Tak Payah Bazir Beli Baru, Ini Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

Share

Seterika lama biasanya mempunyai kesan hitam atau hangus pada bahagian bawahnya. Malah, kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best seterika sebegini juga akan meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.

ARTIKEL BERKAITAN : 9 Cara Hilangkan Kedutan Pakaian Tanpa Diseterika

Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.

Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.

Cuma gosok Panadol pada seterika

  1. Panaskan seterika dan basahkan Panadol.

2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.

3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam.

4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.

Hasilnya, dah bersih!

Selamat mencuba!

Sumber: Achai Wong

 

Published by
Nana