Tak ada kad membership nak ke gym? Treadmill pun tak ada dekat rumah?
Itu bukan alasan untuk korang bersenam pada setiap minggu.
Tanpa kita sedari, berjalan dan berlari itu adalah antara rutin paling kerap dilakukan kita pada setiap hari. Jadi, kasut larian atau berjalan itu adalah antara item penting yang perlu korang miliki.
Pernah tak semasa berlari, kaki mula terasa tidak selasa? Walhal sebelum berlari tadi korang sudah melakukan segala gerakan memanaskan badan.
Besar kemungkinan, rasa tidak selesa itu ada kaitan dengan jenis kasut yang korang pakai. Tidak semua kasut itu sesuai untuk berlari berkilo-kilo meter.
Baru-baru ini, finalis Hero Remaja 2017 telah berkunjung ke stor New Balance dan Onitsuka Tigers yang merupakan penaja hadiah kepada semua finalis. Ini adalah antara tip yang sempat REMAJA cedok daripada pakar di sana.
Ini adalah tip yang selalu dipandang remeh oleh ramai orang. Kasut berjalan atau sneakers selalunya mempunyai permukaan tapak yang lebih keras manakala kasut berlari adalah lebih fleksibel Kasut berlari juga mempunyai lapisan kusyen ekstra untuk menahan impak larian.
Nampak je sama, tapi setiap jenama kasut menetapkan saiz dan bentuk permukaan tapak kaki berbeza. Contohnya di kedai A, kaki kamu muat untuk saiz 8 tetapi bila di kedai B pula, pakai saiz 7 pun masih longgar. ‘It goes by what fits, not by what size the shoe is’
Bawa stokin yang selalu dipakai ketika berlari atau berjalan jauh supaya kamu tahu keselesaan sebenar ketika memakai. Sama seperti ketika membeli baju baru, jangan takut untuk memakai kasut dan berjalan di sekitar kawasan stor. Ini kerana hanya kamu yang tahu sama ada kasut itu menyelesakan atau tidak.
Pastikan ada ruang sekitar setengah inci di antara ibu jari dan penghujung kasut (lebih kurang lebar ibu jari tangan). Kawasan tumit kaki juga penting. Ia haruslah padan dengan saiz dan design kasut agar kasut tidak terasa longgar ketika berlari.
Setelah memakai kasut larian, sepatutnya kamu boleh menggerakkan kesemua jari kaki dengan selesa. Kalau sendat sangat sehingga kaki tidak boleh bernafas, they are not the right shoes.
Melecet nanti.
Ada kawan penulis yang takut untuk membuka ikatan tali kasut dan longgarkan sepenuhnya sebelum mengikat semula. Katanya, tak nak menyusahkan penjaga stor yang perlu betulkan tali kasut. It is OKAY kerana korang yang perlu menentukan bukaan kasut yang akan dibeli.
Ada orang suka berlari di atas trek larian stadium atau gym, ada orang pun suka berlari di atas tanah atau rumput.
Jika sukakan trek, pilih kasut larian dengan built-up heels agar kamu akan merasa lebih stabil. Jika memilih permukaan tanah, REMAJA cadangkan kasut larian dengan studded outsole.
Elakkan teori kasut berlari itu mahal. Harga tidak seharusnya terlalu mahal atau terlalu murah. Jika kamu sudah aim untuk membeli kasut daripada jenama tertentu seperti New Balance atau Onitsuka Tigers, check out laman web mereka sebelum datang ke stor untuk mengetahui rangkaian harga yang ditetapkan.
Waktu terbaik untuk kamu mencuba kasut larian di stor adalah selepas kamu tamat dengan senaman larian kamu. Atau pada waktu malam. Ini kerana setelah kamu menggunakan kaki sepanjang hari, saiz tapak kaki akan mengembang sehingga ke tahap maksima.
Ya pada zaman ini, banyak selebriti Hollywood yang melakukan kolaborasi dengan jenama kasut larian untuk koleksi edisi terhad. Ada yang membeli dan menjualnya kembali kepada pengumpul kasut berjenama atau sneakerheads.
============================
Sebagai newbie dalam dunia kasut larian ini, lebih baik kamu tidak terjebak dengan trend membeli kasut seperti itu dan mengeluarkan duit yang banyak. Lebih baik pergi ke stor dan dapatkan kasut larian yang bersesuaian untuk fungsi larian terlebih dahulu.
Yang penting, lihat kesesuaian kamu sebagai pemakai dulu. Macam atlet Parkour dari Afrika Selatan, Kenji di bawah.