Finalis Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27, boleh menarik nafas lega apabila ayahnya, Halim Othman, 57, akhirnya memberi kebenaran untuk mengumumkan yang dia merupakan anak kepada bekas penyampai radio terkenal itu.
Myra ketika dihubungi REMAJA memanjatkan rasa penuh syukur kerana kini dia tidak perlu lagi berahsia tentang latar belakangnya terutama sekali apabila ditanya soalan tentang siapakah ayahnya.
“Ayah Myra dah bagi greenlight,” kongsi pemilik nama penuh Yusmyra Natasya ini.
Ketika mengendalikan Dewi Remaja 2019, team Remaja sendiri sebelum ini sudah mengetahui perkara sebenar. Namun atas permintaan gadis cantik ini, kami juga mengunci mulut rapat.
Hampir tiga tahun pertandingan itu berlalu dan kini Myra sudah pun mula membina namanya sendiri dalam arena seni tempatan. Dia yang merupakan seorang jurulatih pasukan sorak, kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan juga pengacaraan.
Selain bergelar pengacara di DidikTV @ntv7, naskah terbaharu yang dilakonnya adalah Republik Gombak yang bakal bersiaran di TV3. Ketika dihubungi sebentar tadi, dia sedang menunggu untuk babak yang seterusnya penggambaran drama Biarkan Ia Pergi.
Sebagai anak seni yang baru setahun jagung bertatih di dalam dunia yang sudah menjadi asam garam bagi ayahnya, Myra berkongsi kepada REMAJA gelagat ayahnya apabila dia dipilih sebagai pengacara.
“Ayah orang yang paling teruja sekali bila tahu Myra dapat jadi pengacara. Dia bangga dengan saya kerana berdiri di atas kaki sendiri dan bukannya menggunakan namanya untuk mendapat tempat dalam dunia seni. Kalau nak tahu ayah selalu hantar dan juga ambil Myra dari tempat kerja dan kemudiannya dia akan lakukan sesi ‘post-mortem’ cara pengacaraan saya,” kongsinya.
BACA JUGA: Myra Natasya Is Breaking Through : ‘Pertandingan’ Sebenar Bermula Selepas Dewi Remaja
View this post on Instagram
Bak kata pepatah, kasih ibu sampai syurga, kasih ayah sepanjang masa. Apabila ditanyakan kepadanya momen dan aktiviti yang suka dilakukan bersama ayahnya, Myra membahagikannya kepada dua fasa.
“Sewaktu kecil perkara yang kami suka lakukan bersama adalah melukis doodle. Sekarang bila saya dah besar, we go for a long ride. Ayah akan ambil Myra kami memandu jauh sampai ke Putrajaya dan sepanjang perjalanan itu pelbagai cerita dikongsikan, tentang kehidupan dan bermacam-macam lagi. Momen itu menjadi a father and daughter bonding session,” ujarnya menutup perbualan kami.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.