Ramai yang mengambil peluang membayar saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejurus pengumuman pengurangan bayaran saman dibuat sehingga 80 peratus. Memang tinggi juga diskaun yang diberikan ini, maka tidak hairanlah ramai yang berpusu-pusu ingin melunaskan saman tertunggak mereka.
Sebelum ini, kaunter pengurangan bayaran saman dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan ia telah mengundang kesesakan akibat ramai orang tertumpu di sana bagi menyelesaikan urusan pembayaran ini.
Namun begitu, sebenarnya urusan bayaran saman ini juga boleh dilakukan di mesin ATM. Lebih mudah dan jimat masa kan?
Menurut info yang dikongsi oleh Ely Arief, setakat ini hanya mesin ATM Maybank sahaja yang boleh membuat urusan pembayaran saman polis dengan mudah.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
1. Pilih urusniaga ‘PAYBILLS’
Ads
2. Tekan ‘TERUSKAN’
3. Kemudian, tekan ‘PEMBAYARAN SAMAN PDRM’
Ads
4. Masukkan nombor kad pengenalan korang
5. Lihat butiran saman dan terus buat pembayaran
Ads
Dan siap! Mudah sahaja kan? Jangan lupa simpan resit untuk rujukan ya. Nah, selepas ini tak perlu lagi bersusah payah beratur panjang untuk membayar saman. Gunakan kemudahan mesin ATM ini dengan sebaiknya.
Berita baik juga untuk korang, tempoh pembayaran saman trafik dengan diskaun sehingga 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Maradona satu nama yang ‘besar’ dalam sukan sukan bola sepak dunia dan diingati sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Dan pencapaian tertinggi dalam kariernya adalah membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 1986
Menerusi laporan portal BBC, Maradona yang juga pengurus pasukan Argentina itu diserang serangan jantung sewaktu berada di rumahnya di Buenos Aires
Dia sebelum ini baru sahaja selesai menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku pada otaknya di sekitar Awal November lalu.
Persatuan Bola Sepak Argentina menerusi satu posting di laman media sosial mereka menzahirkan rasa duka mereka di atas pemergian pengurus dan juga bekas pemain tengah negara mereka itu
La Asociación del Fútbol Argentino, a través de su Presidente Claudio Tapia, manifiesta su más profundo dolor por el fallecimiento de nuestra leyenda, Diego Armando Maradona.
Selain mengumumkan tiga hari berkabung, Presiden Bola Sepak Argentina, Alberto Fernandez yang turut berduka turut menzahirkan rasa terima kasih di atas segala jasa mendiang dalam menaikkan nama Argentina dalam sukan bola sepak.
“Anda membawa kami ke puncak dunia. Sentiasa membuat kami gembira. Anda adalah terbaik dari yang terbaik.
Rentetan daripada itu, Remaja kongsikan beberapa perkara yang korang perlu alert dan lakukan jika mengalami situasi kecemasan seperti ini.
• CPR hanya dilakukan jika nadi telah berhenti
• Jika korang alami serangan jantung seorang diri, hubungi talian kecemasan dan beritahu lokasi korang
• Hubungi rakan atau keluarga terdekat
• Jika korang memandu, BERHENTI di tempat selamat, jangan terus memandu
• Ambil ubat mencairkan darah (jika ada)
• Jangan tekan dada, batuk dengan kuat atau terus memandu seorang diri
Konflik yang melanda etnik Uighur di China masih menjadi perdebatan antarabangsa sehingga kini. Banyak pihak menyelar tindakan kerajaan China yang meletakkan rakyat etnik Uighur yang beragama Islam ke pusat tahanan dan merantai kebebasan mereka. Antara yang terkesan dengan tindakan kerajaan China ini ialah pasangan muda Sadam Abudusalamu dan isterinya, Nadila Wumaier.
Sadam merupakan warganegara Australia manakala isterinya pula merupakan warganegara China dan kedua-duanya berasal dari etnik Uighur. Sadam yang sudah tinggal di Australia lebih 10 tahun, melawat China pada tahun 2016 untuk mengahwini isterinya itu.
Dia kembali ke Australia pada tahun 2017 untuk bekerja sementara isterinya menunggu di China sehingga proses mendapatkan visa pasangan untuk masuk ke Australia selesai. Pada tahun yang sama Nadila telah melahirkan anak sulung mereka namun visa Sadam untuk melawat isterinya tidak diluluskan oleh kerajaan China.
Selepas melahirkan anak, keluarga mereka berkata yang Nadila telah ditahan oleh pihak berkuasa China selama dua minggu sebelum dilepaskan. Namun begitu passportnya telah dirampas dan dia tidak dibenarkan meninggalkan rumah.
.
PERJUANGAN Selama dua tahun berjuang, Sadam dengan pertolongan kerajaan Austalia telah berhubung dengan kerajaan China untuk membenarkan isterinya meningalkan negara untuk bersamanya di Australia. Walaupun isterinya adalah warganegara China namun anak lelakinya itu diakui sebagai warganegara Australia berikutan rayuan oleh Sadam pada tahun 2019.
Pada bulan Februari tahun ini, wakil ketua misi China di Australia, Wang Xining, mengatakan di rangkaian televisyen ABC yang Wumaier tidak mahu meninggalkan Xinjiang. Namun perkara sebenar terbongkar apabila Nadila memuatnaik gambar ke Twitter yang memegang kertas dengan mesej ‘Saya mahu pergi dan bersama suami saya’.
.
Akhirnya setelah bertahun terpisah, pasangan ini akhirnya berjaya disatukan di Sydney, Australia. Menurut peguam yang mewakili Sadam, Michael Bradley kepada BBC, “Kami mengetahui yang Nadila dan anak mereka, Lutfy boleh meninggalkan China kira-kira dua ke tiga bulan lalu.”
Setelah menempuh perjalanan lebih 48 jam akhirnya Nadila dan anaknya tiba di Brisbane, Australia dan mejalani proses kuarantin di sebuah hotel di sana sebelum tiba di Sydney pada Jumaat untuk bersama suaminya. Kini mereka memulakan kehidupan baru dan dalam nota yang dimuat naik di Twitter, Sadam meminta media supaya menghormati privasi mereka.
Dari dulu, kita senang menzahirkan rasa simpati tatkala melihat golongan kurang upaya. Selain ada rasa ingin tahu bagaimana dia boleh jadi begitu, sikap ingin membantunya juga membuatkan kita mudah memzahirkan perasaan.
Namun bukan semua OKU itu perlu duduk diam dan menzahirkan kesedihan di atas kekurangan dialaminya. Sikap ingin membuktikan kebolehan dan keupayaan anak Malaysia serba boleh harus dijadikan panduan.
Buktinya, bersempena Hari Malaysia, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) akan cuba mencipta nama dalam Malaysian Book of Records (MBR) dengan menunggang motosikal sebelah tangan pada jarak paling jauh.
A Santana Dass, yang hanya mempunyai tangan kiri akan cuba mengembara bersendirian sejauh 5,922 km dari Pulau Pinang pada 16 September ini merentasi Thailand, Myanmar dan Singapura selama 14 hari dengan menunggang motosikal Yamaha R25 yang telah diubah suai.
Santana kehilangan tangan kanannya 3 tahun lepas apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Macalister. Beliau dirawat di hospital selama 8 hari berikutan kemalangan itu.
“Kecacatan tidak akan menghalang saya mencuba sesuatu yang baru. Stigma dan persepsi tidak betul bahawa orang yang mempunyai kecacatan tidak mahu atau tidak boleh menyertai aktiviti sukan merupakan halangan paling utama perlu saya atasi,” katanya pada sidang akhbar.
Sungguhpun kehilangan sebelah tangan, Santana berkata kecacatan tidak menghilangkan semangat patriotismenya terhadap negara dan sanggup menghadapi cabaran untuk motivasikan diri serta menunjukkan teladan yang baik kapada orang lain.
Beliau merancang menunjukkan kecintaan terhadap negara dengan meliputi motosikalnya dengan bendera Malaysia dan memasang bendera yang lebih besar ketika majlis pelancaran nanti.
“Perjalanan paling jauh saya setakat ini ialah dari Pulau Pinang ke Singapura dan telah berjaya mencubanya beberapa kali, dan cubaan mencipta rekod baru ini disokong oleh isteri saya E Poovaneswari serta 4 anak saya,” katanya.
Menurut beliau pengubahsuaian terhadap motosikal Super 250 itu cuma melibatkan pemindahan pendikit dari kanan ke kiri dan sehingga kini masih belum ada rekod yang dicipta bagi perjalanan jarak jauh motosikal sebelah tangan dalam MBR mahupun Guinness World Record.
Sementara itu beliau berharap permohonannya bagi pengiktirafan Guinness World Record yang beliau hantar pada 7 Ogos akan diterima sebelum sebelum Hari Malaysia, serta memperolehi penaja bagi cubaannya mencipta rekod.
Beliau menjelaskan sekira permohonan untuk Guinness World Record diterima sebelum 16 September beliau boleh mencipta nama secara serentak.
Beliau berkata keseluruhan perbelanjaan bagi pengembaraanya itu dianggarkan RM27,000 termasuk petrol, penginapan, bahan promosi serta yuran penyertaan bagi MBR (RM1,810) dan Guinness World Records (RM4,100).
“Saya telah menghantar surat kepada Yamaha dan organisasi lain untuk mendapatkan penajaan namun masih ada jawapan. Setakat ini penaja saya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban, A Kumaresan,” katanya. BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...