Karpet merah acara Video Music Award kembali lagi untuk tahun ini dan kita masih tak terlepas daripada stail ‘berbogel’ para selebriti Hollywood.
Seperti kebiasaan, VMA bukan saja dihadiri oleh penyanyi dan pelakon berbakat yang tergolong dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.
Tetapi VMA juga adalah medan kemunculan selebriti suam-suam kuku, selebriti reality TV dan selebriti yang hanya ingin meraih perhatian 5 minit mereka daripada penonton seluruh dunia dengan cara – hhm – memakai pakaian menyakitkan mata atau dalam bahasa kasar, ‘berbogel’ di karpet merah.
Rest assured, they are not offended with this ‘naked dress’ term. Malah, mereka lebih berbangga dapat menayangkan ‘aset’.
REMAJA enggan mengulas tentang ‘naked dress’ dengan lebih lanjut, kami di sini ingin bercerita mengenai fa – shion
.Jom tengok 8 stail selebriti pilihan kami, kelmarin!
Madison Beer
Penyanyi ‘Home with You’ ini memilih sut dari Raisa & Vanessa Resort. Satu pemilihan yang berani, namun ia lebih sesuai untuk acara formal lain seperti anugerah Emmy’s atau Oscar’s.
Camila Cabello
Camila!
Hhm, ini adalah sejenis love-or-hate dress. Kita lihat poin positifnya dahulu. Rekaan Oscar de la Renta ini memang kena dengan identiti latin Camila yang kini masih hangat dengan single, Havana.
Ia juga adalah potongan klasik oleh Oscar de la Renta, iaitu skirt voluptuos dan bahagian atas yang ketat. Namun, kami tak gemarkan styling pada Camilla. Rambut – no. Kasut – boring.
Mungkin Camila perlu gayakan rambut dengan sleek saja untuk nampak moden.
Travis Scott & Kylie Jenner
Ibu kepada Stormi, Kylie Jenner turut berada di VMA untuk memberi sokongan kepada teman lelaki, Travis Scott yang mendapat pencalonan.
Kylie memilih suit dress berwarna krim dari Tom Ford. Ada yang berkata dia kelihatan terlalu biasa dan ‘selamat’ berbanding stail VMA-nya yang terdahulu.
Namun, kami faham Kylie tak mahu perhatian terarah kepadanya sedangkan ini adalah malam penting untuk Travis.
Shawn Mendes & Liam Payne
Okay, sut Paul smith yang dipakai Shawn kelihatan seperti dibeli last minute daripada butik Zara. Manakala Liam kelihatan seperti seorang hot waiter di restoran 5 bintang.
Nasib baik styling rambut dan wajah mereka kelihatan kacak. That’s all.
Bebe Rexha
Ini adalah pemilihan yang sofistikated daripada Bebe. Kami sudah terbiasa dengan street style Bebe sehinggakan tak boleh mengecamnya pada pandangan pertama.
Cumanya, potongan skirt belah ini membuatkan Bebe kelihatan pendek. Mungkin dia patut memilih skirt paras atas lutut saja.
Millie Bobby Brown
Millie memilih two-piece dari Rosie Assoulin. Kami sukakan apa yang dipakainya, malah heels pada kasut Millie juga sangat fun!
Here is the thing. Walaupun Millie selesa memilih warna hitam sejak awal tahun ini di karpet merah, kadangkala kami teringin melihatnya memilih pakaian berwarna lain.
Ini adalah VMA, tempat untuk mencuba sesuatu yang baru!
Ariana Grande & ‘Aksesori’-nya
Finally, Arianna lebih berani melepaskan rambut selepas bersama Pete Davidson!
Arianna kelihatan seperti pernah dilihat di karpet merah sebelum ini. Dia memang selesa dengan gaya ini.
Apa yang membuatkan kami suka dengan stail Ari kelmarin adalah ketiga-tiga seleksi dress yang dipakai sepanjang VMA. Semuanya cantik terletak pada badannya yang petite.
Tyga
Yes guys, less is more.
Tapi Tyga tahu bagaimana untuk membuatkan gaya ringkas menjadi wow. Stail denim-on-denim ini mengingatkan kami kepada era awal 2000-an semasa Britney & Justin berjalan bersama di karpet merah VMA.
Tyga mengulangi gaya itu tapi dengan caranya sendiri. Good job!