Ramai melihat kurus sebagai cantik. Insiden indvidu berbadan besar yang sering dipermainkan membuatkan minda masyarakat terus tertanam bahawa kurus itu cantik dan menarik.
Tidak hairanlah ramai yang mencuba pelbagai jenis diet termasuk mengamalkan diet keto untuk tubuh kelihatan ramping. Malah ramai “membuang” makanan berlemak, berminyak dan hanya makan makanan di grill untuk kelihatan kurus.
Sebelum kita tersilap perkiraan untuk diet dan nak kurus, apa kata korang ikut tip diberikan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Lagi selamat dari entah apa-apa amalan diet dari “doktor segera” khususnya dari penjual produk kurus yang berlambak di pasaran.
TIP NAK KURUS – MAKAN LEBIH SAYUR
Ads
Betul ke makan sayur boleh kurus?
Sayur menyumbang kalori yang lebih rendah berbanding kumpulan makanan yang lain.
Ads
Lebih banyak sayur anda makan, lebih banyak serat yang anda dapat. Ini boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Dengan ini, anda tidak cenderung untuk makan berlebihan atau mengambil snek yang berlebihan di antara waktu makan.
Apa akan terjadi jika anda tak isikan separuh pinggan dengan sayur? Anda akan cenderung untuk mengambil sumber karbohidrat (seperti nasi, mi atau lain-lain) dan lauk pauk secara berlebihan. Hal ini akan menyebabkan pengambilan KALORI yang tinggi.
Ads
Walaupun begitu, pemilihan sayur yang tidak bersantan atau kurang berminyak adalah pilihan yang lebih baik untuk mengurangkan pengambilan kalori yang seterusnya membantu anda menurunkan berat badan.
Ramai yang memilih untuk mengamalkan pengambilan minuman detoks kerana manfaat yang diperoleh sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Apa yang paling best, minuman ini dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
Nak menyediakan minuman detoks ini juga tidaklah begitu susah dan kosnya juga tak terlalu mahal.
Untuk detox, beri tumpuan kepada buah dan sayur yang memberi nutrien baik untuk kulit.
Sitrus (lemon, oren, limau gedang) – Buah sitrus memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan dianggap sebagai anti-oksidan.
Strawberi – Strawberi kaya dengan asid, folat dan vitamin C, yang masing-masing berfungsi untuk meneutralkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Ellagic acid juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV.
Epal – Epal kaya dengan asid maleik, yang membantu membersihkan dan melembutkan kulit dengan memperbaharui sel kulit.
Timun – Timun penuh dengan antioksidan, termasuk vitamin C, beta-karoten, dan mangan. Ia juga menghidrat, mundi intui kulit lembut bagaikan bayi.
Pudina – Pudina kaya dengan antioksidan dan flavonoid. Pudina terkenal untuk menenang dan menyembuhkan keradangan dan merawat jerawat.
Tembikai – Tembikai membantu membuang toksin dalam badan dan penuh dengan antioksidan, yang membantu melawan radikal bebas.
Cuka epal – Cuka epal kaya dengan enzim yang membantu menyeimbangkan bakteria di usus. Ia juga membantu melancarkan penurunan berat badan dengan membantu penghadaman.
Aloe vera – Aloe vera terkenal dengan sifat penyembuhannya apabila digunakan secara topikal pada kulit. Walau bagaimanapun, ia juga dapat digunakan secara dalaman untuk mengatasi masalah usus dan juga dapat membantu melahirkan kulit yang lebih cerah dan berseri.
Halia – Halia mempunyai banyak sifat anti-radang dan anti-bakteria. Ia berkesan untuk menjaga kulit cantik dan bersinar dengan mengurangkan keradangan dan menjaga kulit sentiasa terhidrat.
Buah tropika (betik, nanas, kiwi, jambu) – Buah tropika penuh dengan vitamin C yang membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas. Vitamin C juga membantu menghasilkan kolagen. Betik mengandungi sejumlah besar vitamin A, enzim penting yang membantu menyembuhkan kulit yang rosak dengan mempercepat pertumbuhan semula sel.
Setiap kombinasi buah-buahan ini juga membantu menghilangkan kekotoran dari badan anda, yang seterusnya membantu mendorong kulit yang cerah dan bersinar.
Mudah disediakan, minuman ini mampu membantu sistem tubuh menyahtoksin dan memecahkan lemak. Walau bagaimanapun, korang tidak boleh hanya bergantung kepada rutin minuman detoks sahaja jika inginkan kulit dan badan yang ramping dan sihat.
Pemakanan diet seimbang serta workout juga sangat membantu untuk buatkan kulit korang flawless.
Tak percaya? Try lah!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali demam, kita akan cari Panadol (biarpun ia adalah satu jenama seperti Colgate tetapi kita sudah terbiasa menyebut paracetamol sebagai panadol). Sekali makan, sekurang-kurangnya dua biji sekali makan, konon bagi menghilangkan kebah panas badan.
Kemudian wujud mitos pil paracetamol ini tak akan hadam dalam perut untuk satu tempoh agak lama iaitu 5 tahun. Ada lain kata-kata lain bahawa paracetamol sememangnya tak baik untuk kesihatan tubuh.
Setiap ubat ada kebaikannya jika dimakan dengan betul seperti disarankan oleh doktor. Namun boleh menjadi mudarat kalau digunakan dengan berlebihan. Ini samalah dengan ubat batuk. Elok jika ikut dos tetapi kalau berlebihan boleh jadi lalok dan digunakan oleh kebanyakan penagih dadah bagi menghilangkan ketagihan mereka.
Jika paracetamol dimakan berlebihan, ia boleh jadi mudarat- pix internet
Sebelum mempercayai semua fakta dan auta tentang paracetamol, baca penerangan yang tulis oleh pegawai farmasi, Mohd Dziehan Mustapa mengenai paracetamol ini seperti di syer dalam entri facebooknya.
Satu pertanyaan berbunyi, ADA ORANG TANYA, BETUL KE MAKAN PARACETAMOL (UBAT DEMAM) NI AKAN ROSAK HATI?
Jawapannya : YA, jika makan lebih daripada yang disarankan.
Dos yang disarankan (demam biasa)?
Jawapan: Dewasa: 1g (500mg tab x 2biji) setiap 6 jam
[Max dos:4g sehari]
Kanak-kanak: Rujuk lampiran sebab kanak-kanak dos ikut berat badan begitu juga max dos dalam sehari.
Dos yang bagaimana boleh merosakkan hati?
Jawapan: Dos minimun yang boleh menyebabkan kesan toksik paracetamol adalah:
Dewasa: 7.5-10g dalam 1 dos (1 pengambilan)
Kanak-kanak (1-6tahun): 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)
Perut membusung adalah tanda seorang itu mengidap penyakit hati
Habis tu kenapa ada orang kata makan paracetamol 8 biji sehari boleh rosak hati?
Jawapan: Mungkin orang itu bukan Ahli Farmasi atau Doktor Perubatan . Atau mungkin juga orang itu salah faham. Kita (dewasa) makan paracetamol ikut dos yang disarankan adalah 1g iaitu 500mg tablet x 2biji sebagai 1 dos (1 pengambilan).
Dos (dewasa) min yang boleh menyebabkan kesan toksik adalah 7.5-10g iaitu 500mg x 15 biji hingga 20 biji sebagai 1 dos (1 pengambilan). Mana ada orang yang makan 15-20 biji paracetamol sebagai 1 dos atau 1 pengambilan? Kecuali individu itu ada niat lain jika makan banyak begitu.
Habis tu En. Dziehan kalau makan paracetamol 2 biji setiap 6 jam tidak menyebabkan kesan toksik pada hati kita?
Jawapan: TIDAK. Sebab ikut dos yang disarankan. Badan kita bukan macam TONG atau BALDI. Ubat yang kita makan tidak berkumpul dalam badan kita. Setiap ubat akan melalui proses metabolisma dan dikumuhkan keluar daripada tubuh kita. Untuk paracetamol ia di-matabolisma oleh enzim hati kita dan dikumuhkan keluar daripada badan kita melalui urin (air kencing).
Hati-hati dengan dos yang dimakan kerana jika berlebihan boleh merosakkan organ dalaman
Berapa lama proses ini berlaku?
Badan kita ambil masa 1-3jam (elimination half life) untuk mengurangkan kepekatan paracetamol dalam darah kepada 1/2 daripada kepekatan asal yang diserap oleh tubuh.
Hmmmm nampak tak…inilah ilmu yang kita panggil sebagai ‘pharmacokinetics’. Ahli farmasi belajar subjek ini. Sebab itu kami lebih memahami perkara-perkara berkaitan Ubat-ubatan ?
Maka setakat makan 2 biji (1g) paracetamol tidak menyebabkan kerosakan hati. Dalam 1-3 jam kepekatan 1g paracetamol yang diserap oleh tubuh akan menjadi separuh kerana proses metabolisma. Kesan toksik berlaku apabila ubat berada dalam kepekatan tinggi dalam tubuh dalam satu jangka masa yang tertentu dan kekuatan ubat tersebut.
Maka sekarang CLEAR tak berkaitan FITNAH PARACETAMOL yang digembar gemburkan kononnya beri kesan toksik kepada hati pada dos biasa. Ingat, SALAH INFORMASI itu…saya dah terangkan paling ringkas yang boleh berdasarkan informasi yang sahih.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Kalau orang tua pekak boleh la dimaafkan tetapi bagaimana kalau usia muda sudah pekak!
Just imagine geng, korang masih muda, masih perlu bekerja dan lakukan banyak aktiviti tapi semuanya terbantut sebab masalah pendengaran. Suspenkan.
Untuk remaja, sila jangan gunakan earphone dengan kerap dan kuat kerana secara perlahan-lahan, walau tidak menyakitkan tetapi korang akan cacat kekal kerana pekak. Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan, penggunan earphone agak kerap dan kuat akan mengakibatkan pekak kekal pada usia muda.
Kajian sains juga mendapati, mendengar melalui earphone dengan kenyaringan tinggi boleh menyebabkan kemampuan mendengar merosot. Hasil kajian dari penyelidik dari Committee on Emerging and Newly Identified Helat Risks mendapati risiko kehilangan pendengaran akan dirasai pada pertengahan usia 20-an.
Kajian itu turut mendapati, mendengar muzik melalui telefon juga menimbulkan kesan lain. Ini kerana muzik boleh mengasingkan pendengarnya dari khalayak ramai. Ini kerana mereka leka dengan bunyian muzik dan amat berbahaya jika dilakukan ketika memandu kerana pengguna tidak sedar keadaan sekeliling.
Mendengar earphone sumbat begini merisikokan lebih cepat pekak berbanding headphone kerana bunyi tepat masuk ke gegendang
Ini kerana telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20 kHz) dan jika lebih kuat dari itu, secara perlahan-lahan individu akan menjadi pekak sedikit demi sedikit.
Kenapa perlu jauhi earphone?
Untuk pengetahuan korang, walau nampak bergaya, sebenarnya gelombang elektromagnetik daripada headphone atau earphone akan mempengaruhi kesan elektrik terhadap otak.
Biarpun ia masih dalam kajian dan belum ada bukti kukuh tetapi kajian terhadap tikus mendapati tikus mampu menjadi pekak.
Beberapa kajian di Eropah tentang kesan gelombang elektromagnetik terhadap tumor otak tidak dapat membuktikan kesan tersebut, Namun mengenai kesan terhadap telinga, mendengar muzik dengan earphone boleh mempengaruhi pendengaran, terutamanya apabila mendengar dalam kenyaringan dan kelangsingan (amplitud dan frequency) yang tinggi.
Cara elak jadi pekak
Adalah lebih baik korang kurangkan kerosakan pendengaran dengan mengurangkan volume dan jumlah masa mendengar.
Satu lagi cara ialah menggunakan earphone besar berbanding kecil yang disumbat terus ke telinga.
Jenis earbuds yang kecil mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang diletakkan di dalam lubang telinga akan memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai pada telinga luar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah sekali lagi membanggakan Malaysia apabila wajah dan pencapaiannya dalam industri muzik terpampang di pameran berprestij World Expo Osaka 2025...