
Seterika lama biasanya mempunyai kesan hitam atau hangus pada bahagian bawahnya. Malah, kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best seterika sebegini juga akan meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Cara Hilangkan Kedutan Pakaian Tanpa Diseterika
Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.
Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok Panadol pada seterika
- Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.
3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam.
4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.
Hasilnya, dah bersih!
Selamat mencuba!
Sumber: Achai Wong
Senarai Asas Microsoft Excel Yang Perlu Korang Tahu Untuk Tambah Kemahiran

Memiliki kemahiran menggunakan Microsoft Office merupakan satu kelebihan yang ada bagi individu, bukan sahaja berguna untuk melakukan tugasan pelajaran, malah ia juga adalah ‘bonus point’ untuk korang mencari pekerjaan nanti.
Dalam resume, at least kemahiran menggunakan Microsoft Office ini perlu ada bagi memudahkan bakal majikan melihat kebolehan asas yang dimiliki pemohon.

Selain daripada Microsoft Word, korang juga perlu mahir dalam menggunakan Excel. Tidak dinafikan ia agak sukar sedikit berbanding Word, jadi berikut kami senaraikan senarai asas Microsoft Excel yang perlu korang tahu.
Perkongsian ini telah dibuat oleh seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai Miss VPR. Let’s check this out!
1. Kena tahu ribbon dekat atas ni untuk apa
Perkara paling basic untuk format yang korang key in

2. Kena tahu macam mana nak insert new sheet, delete, copy sheet, rename
Right click sahaja

3. Kena belajar macam mana nak format cells

4. Kena belajar macam mana nak buat table, Ctrl T
Table bukan border shading, berbeza ya

5. Mesti belajar freeze panes

6. Waji tahu tentang filter data, confirm kena pakai

7. Kena tahu macam mana nak sort data
Sort alphabet, sort number, sort date. Kemaskan data

8. Kena tahu basic calculation formula
Macam mana nak tambah, tolak, bahagi, darab
9. Wajib tahu macam mana nak tambah, delete rows atau columns
10. Paling penting, kena tahu macam mana nak page setup sebelum print
Kalau tak pandai, nanti ada yang terputus, terlalu kecil, space besar sangat dan sebagainya
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)
Cara Bayar Zakat Fitrah Guna Maybank2u, Mudah Tak Perlu Bersesak Di Luar

Tinggal lebih kurang 9 hari lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Adakah korang sudah membayar zakat fitrah? Bayaran zakat fitrah merupakan satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk dilunaskan sebelum tiba Aidilfitri.
Kemudahan membayar zakat secara online sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang mungkin membuat pembayaran secara langsung dengan amil yang telah dilantik secara sah.
Bagi mereka yang mungkin sibuk dan tidak sempat untuk pergi membayar zakat, korang juga boleh terus membuat pembayaran melalui bank secara online. Tambahan pula sewaktu pandemik ni, kita boleh buat bayaran secara online untuk mengelakkan penjarakan fizikal.
Berikut merupakan tutorial yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fizal Hafiz tentang cara-cara membayar zakat melalui Maybank2u.
1. Log masuk Maybank2u
2. Pilih pay dan tekan NEW PAYEE
3. Pilih Lembaga Zakat Selangor (ikut negeri masing-masing)
4. Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat
5. Pilih Zakat Fitrah
6. Masukkan jumlah bayaran zakat dan tekan proceed
7. Akhir sekali, klik confirm
Mudah sahaja kan? Tapi, sebelum korang proceed buat pembayaran tu bolehlah lafaz akad zakat fitrah dulu seperti berikut:
“Inilah wang yang menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diriku/tanggunganku sebanyak RM… pada tahun ini kerana Allah Taala”.
Walau bagaimanapun, pengguna bank lain turut berkongsi info bahawa pembayaran zakat juga boleh dilakukan dengan cara yang sama dengan online banking yang lain.
Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima dan dapat lagi berjumpa pada Ramadan yang akan datang. InsyaAllah.
Sumber: (1)
The Original Supermodel, Tatjana Patitz Meninggal Dunia Pada Usia 56 Tahun

Dunia fesyen antarabangsa berduka apabila menerima perkhabaran pemergian salah seorang ‘The Original Supermodels’ yang menjadi penanda aras kepada kemunculan peragawati yang bertaraf selebriti.
Tatjana Patitz, 56, telah dimaklumkan meninggal dunia pada 11 Januari 2023 oleh agensi peragaan yang mewakilinya. Menurut sumber terdekat keluarganya, supermodel berketurunan Jerman itu menghembuskan nafas terakhir akibat kanser payudara.
Mendiang dilahirkan di Hamburg pada tahun 1966, ibunya berketurunan Estonia manakala bapanya pula berketurunan Jerman. Keluarganya tidak lama kemudian berpindah ke Sweden, di mana dia menyertai pertandingan peragaan pada usia 17 tahun yang mana dia mendapat tempat ketiga.
Hadiahnya kemenangan yang diterima ketika itu adalah lawatan ke Paris dan dia menerima kontrak terhad. Namun begitu kerjayanya bukanlah meroket dengan mudah, pada permulaan dia pernah tidak memiliki sebarang kerja selama setahun.
Rakan seangkatan mendiang yang juga salah seorang peragawati yang digelar The original Supermodel, Naomi Campbell mencurahkan perasaannya saat mengetahui sahabatnya itu meninggal dunia. Dalam satu hantaran di Instagram, Naomi berkongsi momen saat dia mula-mula mengenali mendiang Tatjana.
“Apabila saya bertemu dengan anda pada usia 16 tahun di pertunjukan fesyen Alaia, saya masih ingat hanya berkata wow. Kehadiran dan perawakan awak. Mata anda dan senyuman malu yang gementar serta tenaga bagai dewi yang membuatkan kami semua tertarik.

“Pengalaman kali pertama saya di Los Angeles saya dapat merasainya dengan anda. Kamu menunjukkan kepada saya tapak dan pantai, memandu sekeliking dengan Volkswagen berbumbung terbuka berwarna merahmu,” kongsi supermodel berusia 52 tahun itu.
Saat meninggal dunia. Tatjana meninggalkan seorang cahaya mata berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Jonah Patitz. Sebelum itu dia terlebih dahulu telah bercerai dengan suaminya, Jason Johnson pada 2009 selepas enam tahun berkahwin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.