Jika sebelum ini ramai yang tergila-gilakan minuman bubble tea, sampai ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman viral tersebut.
Kini, salah sebuah antara jenama bubble tea terkenal, The Alley telah pun melancarkan minuman tersebut dalam botol besar bersaiz 5 liter. Dijual dengan harga RM79 sebotol, korang juga berpeluang untuk menyertai cahabaran yang dianjurkan oleh mereka dan sebagai ganjaran, korang bakal memenangi 5 liter lagi minuman bubble tea favorite korang.
Siapa peminat bubble tea mesti excited
kan?Cabaran pertama yang korang kena hadapi ialah tongue twister, baca ayat berbelit yang terdapat dimana-mana store mereka, dan dapatkan diskaun sebanyak 12% untuk minuman 5 liter tersebut.
Seterusnya, kongsikan gambar korang bersama minuman 5 liter itu di media sosial dan pemenang akan diberi hadiah berupa minuman 5 liter dengan percuma.
Lepas ni korang tak perlu lagi nak beratur panjang hari-hari sebab nak dapatkan bubble tea
. Beli saja botol 5 liter tu buat stok untuk seminggu. Hiks!