Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu bapa, sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.
Ibu bapa pula amat bertuah jika anak yang dibesarkan tidak mengabaikannya dan sentiasa meletakkan dirinya sebagai perkara utama di dalam kehidupan.
Tak semua anak-anak sanggup membalas segala budi ibu bapa tersebut. Tapi berbeza dengan personaliti media sosial, Coki. Itulah yang boleh digambarkan dengan kehebatan kasih sayang Coki terhadap bapa dan pak longnya. Baru-baru ini menerusi satu hantaran di laman Instagram,
remaja berusia 16 tahun ini meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk membantu bapa membeli sebuah kereta tercapai.Dikala remaja diluar sana masih ‘menadah tangan’ daripada ibu bapa, Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel sanggup memberikan hasil pendapatannya kepada bapa untuk membeli sebuah kereta baru jenama Perodua Myvi.
Tak besar tak mewah tak mahal tapi besar,mewah dan mahal pengorbanan papa dan pak long untuk coki. 😢❤️
.
.
16years down more to go
Terdahulu, Coki berkongsi gambar bersama bapanya Shamsaimi Ezil berdiri di hadapan kereta Myvi berwarna biru berkenaan di laman sosial Instagram. Dalam kesempatan itu, Coki yang pernah digelar ‘Raja Slowmo Malaysia’ meluahkan penghargaan kepada bapa dan pakciknya (pak long) atas segala pengorbanan mereka untuk dirinya.
Untuk info, Coki mula dikenali selepas digelar Raja Slowmo Malaysia dan aktif memuat naik video Tik Tok sejak aktif bermain aplikasi itu. Remaja ini mempunyai peminat bukan saja dari Malaysia, malah Brunei dan Indonesia.
Semoga semakin murah rezeki Coki selepas ini. Untuk remaja di luar sana, sentiasalah semat di dalam hati. Sikap mengutamakan ibu bapa dan membahagiakan mereka merupakan salah satu punca keberkatan di dalam hidup kita.
Sumber: Instagram Coki