Tak Mengaku Tumbuk Isteri, Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Terima Rawatan Di Hospital Bahagia

Share

Polemik rumah tangga antara pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada nampaknya masih belum berakhir lagi.

Hari ini, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan pelakon itu bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini.

Menurut laporan Berita Harian, perintah tersebut dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah, selain dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Sumber: Utusan Malaysia

“Tertuduh diarahkan tidak mengganggu mangsa, selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

“Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan tarikh 9 Jun ini bagi sebutan semula kes, selain laporan perubatan mangsa dan laporan penilaian psikiatri tertuduh,” kata hakim itu.

BACA JUGA: Hafidz Roshdi Tulis Surat Terbuka Buat Bekas Isteri. Beri Tempoh 48 Jam Untuk…

Pelakon drama popular Tundukkan Playboy itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya dua minggu lalu, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim.

Berdasarkan pertuduhan itu juga, Hafidz didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada  dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mengalami luka, lebam serta bengkak di pipi kiri.

Terdahulu, pelakon terbabit berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang. Pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Hafidz  & Utusan Malaysia


Published by
Fath