Mungkin ramai di antara kita jarang membaca Al-Quran. Ada pelbagai alasan, tak sempat, tak pandai mengaji, dah lama tak buka Quran dan sebagainya. Ada ketika kita mungkin tertanya, kalau tak pandai ngaji tak boleh masuk syurga ke?
Jangan sesekali berfikir begitu kerana syurga neraka itu hak milik Allah. Malah masuk syurga pun atas rahmatNya. Di sebalik itu, jika banyak yang kita tidak pandai khususnya mengaji, jangan putus harap sebaliknya sentiasalah berdoa pada Allah agar hati kita dibuka untuk menerima hidayahnya.
Tapi tahukah, kita masih boleh meraih pahala banyak iaitu dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, kita akan berada dekat dengan Nabi di dalam syurga kelak.
Dalam page Mufti Wilayah Persekutuan yang ditulis oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beliau menjawap pertanyaan berkaitan selawat.
Apakah benar selawat yang kita baca akan dibentangkan kepada Rasulullah SAW pada setiap hari Jumaat?
Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ads
Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Berdasarkan soalan di atas, terdapat satu riwayat di dalam al-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi bahawa akan dibentangkan setiap selawat daripada umat Nabi Muhammad SAW kepada Baginda SAW pada setiap hari Jumaat:
Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]
Ads
Berikut adalah teks hadith yang menceritakan berkaitan selawat yang dibaca akan dibentangkan kepada Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. Adapun berkaitan penilaian riwayat atau hadith ini, para ulama berbeza pandangan. Di sini kami nukilkan beberapa penilaian para ulama berkaitan hadith ini:
Imam al-Baihaqi mengatakan hadith ini diriwayatkan dengan lafaz-lafaz yang berbeza-beza daripada Anas bin Malik RA. Akan tetapi, kesemuanya membawa kepada galakan (memberi semangat) untuk berselawat ke atas Nabi SAW malam Jumaat dan hari Jumaat. Tambahan pula, sebahagian sanadnya adalah dhaif dan apa yang telah kami sebutkan telah cukup. [Lihat: al-Sunan al-Kubra, 3/353]
Imam al-Sakhawi menilai sanad hadith ini adalah hasan walaupun jumhur ulama menyatakan bahawa Makhul tidak pernah bertemu Abu Umamah RA. [Lihat: al-Qaul al-Badi’, 233]
Imam al-Suyuthi menilai sanad hadith daripada riwayat yang dinukilkan oleh al-Baihaqi adalah hasan. [Lihat: al-Khasais al-Kubra, 2/457]
Imam al-‘Ajlouni menghukum sanad hadith ini adalah jayyid (baik). [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 1/190]
Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]
Syeikh al-Albani menghukum hadith ini adalah dhaif. [Lihat: Dhaif al-Jami’, 1115]
Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami cenderung kepada hadith ini adalah hasan sebagaimana yang dinilai oleh para ulama di atas. Selain itu, Imam al-Syaukani hadith ini menjadi dalil bahawa setiap selawat yang dibaca oleh hamba-hamba Allah akan dibentang di hadapan Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]
Penutup Kesimpulannya, hadith di atas adalah hasan dan ia merupakan dalil yang jelas bahawa setiap selawat yang dibaca oleh umat Nabi Muhammad SAW akan dibentang di hadapan Baginda SAW pada setiap hari Jumaat. Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran:
al-Ahzab: 56 Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511]
Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi SAW di dalam Syurga kelak. Amin.
Wallahua’lam
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika korang masih ingat akan insiden runtuhan di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Klang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), 3 Mac lalu yang telah menggemparkan pengguna jalan raya tersebut.
Dalam kejadian tersebut, seramai dua orang mangsa maut manakala tiga lagi cedera setelah sebuah lori trailer lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan projek SUKE.
Tidak sampai sebulan setelah insiden tersebut, satu lagi insiden lain dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi tadi di kawasan yang sama!
Kali ini, ia melibatkan komponen kren terjatuh di atas tapak pembinaan SUKE, di Persiaran Alam Damai Cheras.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur telah menerima penggilan kecemasan menerusi talian MERS999 dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
Setibanya pasukan bomba, mereka mendapati struktur kren tersebut telah menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza. Pemandu warga tempatan itu kini dilaporkan dalam keadaan cedera parah.
Sementara itu, tiga lagi pekerja projek pembinaan tersebut telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua daripada para pekerja warganegara China itu dipercayai terjatuh daripada ketinggian 120 kaki. Manakala, seorang lagi pekerja yang juga warganegara China telah tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof merasa kesal dengan insiden ini dan berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya (LLM), DOSH & PBT perlu melakukan audit menyeluruh terhadap kes membabitkan keselamatan awam.
“Kalau kita terpaksa tutup (lebuh raya), tutup dahulu dan siasat sepenuhnya. Ambil tindakan sewajarnya. Kadang-kadang geram juga dengan insiden sebegini walaupun peringatan telah diberikan masih juga tidak ‘deliver’.
“Bagi pihak kita, kalau kita dapati kecuaian datang dari pihak kontraktor, kita akan senarai hitamkan kontraktor itu. Sekurang-kurangnya, langsung dua tahu digantung dan tidak diambil untuk apa-apa tender sama ada sektor awam atau swasta,” kata beliau kepada media.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau di dalam kampus pun boleh sakit perut, tak tahulah nak percaya makanan dari mana lagi..
Menurut laporan lewat petang semalam, seramai 110 penuntut sebuah kolej universiti di Bandar Seri Putra, Kajang telah mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah, justeru disyaki akibat keracunan makanan.
Rakan media di Astro AWANI melaporkan 90 orang penuntut wanita dan 20 orang lelaki itu merupakan pelajar yang sedang mengikuti program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah.
Selepas solat Maghrib semalam, kebanyakan daripada mereka mula mengadu sakit perut dan muntah lalu menyebabkan pengurusan kolej terpaksa membawa mereka semua ke Hospital Serdang kira-kira pada jam 8.30 malam.
Pegawai di kolej universiti tersebut juga memberitahu bahawa para pelajar itu diberikan makan malam berupa nasi putih, ayam masak kurma dan sayur di dewan makan bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Terlebih dahulu, mereka diberikan makanan tengah hari dengan lauk ayam masak kicap.
Hanya selepas solat maghrib, mereka mula diserang tanda-tanda keracunan makanan.
“Sepanjang seminggu orientasi ini berlangsung, pihak pengurusan mengambil tempahan penyediaan makanan daripada katering di luar kampus,” katanya lagi.
Salah seorang mangsa pelajar yang dikenali sebagai Mohd Aqil Adnan, 19, berkata seorang demi seorang muntah tanpa henti. Dia sendiri muntah sehingga 7 kali sebelum dibawa ke Hospital Serdang.
Tambah seorang lagi pelajar, Muhammad Iman Marzuki, mereka terpaksa beratur panjang ketika berebut menggunakan tandas akibat cirit-birit.
Hhm, bersabarlah korang.
REMAJA harap agar kes ini disiasat secepat mungkin kerana 110 bukanlah jumlah mangsa yang sedikit. Dan get well soon buat semua pelajar!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sudah menjadi antara jenama favorite makanan dan minuman masyarakat di Malaysia, namun masih lagi ada yang menyebarkan berita-berita palsu bahawa status restoran Starbucks adalah tidak halal.
Menurut laporan Kosmo, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan Starbucks Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah. Ia secara tidak langsung menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi sosial WhatsApp baru-baru ini.
Jakim menjelaskan bahawa dakwaan itu kembali tular dan ia sudah dijelaskan oleh pihak mereka sejak tahun 2016 lagi.
“Minggu ini pihak kami menerima banyak pertanyaan dari pengguna media sosial khususnya di Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim dan talian WhatsApp BPH Jakim,”
“Pengguna media sosial banyak bertanyakan berkenaan status halal premis makanan Starbucks Malaysia,” jelas mereka.
Kemusykilan itu berpunca daripada tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa bahawa premis makanan berkenaan telah disahkan haram oleh Jakim.
Jakim berkata, pengguna juga boleh memperoleh informasi dan penjelasan berkenaan status halal secara terus dari pihak syarikat menerusi pautan https://starbucks.com.my/our-halal-policy.html.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya.
Orang awam boleh merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara.
Pengguna juga digalakkan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki SPHM yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat.
Situasi seperti ini memang sering terjadi apabila terlalu percaya dan cepat menularkan sesuatu perkara yang tidak pasti. Seeloknya ambil tahu atau semak dengan pihak bertanggungjawab untuk menjawab persoalan korang itu.
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...