Tak Nak Dilabel Mat Rempit, Ini 6 Tip Untuk New Rider

Share

Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, semua orang akan cuba mencari cara mengurangkan perbelanjaan harian.

Salah satu daripadanya adalah untuk memilih motorsikal atau skuter sebagai kenderaan utama korang kerana faktor penggunaan minyak yang menjimatkan.

Dulu, masyarakat selalu memandang lelaki saja sebagai penunggang motorsikal, perempuan tak boleh kerana nampak tak kena dengan sifat feminin mereka. Seperkara lagi, masyarakat terutama ibu bapa masih memandang motorsikal sebagai jentera yang tak dapat menjamin keselamatan.

Tapi zaman dah berubah beb. Bukan setakat lelaki, penunggang perempuan pun jauh lebih berdikari. Dengan cara yang betul, faktor keselamatan di jalan raya pasti dapat dikuasai oleh semua orang. Right?

Tak kiralah korang lelaki mahupun perempuan, ini dia 6 tip berguna untuk new rider terutamanya bagi yang baru ingin mengambil lesen tu.

 

Model bersama Honda BeAT Pearl Nightfall Blue.

 

Sertai Kelas & Dapatkan Lesen

Jangan sesekali abaikan keperluan untuk mendapatkan lesen sebelum menunggang motorsikal. Ya, ramai je yang tidak berlesen dan menganggap ia membazir duit. “Dah tahu nak tunggang, buat apa nak pergi belajar lagi.”

Prosedur tetap prosedur. Ambil kesempatan waktu cuti sekarang dan dapatkan lesen motosikal B2 menerusi Program MyLesen Kadet JPJ. JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan kini menggalakkan pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun ke atas untuk mengambil ujian ini.

Hanya dengan bayaran RM299 je, pelajar boleh memiliki lesen yang sah setelah tamat latihan menunggang dan mendaftarkan diri.

 

Tunggang Ikut Saiz

Selepas mendapat lesen yang sah, jangan pula terus berangan nak bawa motosikal berkuasa tinggi!

Dapatkan motosikal yang padan dengan saiz badan dan kemahiran yang korang miliki. Pastikan korang selesa untuk menunggang.

Contoh terbaik ialah skuter Honda BeAT 2017 daripada Boon Siew ini. Kecil tapi berfungsi dengan baik!

 

Model bersama Honda BeAT Space Magenta Metallic

 

Pakaian Sesuai

Walaupun korang menunggang motorsikal, tak semestinya korang perlu memakai baju macam Awie dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Pertama sekali, pakaian tu perlulah sesuai dengan cara seorang rider menunggang motorsikal. Untuk penunggang lelaki, tak ada masalah sangat.

Tetapi untuk penunggang perempuan, jika berbaju kurung, lebih manis untuk memakai seluar atau legging di dalam kerana kain pasti akan terselak.

Memakai jaket juga amatlah penting untuk penunggang. Selain bertindak sebagai windbreaker ketika cuaca berangin, ia juga dapat menjadi pelindung daripada sinaran matahari terik. Rider pun kena cantik juga tau.

 

Tak Perlu Selalu Berhenti Di Stesen Minyak

Sekarang ini, kita selalu terbaca mengenai kejadian ragut, disergah atau dikacau lelaki tak dikenali dan kebanyakan kes melibatkan penunggang motorsikal di stesen minyak.

Sebenarnya begini, ada stesen minyak yang ‘meriah’ dikunjungi orang ramai tetapi banyak juga stesen minyak yang sunyi sepi. Krik-krik je dekat situ.

Waktu terbaik adalah untuk mengisi minyak secukupnya adalah pada waktu siang kerana korang tak perlu lagi risau sangat tentang faktor keselamatan diri. Satu lagi alternatif adalah untuk mendapatkan motorsikal yang menjimatkan bahan bakar.

Contohnya, skuter Honda BeAT ini menggunakan enjin ESP dengan teknologi kurang-geseran (low friction) supaya enjin menjadi lebih cekap tanga. Sistem PGM-FI yang ada padanya juga bermaksud korang boleh menunggang motorsikal lebih jauh dengan penggunaan bahan api minimum.

Dengan kelebihan itu, ia telah menjadi skuter pertama yang menerima status pengiktirafan kenderaan cekap tenaga di Malaysia.

 

Model bersama Honda BeAT Vivacity Red.

 

Mahirkan Diri

Sudah dapat lesen tak bermakna korang pro-rider. Untuk beberapa hari, practice dulu skil menunggang motorsikal di kawasan lapang seperti di tempat parkir kenderaan. Seelok-eloknya, ajak seorang teman untuk memerhatikan korang.

Takut tak sempat nak ‘tongkat’ motor, dah jatuh. Hehe kan susah.

Satu lagi perkara menarik mengenai motorsikal Honda BeAT ialah ia dilengkapi dengan Side Stand Switch di mana suis pada tongkat sisi motorsikal akan mematikan enjin apabila tongkat itu diturunkan.

 

Pilih Bebanan Yang Sesuai

“Biasalah, perempuan kan ada banyak beg nak bawa.”

Haip. Sebenarnya beban berlebihan seperti beg sandang, plastik membeli-belah dan sebagainya boleh mengundang kejadian yang tak diingini ketika di jalan raya.

Lebih molek jika korang menyandang backpack pada bahu ataupun memilih hanya beg

yang boleh dimuatkan ke dalam bakul motorsikal. Jangan sesekali menyangkut tali beg di bahagian handle.

Itu hanya membuatkan beban motorsikal tidak stabil dan kamu akan terasa berat sebelah terutamanya semasa berhenti di lampu isyarat.

 

Model bersama Honda BeAT Pearl Magellanic Black

 

=============================================

 

Mudah je sebenarnya untuk korang kuasai skil menunggang motor DAN menguasai faktor-faktor lain sebagai pengguna jalan raya seperti faktor keselamatan. Selepas dapat lesen nanti, mesti korang terfikir nak dapatkan motorsikal, kan?

Well, ada satu model baru yang penulis rasakan sesuai untuk first time rider iaitu model Honda BeAT oleh Boon Siew Honda.

Honda BeAT datang dengan EMPAT pilihan warna iaitu Space Magenta Metallic, Pearl Nightfall Blue, Pearl Magellanic Black dan Vivacity Red.

Setiap unit dijual pada harga RM5,724 (termasuk GST) seunit. Dengan ciri-ciri yang sudah ditambah baik pada motorsikal Honda BeAT baru ini, kami merasakan ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang baik untuk korang.

Layari boonsiewhonda.com.my untuk maklumat lanjut.

 

 

Published by
FZ