Ramai melihat kurus sebagai cantik. Insiden indvidu berbadan besar yang sering dipermainkan membuatkan minda masyarakat terus tertanam bahawa kurus itu cantik dan menarik.
Tidak hairanlah ramai yang mencuba pelbagai jenis diet termasuk mengamalkan diet keto untuk tubuh kelihatan ramping. Malah ramai “membuang” makanan berlemak, berminyak dan hanya makan makanan di grill untuk kelihatan kurus.
Sebelum kita tersilap perkiraan untuk diet dan nak kurus, apa kata korang ikut tip diberikan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Lagi selamat dari entah apa-apa amalan diet dari “doktor segera” khususnya dari penjual produk kurus yang berlambak di pasaran.
TIP NAK KURUS – MAKAN LEBIH SAYUR
Betul ke makan sayur boleh kurus?
Sayur menyumbang kalori yang lebih rendah berbanding kumpulan makanan yang lain.
Lebih banyak sayur anda makan, lebih banyak serat yang anda dapat. Ini boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Dengan ini, anda tidak cenderung untuk makan berlebihan atau mengambil snek yang berlebihan di antara waktu makan.
Apa akan terjadi jika anda tak isikan separuh pinggan dengan sayur? Anda akan cenderung untuk mengambil sumber karbohidrat (seperti nasi, mi atau lain-lain) dan lauk pauk secara berlebihan. Hal ini akan menyebabkan pengambilan KALORI yang tinggi.
Walaupun begitu, pemilihan sayur yang tidak bersantan atau kurang berminyak adalah pilihan yang lebih baik untuk mengurangkan pengambilan kalori yang seterusnya membantu anda menurunkan berat badan.
Jadi, makan lebih sayur kalau nak kurus!
NAK KURUS, JOM MAKAN SAYUR JE. ELAKKAN BERLAPAR SECARA BERLEBIHAN ATAU MENGAMBIL SUPLEMEN/ UBAT-UBATAN YANG BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT.
INGAT, TIADA JALAN PINTAS UNTUK KURUS
#jommakansayur
#serat
#3hidangansehari
#sukusukuseparuh
#Nutritionistkkm