Ramai yang mengambil peluang membayar saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejurus pengumuman pengurangan bayaran saman dibuat sehingga 80 peratus. Memang tinggi juga diskaun yang diberikan ini, maka tidak hairanlah ramai yang berpusu-pusu ingin melunaskan saman tertunggak mereka.
Sebelum ini, kaunter pengurangan bayaran saman dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan ia telah mengundang kesesakan akibat ramai orang tertumpu di sana bagi menyelesaikan urusan pembayaran ini.
Namun begitu, sebenarnya urusan bayaran saman ini juga boleh dilakukan di mesin ATM. Lebih mudah dan jimat masa kan?
Menurut info yang dikongsi oleh Ely Arief, setakat ini hanya mesin ATM Maybank sahaja yang boleh membuat urusan pembayaran saman polis dengan mudah.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
1. Pilih urusniaga ‘PAYBILLS’
2. Tekan ‘TERUSKAN’
3. Kemudian, tekan ‘PEMBAYARAN SAMAN PDRM’
4. Masukkan nombor kad pengenalan korang
5. Lihat butiran saman dan terus buat pembayaran
Dan siap! Mudah sahaja kan? Jangan lupa simpan resit untuk rujukan ya. Nah, selepas ini tak perlu lagi bersusah payah beratur panjang untuk membayar saman. Gunakan kemudahan mesin ATM ini dengan sebaiknya.
Berita baik juga untuk korang, tempoh pembayaran saman trafik dengan diskaun sehingga 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)