Dah nama pun selebriti ke mana saja mesti kena pakai mekap, kiranya setiap hari wajib pakai mekap.
Tapi korang pernah terbayang atau terfikir tak, bagaimana agaknya wajah selebriti kalau tanpa mekap, adakah kita cam mereka atau kita langsung tak cam mereka. Setengah selebriti memang dilahirkan pakej lengkap manakala setengahnya pula perlukan mekap untuk tutup cela mereka. Teringin nak tengok selebriti Korea Selatan tanpa mekap, lain atau sememangnya dilahirkan ‘natural beauty’.
Jom tengok koleksi gambar selebriti K-Pop tanpa solekan ini.
Bintang yang popular dengan drama ‘The World of the Married’ dan ‘My Name’, Han So Hee sering berkongsi foto tanpa makeup
di feed Instagram-nya. Malah, bukan hal baru bagi Han So Hee dipuji kerana kecantikannya. Sebelum ini, dalam temu bual untuk siri Netflix My Name, Han So Hee mendedahkan bahawa dia tidak bersolek untuk watak Yoon Ji Woo dalam drama My Name.2. Song Hye Kyo
Foto tanpa riasan Song Hye Kyo selalu menjadi viral kerana suatu alasan! Selebriti ini tidak berubah sedikit dan tidak di makan, selalu terlihat cantik dan natural.
3. Seulgi Red Velvet
Tidak mahu kalah, Seulgi ahli kumpulan Red Velvet juga berani tampil dengan muka polos. Comel kan?
4. Suzy
Bintang ‘Start-Up’ ini tidak pernah ragu untuk tampil tanpa sebarang solekan di depan kamera. Dalam video untuk Dingo ini, Suzy bahkan memberi kami close-up dirinya yang baru saja bangun dari tempat tidu. Bangun-bangun terus cantik ye!
5. Shin Min A
Model dan pelakon drama “Hometown Cha–Cha–Cha” ini memang comel lesung pipit yang menggandakan kecantikannya. Tapi, rupanya kalau dia tak solek pun cantik guys!
6. Taeyeon
7. IU
IU memang popular dengan wajah baby face semulajadinya. Dia juga sering kelihatan tanpa makeup di kanvas wajahnya, dan pastinya selalu terlihat cantik setiap saat.
8. Jennie
Ini bukan kali pertama penyanyi dan ahli kumpulan BLACKPINK yang popular dengan lagu ‘Kill This Love’ itu menunjukkan wajah polos tanpa makeup. Jennie tampil begitu natural dan terlihat seperti wajah bayi kan?
9. Seo Ye Ji
Pernah menunjukkan rutin pembersihan solekan di rancangan kecantikan Korea Get It Beauty
, dan walaupun selepas proses itu, kulitnya masih kelihatan sempurna tanpa cela. Wajah Seo Ye Ji memang berkilat ye guys macam disapukan minyak.10. Son Ye Jin
Hampir tidak masalah untuk mengetahui tahun berapa foto Son Ye Jin ini diambil, karena dia masih terlihat sama di tahun 2022!
Alahai, cantiknya dorang ni….
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.