peredaran angin yang baik ketika bersenam atau keluar rumah
• Gunakan produk yang lembut pada kulit. Elakkan daripada menggunakan produk yang merengsakan kulit, termasuklah astringen, toner dan bahan pengelupasan kulit
• Biarkan kulit sembuh secara semula jadi. Sekiranya korang ingin memicit jerawat badan, ingatlah bahawa kulit korang akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh dan ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat parut
Jika korang mencari produk penjagaan kulit yang boleh merawat jerawat badan, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Farah Farzana telah pun berkongsi beberapa produk yang boleh korang beli secara online.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Dermalogica Clearing Skin Wash

Berfungsi membersihkan kulit daripada minyak berlebihan dengan menggunakan salicylic acid. Korang juga boleh semak dahulu kelebihan salicylic acid (BHA). Harga produk ni agak kayangan sikit, RM124 untuk 250ml. Tapi kalau berkesan apa salahnya kan.
2. SomeByMi Miracle Acne Body Cleanser

Harga murah tapi berkesan, produk ini tidak akan mengeringkan kulit korang. Ada AHA dan BHA untuk mengelupas sel kulit mati. Harganya hanya RM39.90
3. CeraVe Salicylic Acid Cleanser

Paling best, ada BHA untuk exfoliate kulit serta melembutkan. Produk ini frangrance-free ya. Harga paling murah boleh dapat dalam RM103 untuk 237ml
Sekiranya keadaan jerawat badan korang masih teruk dan tidak sembuh, sebaiknya terus berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan seterusnya.
Selamat mencuba!
Rangkul Gelaran Mrs Petite Global Malaysia 2023, Mel Vianna Mahu Bantu Anak Muda Sarawak Akses Pendidikan

Mel Vianna Lai telah dinobatkan sebagai Mrs Petite Global Malaysia 2023 selepas menewaskan sembilan finalis lain dari seluruh Malaysia semasa majlis penutup yang diadakan di Platform Seni Persembahan, Menara TTDI Kuala Lumpur baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Anntonia Porsild Juara Baharu Miss Universe Thailand, Veena Praveenar Kecundang
Gadis Iban berusia 39 tahun dari Bintulu itu membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hadiah lain.
“Dengan memenangi gelaran ini, saya berpeluang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, Mrs Petite Global, pada Januari tahun depan.
“Saya berharap dapat membanggakan Malaysia dan meneruskan tradisi kemenangan berturut-turut untuk Malaysia sejak pemenang tahun lepas Joyce Nyupeh, juga berasal dari negara tercinta,” kata Mel.
Ahli perniagaan wanita itu, yang mengaku sebagai “seorang yang sangat pemalu”, berkata pertandingan itu adalah platform yang baik untuk wanita yang sudah berkahwin sepertinya keluar dari zon selesa mereka.
“Banyak yang saya pelajari melalui perjalanan itu, terutamanya pengucapan awam, kemahiran komunikasi, cara catwalk, dan juga cara menjadi ratu cantik,” katanya.
Kejayaan Mel bukan sahaja menandakan pencapaian peribadinya tetapi juga komitmennya untuk memberi kembali kepada masyarakat.
“Saya ingin membantu kanak-kanak kurang berkemampuan yang tidak mendapat akses pendidikan yang sewajarnya, khususnya di Sarawak. Pendidikan adalah jalan terbaik keluar daripada kemiskinan sebahagiannya kerana ia berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah masyarakat,” tambahnya.
Mel juga memenangi gelaran Darling of the Crowd, Anugerah Popular, Gaun Malam Terbaik dan Anugerah Media Sosial.
Mengambil tempat naib juara pertama ialah Zulaikha Safuan, seorang jurutera telekomunikasi gentian optik berusia 34 tahun dari Johor Bahru.
Keysha Kumar, seorang eksekutif pemerolehan berusia 32 tahun dari Kuala Lumpur, mendapat tempat ketiga dan turut memenangi Congeniality Award.
Mrs Petite Global, yang telah memasuki edisi kedua, telah ditubuhkan di Malaysia pada 2021 oleh pengasas Tiara Management, Nickson Sim.
Ia bertujuan untuk menggalakkan pemerkasaan wanita melalui situasi sosial yang berbeza dan mentakrifkan semula konsep kecantikan dengan membuka pintu untuk wanita berbadan kecil yang sudah berkahwin, bahawa mereka juga berkebolehan, bijak dan mampu ke hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: The Borneo Post
Doktor Ini Dedah Bahaya Minuman Bungkus ‘Ikat Tepi’ Yang Korang Mungkin Tak Tahu

Isi Kandungan
ToggleDah jadi kebiasaan masyarakat kita bila beli air di kedai, dibungkus dengan plastik ‘ikat tepi’ kerana ia lebih mudah dan kos yang agak murah bagi si penjual.
Namun begitu, korang tahu tak sebenarnya minum di dalam plastik boleh memberi sedikit sebanyak kesan kepada kesihatan?
Menurut thediagnosa.com, seorang pensyarah dan juga Ahli toksikologi Universiti Malaya, Prof Dr Mustafa Ali menyatakan bahawa plastik bungkusan bukan saja tidak bagus untuk alam sekitar, malah kompaun pada plastik tersebut masih lagi tidak dibuktikan selamat.
Plastik mengandungi kompaun Bisphenol A (BPA) yang boleh meresap dan larut ke dalam makanan ataupun air apabila bersentuhan dengan lemak seperti dalam susu atau pun pada daging, bersentuhan dengan bahan yang mempunyai asid seperti air oren dan juga air limau, serta air panas seperti teh tarik dan kopi juga boleh menyebabkan kompaun BPA pada plastik tersebut meresap ke dalam air minuman.

Fungsi BPA
BPA adalah salah satu kompaun yang digunakan dalam plastik untuk menjadikan plastik itu lebih kuat dan mengelakkan ia menjadi kekuningan. Pendedahan pada manusia dalam jangkamasa yang lama boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tiroid dan kencing manis.
Malah, bahan ini juga boleh menganggu kesuburan seseorang terutamanya lelaki kerana BPA juga boleh bertindak seperti hormone estrogen yang akan menganggu fungsi reproduktif seorang lelaki.

Kalau korang sedia maklum, penggunaan BPA ini telah diharamkan pada botol susu pada tahun 2012, tetapi ia masih lagi digunakan pada plastik yang lain termasuklah plastik bungkusan air.
Individu yang terdedah pada bahan ini sejak kecil mungkin akan menyebabkan mereka mengalami masalah kesuburan ketika besar.
Masih tidak selamat
Walaupun ada sesetengah syarikat plastik membantah perkara ini dan menyatakan bahawa mereka masih mengikuti piawaian daripada FDA dan walaupun kompaun BPA dalam plastik tersebut adalah sangat rendah, tetapi ia masih lagi tidak dibuktikan selamat pada manusia.
Ha, bahaya rupanya penggunaan plastik yang kita guna dalam kehidupan seharian ni. Sebaiknya korang boleh menukarkan bungkusan tersebut kepada bekas lain yang lebih mesra alam dan tidak memberi kesan pada kesihatan kita.
Cuba ambil inisiatif sendiri untuk membawa bekas yang lebih selamat digunakan jika hendak membeli makanan berbungkus di kedai.
Kalau korang berjaya mengamalkan cara hidup seperti ini, ia bukan saja dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan, malah korang juga sedang berusaha untuk menyelamatkan alam sekitar.