Cuaca panas sekarang ni memang rasa nak makan pencuci mulut je kan? Sesekali ‘pekena’ Taufu Fa sedap kan?
Kalau korang nak tahu Taufu Fa juga dipanggil dengan nama douhua, doufuhua, tow huay atau tau hua. Ia sebenarnya nama lain bagi taufu fah yang semestinya sangat enak dan menyelerakan.
.
Hidangan ini dikatakan mula dihasilkan pada zaman Dinasti Wang Barat dan sejak itu resipnya diubah suai mengikut cita rasa. Di Malaysia, ia biasanya dinikmati secara manis namun di China, ada yang menikmatinya bersama minyak cili, kicap, lada, kacang atau nasi.
Kali ni mari cuba buat sendiri Taufu fa ni, dapat banyak dan lagi puas hati.
BAHAN-BAHAN BUAT TAUFU FA
– Soya 2 liter (tidak kisah apa-apa jenis soya)
– Agar-agar
– Gula melaka
– Gula putih
– Daun pandan
– Halia (pilihan)
CARA PENYEDIAAN
1. Tuang satu cawan air dan masukkan agar-agar (jika 12 gram gunakan separuh sahaja bukan satu bungkus supaya tak jadi macam puding).
2. Lepas agar-agar larut dan sebati, tuangkan 2 liter soya (boleh tambah gula jika soya yang dibeli kurang manis).
3. Biarkan mendidih dan tutup api. Setelah itu, tuang dalam bekas besar.
4. Cairkan satu keping gula melaka tambahkan dua sudu gula putih, masukkan air tiga cawan dan masukkan daun pandan serta halia tadi. Jangan lupa tapis.
5. Tadaa dah jadi, masukkan dalam peti ais selama 2-3 jam dan boleh dimakan.
Taufu Fah diperbuat daripada susu soya tawar. Ia kaya dengan asid lemak asas, protein, vitamin dan mineral yang memberi tenaga kepada tubuh badan.
Bagi wanita, hidangan ini dapat mengurangkan gejala menopaus, risiko serangan jantung, diabetes dan obesiti. Malah ia juga dapat meningkatkan penyerapan kalsium yang sekali gus mencegah kehilangan jisim tulang yang menjadi penyebab osteoporosis.
Wah bagus, bukan saja sedap tapi berkhasiat juga. Selamat mencuba!
Sumber : Anna Rashid