Tak Malu Jadi ‘Rider’ Penghantar Makanan, Pelumba Motosikal Negara Cari Rezeki Halal

Share

Setiap pekerjaan pasti mempunyai risikonya tersendiri, lebih-lebih lagi yang bertugas dalam perkhidmatan penghantaran dimana masa mereka banyak berada di atas jalan raya.

Turut berada situasi yang sama,Pelumba motosikal negara Azlan Shah Kamaruzaman, yang kini mula berkecimpung menjadi ‘rider’ penghantar makanan perniagaan keluarganya iaitu menjual nasi ayam penyet dan menghantarnya di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor ketika kalendar perlumbaan negara terhenti akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Tak Malu Jadi ‘rider’

Menurut perkongsiannya di Harian Metro, beliau tidak malu menjadi pengantar makanan malah berasa gembira dapat melakukan kerja yang membuatkan dia boleh terus menunggang motosikal – sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan buat pelumba negara itu.

‘Budak Penghantar’

Idea untuk menjadi penghantar makanan mula tercetus selepas negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan rakyat Malaysia dilarang untuk keluar daripada rumah.

Jadi daripada situ dia mula bertanya pada dirinya mengapa tidak dia menjadi ‘budak penghantar’ makanan ke rumah pelanggan

Azlan akui bahawa dia tidak malu menjadi penghantar makanan. Baginya, apa sahaja kerja yang memberikan rezeki yang halal dan membuatkan dia gembira, dia bersedia.


Lebih mengembirakan, sepanjang menjadi penghantar makanan, ada sebahagian daripada peminat yang memintanya untuk menghantar sendiri makanan tersebut kerana mereka mahu berjumpa dengannya secara berhadapan.

Dia turut bersyukur dengan rezeki yang melimpah, peminat yang sentiasa memberi sokongan dan permintaan yang diterima juga amat menggalakkan.

Dia yang kini bersama pasukan Onexox Tkkr SAG Team dalam saingan cub prix turut berkongsi harapan agar semua rakyat Malaysia dapat keluar daripada kesan ekonomi yang dihadapi sejak wabak COVID-19 melanda negara.

Baginya, masalah yang menimpa rakyat Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi, namun dia percaya bahawa kita mampu untuk mengharunginya bersama-sama.

Meskipun memegang gelaran pelumba motosikal negara, bangga melihat apabila Azlan tidak segan atau malu untuk bekerja dalam penghantaran makanan.

Published by
Ruziana Zainal