Amboi, sabar sis!
Tinggal hanya kira-kira empat hari saja lagi sebelum kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirainya dengan acara penutup.
Setakat hari ini, China masih menguasai carta pungutan pingat dengan sejumlah 33 pingat emas mengatasi negara seteru, Amerika Syarikat dengan 27 pingat emas dan negara tuan rumah, Jepun di tangga ketiga dengan 21 pingat emas.
Biarpun China dan Amerika Syarikat berada di hadapan, nampaknya sokongan warganet seperti terarah kepada Jepun. Mungkin kerana tiket sebagai negara tuan rumah, kita semua hendak mereka melakukan yang terbaik pada edisi kali ini. Dan mungkin juga ia disebabkan oleh kekacakan paras rupa para atletnya!
Okay, which one?!
Salah seorang atlet lelaki Jepun yang hangat diperkatakan oleh warganet kini ialah pemain bola tampar bernama Ran Takahashi.
Pada ketinggian 188cm, wajahnya yang persis pelakon atau model kacak Jepun nampaknya membuatkan gadis di media sosial seakan tidak boleh duduk diam. Sekali imbas, wajah Ran juga mirip pelakon popular dari Thailand dan Filipina.
Dengan sepasang mata bundar dan hidung mancungnya, Ran tidak kelihatan seperti jejaka Jepun tipikal. Mungkin ia disebabkan oleh darah kacukan yang dimiliki daripada ibu Ran yang berdarah Jerman-Jepun. Pada masa yang sama, Ran juga mempunyai darah Inggeris yang mengalir dalam salasilah keluarga.
Di Twitter dan TikTok saja, sudah ada akaun peminat Ran Takahashi yang dicipta khas untuk mengumpulkan koleksi foto dan videonya sewaktu bertanding di Tokyo 2020. Antaranya ialah seperti akaun Twitter bernama Piece of Ran ini.
Atlet berusia 19 tahun ini diletakkan pada posisi spiker dan outside hitter.
Setiap kali dia melakukan servis bola, rata-rata penonton perempuan di rumah akan mengangkat telefon mereka untuk merakamkan videonya.
Amboi, sabar sis!
Sedikit info menarik mengenai Ran adalah dia menjadi bersemangat untuk menceburi sukan bola tampar ini setelah menyaksikan abangnya, Rui Takahashi gigih berlatih di gym.
Seawal usia 7 tahun, Ran sudah mulakan latihan bola tampar dan bakatnya mula digilap apabila dia mudah melakukan servis bola.
Ketika menyertai pasukan bola tampar di Universiti Sains Sukan Nippon di Jepun di mana dia dilantik sebagai kapten pasukan, beberapa kenangan manis yang dicatatkan oleh Ran termasuklah memenangi kedudukan naib juara di Kejohanan Bola Tampar Antara Kolej Jepun pada tahun lalu.
Perasaan fanatik peminatnya bertambah setelah dia dinobat sebagai penjaring terbaik pada kejohanan itu. Hehe..
Pada masa terluang, Ran tidaklah ke gimnasium saja. Dia juga mempunyai hobi lain seperti bermain gitar.
Wow, lelaki kacak yang tinggi, hebat bersukan dan bermain gitar..?
*Player alert, girls*
Apapun, Ran seharusnya berbangga apabila pasukan bola tampar lelaki Jepun berjaya sampai ke peringkat suku akhir di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Walaupun tewas 0-3 kepada Brazil, ini merupakan kali pertama pasukan Jepun sampai ke peringkat ini dalam tempoh 29 tahun.
Mungkin korang juga hendak tahu siapakah lagi atlet kacak yang pernah disenaraikan oleh REMAJA bagi Sukan Olimpik kali ini.