Pencarian Dewi Remaja telah banyak menghasilkan alumni peserta yang cukup hebat dalam bidang masing-masing.
Mengimbas kembali 9 tahun lalu, Shangkharee Nadarajan yang ketika itu berusia 20 tahun pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 yang pada ketika itu menemukan antara finalis Glamazon paling berjaya pernah dikumpulkan di dalam satu kumpulan.
Antaranya termasuklah pemenang Noor Neelofa, pemenang tempat kedua Izara Aishah, Anzalna Nasir, Iraa (Top 5), Ramona Zam-Zam (Top 5), Syatilla Melvin, Mia Ali (pemilik Mia’s Kitchen) dan ramai lagi.
Pada edisi tersebut, Shangkharee menempah sejarah apabila meraih tempat ketiga daripada 10 orang finalis.
Sumber: Click Studio
“Sebelum menyertai Dewi Remaja, saya pernah menjuarai 2 buah pertandingan ratu cantik pada tahun 2008. Salah seorang juri pada waktu itu dapat melihat potensi saya dan meminta agar mencuba nasib untuk Dewi Remaja.
“It was a great experience. Selepas tiga tahun, saya kembali semula kepada dunia ratu cantik dan sertai Miss Universe Malaysia 2014,” kata Shangkaree yang juga bergelar Doktor selepas menamatkan pengajian perubatan di Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) Pulau Pinang.
Melalui posting di Instagram semalam, Shangkharee mencuri tumpuan dengan kisah throwback ketika beliau menyertai Miss Universe Malaysia 2014. Meski tugas seorang peserta nampak mudah di atas pentas, namun tekanan yang dihadapi mereka demi mengejar impian menjadi pemenang amatlah besar.
“Saya menyorok di dalam bilik persalinan selepas saya ditabalkan pemenang tempat kedua, dan masih memakai dress biru saya. Sukar sekali untuk bernafas, terutamanya apabila saya mula menangis sehingga ke tahap seakan hiccup.
“Selepas mendengar seseorang mengetuk pintu, saya buka dan muka pengajar catwalk kami, Ben Toong, kelihatan cukup risau apabila memandang saya yang masih menangis. Dia berkata, “This is what I feared the most, I feared you wouldn’t be able to accept defeat
.”
“Saya AMAT inginkan title Miss Universe 2014 tersebut, TAPI SAYA GAGAL. Saya telah mengambil leave daripada med school, kurangkan 25 kilogram berat badan, habiskan duit dan saya tidak menang!
“Dua hari berturut-turut saya menangis.
“Namun sebulan kemudian, things changed. Saya ditawarkan internship bersama Miss Universe Malaysia Organization sebagai penerbit online content. Daripada peluang tersebut jugalah, saya mula berkenalan dengan pelbagai pihak sehingga dalam satu bulan, saya menghiasi 3 majalah berbeza sebagai model.
“Untuk 4 bulan berikutnya, saya ditawarkan untuk bekerja dengan radio dan 8 bulan kemudian, saya mula menjadi hos televisyen,” tulis Shangkaree lagi.
Menurut beliau, laluan pertandingan bakat dan ratu cantik seperti Dewi Remaja dan Miss Universe Malaysia bukanlah mudah. Setiap hari, ada saja yang komen terhadap rupa fizikal dan personaliti peserta.
“Sesetengah komen memang ‘tajam’ dan menyakitkan hati. TETAPI apa yang lebih penting adalah ATTITUDE kamu. Ramai remaja perempuan yang menghantar mesej bertanya sama ada mereka patut menyertai pertandingan ratu cantik. Jawapan saya adalah, “Go where your heart takes you, do what your mind can withstand
.”“Saya tidak menang atau mendapat job begitu saja, I fought for it. Dan saya bersyukur saya telha menjadi sebahagian daripada dunia ratu cantik. Walaupun tak menang, I’m still a Queen!” kata beliau yang masih berhubung dengan rakan Dewi, Izara Aishah.
Kami di REMAJA cukup berbangga mempunyai alumni sekental dan secantik – in and out – seperti Dr. Shangkaree. Thank you for sharing your story, Doc!
#DewiRemaja #GirlPower