Tak Nak Lagi Diskriminasi Warna Kulit, Produk Fair & Lovely ‘Rebrand’ Nama

Share

Fair & Lovely bukan jenama asing di negara ini dalam membantu wanita mendapatkan ton kulit lebih sekata melalui pencerahan kulit.

Rasanya masa penulis masih kecil, produk penjagaan kecantikkan ini dah popular dikalangan masyarakat kita.

Baru-baru ini, syarikat pembekal barangan keperluan harian, Unilever di India akan menukar nama produk penjagaan wajah Fair & Lovely selepas berlaku bantahan besar-besaran yang menentang sentimen perkauman di seluruh dunia.

Isu ini terjadi selepas tragedi George Floyd di Amerika Syarikat. Sebilangan syarikat, termasuk gergasi produk kecantikan Perancis L’Oreal dikecam berhubung produk-produk pencerahan kulit selepas tercetusnya gerakan Black Lives Matter yang menegakkan keadilan menyusuli kematian lelaki kulit hitam.

Syarikat Inggeris-Belanda itu menyatakan ia akan berhenti menggunakan perkataan ‘Fair’ yang membawa erti cerah pada nama produk itu memandangkan jenama itu ‘komited dalam meraikan semua jenis rona kulit’.

“Kami menyedari bahawa penggunaan kata-kata ‘cerah’, ‘putih’ dan ‘terang’ menunjukkan ideal kecantikan yang kami anggap tidak betul, dan kami ingin mengubahnya,” kata Sunny Jain, presiden Unilever’s Bahagian Kecantikan dan Penjagaan Diri.

Unilever dilaporkan mengaut keuntungan sebanyak AS$500 juta (S$697 juta) menerusi penjualan produk Fair & Lovely di India pada tahun lalu.

Kulit cerah di India digambarkan sebagai mereka yang daripada golongan berdarjat.

“Kami akan menjadikan portfolio jagaan kulit kami lebih inklusif dan kami mahu menerajui usaha yang memaparkan kecantikan yang lebih pelbagai,” kata ketua Unilever di India, Sanjiv Mehta

Elok juga produk kecantikan Fair & Lovely ni rebrand nama baru. Yela, tak semestinya berkulit putih tu cantik dan orang yang berkulit gelap tu tak cantikkan.

Sumber: Reuters

Published by
Nana