Tak Nak Kering! Tak Nak Melekit! Bagi Masa Kulit Wajah Relaks Dengan INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic Serum

Share

Usia baru menjengah awal 20-an tetapi kulit wajah sudah kelihatan kurang bermaya? Malah, korang pernah pula dilabel lebih berusia daripada umur sebenar?!

Well, well.. do not stress over it. Kadangkala, kadar stres yang dialami oleh remaja generasi sekarang begitu tinggi sehinggakan ia terserlah pada air muka mereka. Kulit mula terasa kusam, tanda-tanda kecil garisan halus pun dah mula wujud.. Ahh bertambah stres jadinya!

Sebab itulah bilang pakar kulit wajah, langkah pencegahan isu-isu kulit wajah perlu dimulakan seawal usia belasan tahun lagi.

Cuma apabila tiba masa untuk memilih jenama produk kecantikan dan penjagaan wajah paling bersesuaian dengan kondisi kulit kita – mulalah minda bertukar blank

. Kalau tersalah pilih.. dah membazir.

Tidak lain tidak bukan, REMAJA mengesyorkan INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic Serum yang sahaja menemui pasaran, baru-baru ini.

Kedengaran familiar? Ya, ia merupakan keluaran serum terkini oleh INNISFREE yang telah ditambah baik daripada INNISFREE Green Tea Serum menerusi kandungan Nano Capsulized Hyaluronic Acid.

Seperti yang kita ketahui, asid hyaluronik cukup berkesan dalam menghidrat dan menganjalkan kulit. Dengan wujudnya Nano Capsulized Hyaluronic Acid di dalam INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic Serum, ia mampu menyalurkan kuasa lembapan yang cukup power sehingga 5.7 peratus penyerapan lebih mendalam.

Bukan sekadar itu, kelembapan kulit wajah selepas menggunakannya juga boleh dikekalkan 7.6 kali ganda lebih lama sehingga 72 jam. Wow, lama tu!

Hasilnya, kulit terus terasa lebih lembap, dan kulit rasa kurang merengsa setelah korang menggunakannya secara konsisten.

Serum ini mengandunagi Beauty Green Tea, sejenis teh hijau yang ditanam khas untuk kulit, menawarkan 3.5 kali ganda efek kelembapan pada kulit wajah menerusi campuran 16 jenis asid amino.

. . .

Need a little more convincing? Kami berikan 7:

1. ia adalah serum pelembap No. 1 sepanjang masa INNISFREE!

2. Ia bersifat ‘ringan’ untuk memudahkan penyerapan,kulit tidak terasa melekit.

3. Tidak memberikan bauan selain daripada bau-bauan citrus semulajadi.

4. Tidak mengandungi bahan alkohol dan pewangi tiruan,jadi serum ini tidak akan merengsekkan kulit sensitif.

5. Mempunyai formula semulajadi tanpa bahan comedogenic (tidak menyumbat pori) mahupun hypoallergenic (tidak akan menyebabkan reaksi alergi atau iritasi).

6. Diiktiraf sebagai produk vegan.

7. Mampu milik dan boleh dimiliki pada harga RM132 sahaja.

Buat korang yang baru kali pertama ingin mencuba serum, REMAJA nak remind korang untuk memastikan langkah-langkahnya tepat. Pastikan korang menggunakan INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic Serum

selepas mencuci muka dan sebelum korang aplikasikan toner untuk meningkatkan penyerapan produk perawatan kulit selanjutnya. Jangan tersilap langkah hehe..

Untuk informasi lebih lanjut mengenai pre-serum intensif nombor satu daripada INNISFREE INI, layari laman web rasmi https://www.innisfree.my/ dan platform media sosial INNISFREE di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube hari ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ