Penjagaan rambut bukan hanya perlu dititikberatkan untuk wanita free hair saja. Malah, sebenarnya ia lebih penting bagi wanita yang berhijab kerana perlu memastikan kesihatan rambut terjaga sepanjang hari.
Penjagaan yang rapi adalah sangat penting kerana aliran udara yang tidak menyeluruh boleh menyebabkan rambut rosak. Oleh sebab itu, walaupun berhijab, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk mengabaikan penjagaan rambut.
Berikut merupakan tip penjagaan rambut bagi wanita berhijab yang boleh anda amalkan.
1. Pilih fabrik yang sesuai
Pemilihan hijab daripada fabrik yang sesuai adalah amat penting. Pilih jenis kain yang selasa dan boleh memudahkan aliran udara ke kepala. Sekarang ni banyak trend hijab yang dipakai berlapis-lapis, bukan tak boleh tapi jangan melebihi empat lapisan kerana semakin tebal hijab, semakin susah rambut nak bernafas.
2. Pilh anak tudung yang sesuai
Elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala dan seeloknya pilih yang diperbuat daripada kain kapas.
3. Elak pakai berulang
Sama ada hijab atau pun anak tudung, elakkan pakai secara berulang tanpa dicuci. Jaga kebersihan rambut dengan memastikan hijab dan anak tudung yang dipakai dalam keadaan bersih.
Ads
4. Cucian rambut secara berkala
Tak perlu nak cuci rambut setiap hari. Selang sehari adalah yang disarankan atau sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
5. Keringkan rambut secara semula jadi
Pastikan rambut betul-betul kering sebelum mengenakan hijab. Keringkan secara semula jadi dan elakkan daripada membalut rambut dengan tuala. Kalau nak cepat kering juga, boleh gunakan pengering rambut tapi pada suhu yang paling perlahan atau keringkan saja di depan kipas.
6. Cuci dengan air sejuk
Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Membilas rambut dengan air sejuk adalah lebih baik untuk melembutkan kutikel rambut.
7. Rehat sebentar
Bila pulang ke rumah, buka hijab dan jangan terus mandi. Sebaiknya, biarkan kulit kepala bernafas dan peluh kering terlebih dahulu sebelum mencuci rambut.
Ads
8. Sikat rambut
Selepas membuka hijab, sisir rambut terlebih dahulu dengan sikat bergigi lebar untuk mengelakkan daripada rambut gugur dengan banyak sewaktu mandi.
9. Pilih syampu yang sesuai
Cari syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda. Semasa melakukan treatment di salun, anda juga boleh meminta nasihatm daripada pakar untuk mencari syampu yang baik bagi penjagaan rambut.
10. Guna perapi rambut
Selepas syampu, jangan malas untuk menggunakan perapi rambut. Sapukan hanya pada bahagian rambut dan jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.
Ads
11. Jangan ikat rambut terlalu ketat
Bagi mereka yang berambut panjang, biasanya akan mengikat rambut terlebih dahulu sebelum memakai hijab. Longgarkan ikatan getah rambut agar mampu untuk ‘bernafas’.
12. Trim hujung rambut
Sebulan sekali, trim hujung rambut untuk membuang bahagian bercabang atau merekah.
13. Pewangi rambut
Untuk penjagaan ekstra, gunakan pewangi rambut yang disembur sebelum dan selepas memakai hijab bagi mengelakkan bau yang kurang enak.
14. Serum/pelembab rambut
Penggunaan serum dan pelembab rambut juga dilihat sebagai satu penambahan penjagaan rambut yang boleh anda buat. Oleskan beberapa jam sebelum memakai hijab atau pada waktu malam sebelum tidur.
15. Atasi masalah rambut (Jika ada)
Akhir sekali, kalau anda mempunyai masalah rambut, dapatkan rawatan segera. Jika tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan di salun, dapatkan nasihat ahli farmasi untuk pilih syampu yang sesuai bagi kulit kepala anda.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan Pelakon terkenal Korea Selatan, IU baru-baru ini mendermakan wang sejumlah 100 juta won bersempena Hari Kanak-Kanak Korea.
Melalui aplikasi X, IU atau nama sebenar Lee Ji-eun berharap agar lebih ramai kanak-kanak membesar dengan sihat dan dilimpahkan kasih sayang.
“May all children be loved and grow up healthily. Support for IUEANA this spring.”
Kredit: X IU Official
Sejak menempa nama dalam industri hiburan, IU bukan sahaja terkenal dengan bakatnya.
Malah, dia yang terkenal dengan gelaran Nation’s Little Sister itu juga sangat disegani kerana sifat pemurahnya yang suka menderma kepada golongan yang memerlukan.
Difahamkan, jumlah yang didermakan oleh IU sempena Hari Kanak-Kanak Korea Selatan setiap tahun sehingga kini sahaja sudah mencecah lebih kurang 5 billion won!
Selain itu, IU juga sedang aktif dengan konsert jelajah dunia H.E.R. World Tour Concert dan bakal membuat persembahan secara langsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 dan 9 Jun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oh kita semua amat-amat memerlukan kedua-dua filem Jepun ini, pada tahun pandemik ini.
Awal bulan ini, media sosial seluruh dunia telah menyaksikan dominasi filem Doraemon berjudul Stand Be Me Doraemon 2 yang bakal menyusul pada bulan Februari ini.
Filem tersebut telah didatangkan dengan klip acah (teaser) dan poster yang menyaksikan Nobita akhirnya menemui jodoh dengan Shizuka dalam satu majlis perkahwinan.
Untuk pengetahuan, ini merupakan filem sekuel kepada Stand By Me Doraemon yang telah dilancarkan pada tahun 2014.
Rata-rata peminat yang membesar dengan komik bersiri Doraemon serta siri animasinya di televisyen tidak sabar untuk menantikan kemunculan pengakiran yang indah ini (walaupun secara peribadinya, kami merasakan visualnya dalam bentuk tiga dimensi adalah sedikit pelik).
Terbaru, satu lagi francais anime dari Jepun juga akan melancarkan filem baharunya pada tahun 2021. Ia tidak lain tidak bukan superhero gergasi kegemaran ramai, Ultraman menerusi filem berjudul ‘Shin Ultraman’.
Ini bukanlah kolaborasi di antara Shin Chan dan Ultraman, kami telah periksa.
Menerusi klip acah Shin Ultraman yang dimuat naik semalam (29Januari), kita boleh menyaksikan situasi tegang di pejabat penyiasatan setelah dua watak kaijus daripada siri televisyen Ultraman dari era 60-an iaitu Neronga dan Gabora kembali melakukan kemunculan.
Seperti yang kita semua jangkakan, makhluk tersebut akan melakukan kekecohan di bandaraya Tokyo dan satu organisasi khas dilantik untuk menyiasat serta melawan serangan tersebut dengan menghantar pasukan tentera.
Hanya pada bahagian akhir klip tersebut, barulah kita dapat menyaksikan kemunculan Ultraman untuk menyelamatkan keadaan.
We have to say, kami amat appreciate usaha produksi Shin Ultraman yang mengekalkan kostum asal Ultraman berwarna merah-silver dan tidak terlalu teruja untuk menukarnya menjadi lebih ‘moden’ seperti yang pernah kita saksikan dalam filem adiwira lain. *Ahem-Superman-Ahem*
Untuk pengetahuan, produksi yang samalah bertanggungjawab menghasilkan filem Shin Godzilla pada tahun 2016.
Shin Ultraman akan menemui pawagam pada musim panas tahun ini. Harap-haraplah situasi pandemik di Malaysia akan segera pulih agar kita dapat menontonnya di pawagam.
Baru syok!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik untuk untuk korang yang suka menonton filem Korea, kali ni kami nak beri 40 tiket percuma ke tayangan perdana filem Extreme Job pada 25 Mac nanti, di TGV Cinemas One Utama.
Filem ini mengisahkan tentang pasukan narkotik yang sering dipandang rendah di balai polis mereka dan kini dalam satu misi berisiko membabitkan satu perjanjian dadah Antarabangsa.
Mereka mengambil alih sebuah restoran ayam berhadapan dengan markas penjenayah untuk memantau pergerakan kumpulan keldai dadah itu.
Bagaimanapun perkara menjadi sebaliknya apabila salah seorang detektif memperlihatkan bakat memasaknya. Dengan restoran menjadi terkenal dalam tempoh yang singkat, di mana pelanggan semakin ramai, mereka menghabiskan masa menggoreng ayam daripada menangkap penjenayah. Haha mesti kelakar kan?
Dibintangi oleh Ryu Seung-Ryong, Lee Hanee, Jin Seon-Kyu, Lee Dong-Hwi dan Gong Myung, filem ini juga merupakan blockbuster pertama yang berjaya memecah rekod filem Train To Busan di Korea.
Filem ini bakal ditayangkan pada 28 Mac 2019 diseluruh panggung wayang tanah air.
Nak tahu apa kesudahan filem yang berdurasi 1 jam 51 minit ini? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menonton filem ini bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah berikut.
Menangi tiket tayangan Remaja X Extreme Job
Tarikh: 25 Mac 2019
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Pemenang akan dihubungi melalui emel. Sila alert dan beri maklum balas kepada kami. Terima kasih!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium...