Covid-19 Tak Kenal Usia, Dua Gadis 20-an Tanpa Sejarah Penyakit Meninggal Dunia

Share

Jika sebelum ini banyak kematian akibat Covid-19 terdiri daripada warga tua atau yang mempunyai penyakit kronik tetapi tidak sekarang ye guys!

Semalam kes kematian harian di negara mencatatkan angka tertinggi akibat jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 126 kes. Peningkatan hari demi hari ini sangat merisau kan semua pihak.

Kes kematian yang meningkat sehingga tiga angka ini melibatkan 29 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Kelantan, 11 kes di Johor, 10 kes di Kedah, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing lima (5) kes di Melaka dan Terengganu, empat (4) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Perak, serta satu (1) kes di Pulau Pinang.

 

Ajal maut ditangan Allah, walaupun baru berusia dua 20-an, dua gadis tanpa sebarang latar belakang penyakit turut maut sekaligus membuktikan wabak ganas ini boleh menyerang tanpa mengira siapa.

Mangsa pertama dengan nombor kematian 2921, berasal dari Kelantan dan berusia 27 tahun meninggal dunia di Hospital Machang.

Mangsa kedua dengan nombor kematian 2933, berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan dan berusia 26 tahun meninggal dunia di Hospital Labuan.

Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan semalam.

Al-fatihah dan takziah kami ucapkan kepada semua mangsa Covid-19 dan keluarga mangsa.

Published by
Nana