Kita semua pernah melalui kedukaan dalam kehidupan. Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.
Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.
Namun, seorang gadis di China melakukan sesusatu yang tidak masuk akal gara-gara tidak ‘move on’ dengan kekasihnya. Wanita berkenaan yang berasal dari Shaoxing, Wilayah Zhejiang, China nekad melanggar lampu isyarat merah kira-kira 49 kali dalam masa dua hari.
Gadis tersebut bernama Lou, berpakat bersama seorang rakan lelakinya untuk menyewa kereta milik bekas kekasihnya melalui aplikasi dalam talian. Mereka melakukan kesalahan tersebut semata-mata mahu membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya yang meninggalkannya kerana mahu menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Mereka kemudian memandu kenderaan tersebut secara melulu, melanggar lampu merah, had laju dan beberapa lagi kesalahan trafik lain dengan niat mahu menganiaya bekas teman lelakinya, Qian.
Bagaimanapun, Lou tidak menyedari perbuatannya telah menarik perhatian polis yang kemudian melakukan siasatan. Semakan pada rekod mendapati, kereta Audi itu disewa oleh individu bernama Chen dari Qian. Ketika didatangi polis, Chen memaklumkan kereta tersebut disewa atas permintaan rakannya iaitu Zhu.
Zhu dalam keterangan kepada polis mengaku dia yang menyewa kereta itu setelah Lou meminta dia berbuat demikian. Demi wanita yang disayanginya sejak sekian lama itu, Zhu akur. Lebih-lebih lagi apabila Lou berjanji akan keluar bersama sekiranya dia dapat membantu wanita itu menjayakan rancangan membalas dendam terhadap Qian.
Ingat, jangan jadi macam Lou ni tau, langkah pertama yang perlu korang lakukan jika ingin move on iaitu belajar terima kenyataan yang dia tak berminat. Banyakkan berdoa, bersabar dan lepaskan perasaan itu perlahan-lahan.
Sumber: Oddity Central