Tak Perlu Buang Botol Yang Habis Diguna, Boleh Recycle Di L’OCCITANE Dan Dapatkan Ganjaran

Share

Mesti korang ada terfikir apa bahayanya plastik? 

Di sebalik ‘kelebihan’ plastik, ramai tak sedar plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia sehingga boleh ‘membunuh’ alam sekitar.

Memandang serius perkara ini, satu pendekatan lestari diambil jenama produk penjagaan diri dan peribadi L’Occitane telah membuka sebuah store eco-friendly di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Rice Straw’ Betul-Betul Selamat Ditelan Lah! Staf Coffee Bean & Tea Leaf Buktikannya

Inisiatif itu membabitkan L’Occitane serata dunia yang mengambil komitmen untuk menyokong kepada usaha memelihara alam semula jadi selain mengurangkan kesan perubahan iklim dunia.

ISIAN semula produk menggalakkan pengurangan penggunaan plastik. FOTO Ihsan L’occitane Malaysia

Mengorak langkah ke arah masa depan bebas plastik, idea pembelian sekali dan “Botol Selamanya” ini diperbuat daripada material yang tahan lama, ringan dan 100% boleh dikitar semula. Malah, botol aluminium boleh mengurangkan kesan alam sekitar serta korang mampu menikmati faedah “mesra dompet” jangka panjang.

L’OCCITANE percaya bahawa langkah pertama mampu beri impak yang besar. Pengalaman Refill Fountain dalam kedai adalah satu perkara yang praktikal dan mudah. Serta menggalakkan pelanggan turut serta dalam komitmen kolektif kepada persekitaran.

Refill Fountain kini menawarkan isian semula untuk beberapa produk L’OCCITANE’s, buat masa ini ada dua saiz iaitu dalam 250ml & 500ml:

1. Almond Shower Oil
2. Verbena Shower Gel
3. Shea Verbena Liquid Soap
4. Intensive Repair Shampoo
5. Intensive Repair Conditioner

Dua langkah mudah mengisi semula botol L’OCCITANE

  • Langkah 1:
    Anda boleh memilih untuk membawa botol L’OCCITANE anda sendiri (tertakluk kepada
    pemeriksaan kesesuaian oleh Penasihat Kecantikan kami)

ATAU

  • Beli botol aluminium forever di kedai.
    Isi semula produk kegemaran anda dengan pembantu penasihat kecantikan kami untuk
    pastikan kebersihan, keselamatan dan kualiti produk yang anda isi semula.

Dengan setiap isi semula, pelanggan betul-betul dapat berjimat disamping mesra alam & mesra dompet.  Paling penting, Refill Fountain di Pavilion Bukit Jalil ini telah direka bentuk khas untuk memastikan kawalan kualiti, kebolehkesanan dan piawaian kesihatan & keselamatan yang paling ketat secara sistematik diperlukan oleh L’OCCITANE.

Jom sama-sama kita menjaga bumi dan menjaga dompet kita juga…hehe

BACA LAGI : Tak Perlu Buang Pakaian Yang Tak Nak, Recycle Di Butik H&M Dan Dapat Voucher 15%

Published by
Nana