Dalam pada ramai warganet ‘tertarik’ untuk memberikan komen terhadap pengakuan pempengaruh terkenal, Ameera Khan ataupun Little Miss Khan yang mengamalkan krim jenama La Mer bernilai sekurang-kurangnya RM380 (15ml) bagi menjaga kulit punggungnya, penulis sebenarnya lebih tertarik dengan topik penjagaan punggung itu sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN : “Menangis Harimau Tengok” – Tular ‘Krim Punggung’ Mewah, Ameera Khan Balas Sindiran – REMAJA
Come on, let’s face it. Siapa yang tidak mahukan kulit punggung yang gebu, lembut dan bersih dari segala cela, kan?
Cuma, bukan semua di kalangan kita mampu mendapatkan produk seperti Creme de la Mer pada setiap bulan.
Jadi, REMAJA ingin cadangkan 6 produk alternatif yang mampu memberikan kesan yang sama terhadap – ahem – punggung kamu.
.
.
Neutrogena Body Clear Body Wash
Sekiranya sesuatu produk itu selamat untuk digunakan bagi merawat wajah, ia juga selamat untuk digunakan bagi bahagian punggung. Sebab itulah kami menggemari produk jenama Neutrogena ini bagi mengatasi masalah buttne.
Kandungan : Salicylic acid (acne treatment)
Harga : RM128
Beli Di : Lazada
.
.
Bliss Fabgirl Firm Body Firming & Contouring Cream
Guys, semua orang ada selulit pada bahagian peha dan punggung, tak perlu malu kerana ia adalah perkara yang normal. Namun jika korang (seperti kami) ingin mengurangkan penampakan selulit dan membuatkan kulit lebih toned serta tegang, inilah rahsia korang.
Kandungan : Kafein untuk memberi stimulasi pada kulit, campuran ekstrak tumbuhan hijau, Shea Butter, Sodium Hyaluronate & minyak kacang soya.
Harga : RM196
Beli Di : Shopee
.
.
BAWDY Slap It Caffeine Butt Mask
What a wake up call!
Pupur khas untuk bahagian punggung ini mempunyai kandungan kafein dan kolagen vegan bagi menganjal, menegangkan kulit dan melembapkan pori punggung. Meskipun ia sedikit mahal bagi dua keping pupur (satu untuk setiap bahagian) tapi kami telah mendengar banyak reviu positif mengenainya.
Kandungan : Aloe vera, buah oren, goji berry dan kafein.
Harga : RM37 untuk 2 keping
Beli Di : Goxip
.
.
frank body Shimmer Scrub
Hhm, kenapa pula kita perlukan glitter untuk membantu melembapkan kulit punggung?
Well, ia lebih daripada sekadar glitter kerana skrub ini juga berfungsi sebagai exfoliator. Ia mampu merawat sebarang kesan stretch mark, jerawat dan juga selulit.
Kandungan : Antioksidan, minyak bijian anggur, garam, kafein, minyak kacang soya, ekstrak akar lobak.
Harga : RM90 (100g)
Beli Di : Sephora
.
.
AmLactin Daily Moisturizing Body Lotion (2 botol)
Bagi yang gusar sekiranya kulit badan agak sensitif, kering dan selalunya kurang sesuai menggunakan kebanyakan jenama kecantikan di luar sana, losyen badan ini harus dicuba oleh korang.
AmLactin popular sebagai jenama rangkaian produk yang bukan saja melembapkan kulit tetapi juga berkesan sebagai exfoliant pada kadar sederhana dan tidak terlalu agresif.
Harga: RM150
Beli Di: Lazada
.
.
Nivea Creme
Akhir sekali adalah produk yang agak popular di drugstore ini. Nivea Creme mampu bertahan lama walaupun digunakan setiap hari dan harganya juga adalah yang paling berbaloi di antara kesemua produk dalam senarai ini.
Ia melembapkan dan memperbaiki kulit yang kering, kasar, gatal dan yang mempunyai keradangan minor.
Harga: RM19.90
Beli Di: Drugstore seperti Guardian, Watsons & Caring.
.
.
Honorable Mention
Soap & Glory Sit Tight 4-D
Ya, produk ini dijual pada harga yang lebih premium. Namun, ramai YouTuber yang telah melakukan reviu terhadap serum badan ini dan mereka menyukainya
Kandungan: Minyak badam, glycerin & minyak zaitun
Harga: RM302
Beli Di: ubuy.com.my