Bermula 1 Ogos 2020, seluruh masyarakat Malaysia diwajibkan untuk memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam dan berada di tempat awam yang sesak.
Tiada lagi alasan kerana korang boleh didenda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peratuan memakai pelitup muka ini.
BACA: Jangan Lupa Pakai Face Mask Mulai 1 Ogos, Kalau Tak Nak Melayang RM1,000
Namun begitu, korang tidak perlu bimbang untuk berbelanja besar bagi membeli topeng muka pakai buang kerana menurut Public Health Malaysia
, topeng muka kain atau buatan sendiri juga telah terbukti berkesan dan boleh digunakan oleh orang awam.Hasil kajian mendapati kombinasi beberapa jenis fabrik mampu bertindak untuk menapis titisan air dengan berkesan dan dalam masa yang sama tidak akan melemaskan si pemakai.
Korang juga boleh menjahit sendiri face mask dengan berpandukan info dan tutorial yang disediakan oleh Public Health Malaysia
.Gunakan kain kapas. Contohnya kain t-shirt, kain cadar, sarung bantal. Lagi banyak thread count adalah lebih baik untuk bertindak sebagai penapis mekanikal titisan air.
Gunakan 2 lapis kain yang lebih nipis dan mempunyai fungsi penapis elektrostatik seperti kain sutera, kain chiffon atau kain fennel.
– Dua keping kain kapas berbentuk sempat segi berukuran 10” x 6”
– Dua keping tali getah, tali, helai kain atau getah rambut
– Jarum dan benang
– Gunting
– Mesin jahit
1. Potong dua kain kapas segi empat tepat (10 x 6 inci)
– Susun dua keping kain segi empat tepat ini. Jahit kedua-dua helo kain secara berlapis
2. Di sisi yang Panjang, lipat ¼ inci dan jahit, sisi berikutnya lipat ½ inci dan jahit
3. Masukkan tali getah (6 inci), ikat tali tersebut untuk dijaikan tali pengikat di telinga
4. Kemudian, masukkan bahagian yang diikat di dalam lipatan sisi, jahit di atas dan bawah lipatan. Sesuaikan panjang tali dan jerutan dengan saiz wajah. Siap!
Namun begitu, sekiranya korang menggunakan topek muka fabrik ini, setiap kali guna teruslah dicuci jangan pula dipakai berulang kali.
Menggunakan topeng muka fabrik memang lebih jimat, namun korang perlu sentiasa menjaga kebersihan pelitup muka tersebut.
Sumber: Public Health Malaysia