Tahu tak sebenarnya jika ketinggian 162 sentimeter (sm) ke bawah korang dah dikategorikan sebagai gadis ‘petite’ oleh industri.
Seriously?
Tapi tak apa, boleh je untuk korang kelihatan seperti model runaway dimana cantik dan kelihatan tinggi. Kalau korang tidak suka pakai heels tetapi masih ingin kelihatan cantik, ini ada 10 item wajib ada dan pratikkan.
Sebagai seorang ‘petite dan short girl’, ini adalah 10 barang yang anda perlu ada!
#1 BLACK SKINNY JEANS
Black skinny jeans adalah satu trik yang hebat dan ‘wajib’ perlu ada dalam setiap almari seorang perempuan. Tetapi, untuk ‘short girl’, mempunyai black skinny jeans adalah pilihan yang sangat tepat! Ini kerana warna hitam dan ‘elastic’ jeans berfungsi dalam memberikan gambaran pengecilan kaki. Dipadankan dengan sepasang kasut bertumit tinggi, kaki anda akan kelihatan lebih panjang.
#2 SHORT, FLARED SKIRT
Flowing maxi skirts mempunyai kelebihan dalam menampakkan seseorang ‘short girl’ menjadi lebih pendek. Tetapi, bagi ‘short girl’, kelebihan memakai skirt pendek, gambaran kaki anda akan menjadi teratur dan kemas. Dengan gaya skirt yang menonjolkan pinggang anda yang kecil dan kepanjangan skirt sehingga lutut akan menampakkan kaki anda menjadi panjang.
#3 PENCIL SKIRT
Pencil skirt adalah perkara yang ‘wajib’ perlu ada bagi seorang ‘short girl’. Skirt ini berkemampuan dalam membuat anda kelihatan tinggi sambil menonjolkan pinggang anda yang kecil. Pencil skirt ini juga sesuai digunakan sebagai pakaian profesional iaitu sesuai sekiranya ingin kelihatan formal tanpa terlalu konservatif.
#4 CROPPED BLOUSE
Cropped blouse merupakan pakaian yang mempunyai potongan yang sesuai untuk ‘short girl’. Selain baju ini menumpukan pada bahagian tengah badan anda, cropped blouse ini juga berperanan dalam memendekkan badan anda. Baju ini sesuai dipadankan dengan high-waist bottom seperti high-waist skirt, pendek atau seluar panjang yang akan menampakkan anda bergaya dan mempunyai badan yang panjang (kelihatan tinggi).
#5 HIGH-WAIST SHORTS
Memakai high-waist shorts adalah salah satu kaedah dalam menambahkan ketinggian dengan membuat khayalan mempunyai kaki yang lebih panjang daripada sebenarnya. Daripada memilih low-rise jeans dan seluar pendek yang akan menampakkan anda kelihatan lebih rendah, anda boleh menjadikan diri anda kelihatan tinggi dengan memakai high-waist shorts. Pinggul anda akan kelihatan lebih tinggi dan kaki anda akan menjadi ajaib daripada asal.
#6 WRAP DRESS
Bagi mengelakkan anda daripada kelihatan memakai dress gaya yang salah dan kelihatan besar, anda perlu memilih wrap dress kerana dress ini akan menonjolkan badan anda yang bersaiz kecil. Sekiranya anda memilih dalam memakai shirtdress, anda akan kelihatan besar daripada saiz yang sepatutnya dan hasilnya anda kelihatan lebih pendek dan gemuk.
#7 VERTICALLY-STRIPED SHIRT
Corak merupakan salah satu elemen penting dalam mengubah penampilan seseorang. Sekiranya anda ingin kelihatan lebar, jalur mendatar yang tebal adalah pilihan anda. Tetapi bagi ‘short girl’ yang ingin kelihatan tinggi, jalur menegak merupakan corak yang sesuai bagi mereka. Corak ini menjadi pilihan kebanyakkan ‘short girls’.
#8 STRAIGHT-LEG DENIM
Anda tidak perlu memakai oversize denim untuk menampakkan gambaran bagginess. Tetapi anda boleh mengekalkan gambaran bagginess itu dengan memilih straight-leg denim. Seluar ini sesuai bagi ‘short girls’ kerana saiznya yang tidak terlalu besar sehingga menamppakan pemakaian gaya yang salah.
#9 MINI BAG
Ketika memilih beg tangan, saiz memainkan peranan penting dalam mengetahui sama ada beg tersebut sesuai atau tidak untuk ‘short girl’. Untuk ‘short girl’ tahu sama ada sesuai atau tidak, mereka perlu memilih beg yang sebanding dengan saiz badan mereka iaitu beg yang berukuran kecil sehingga sederhana.
#10 LOW-CUT VAMP
Untuk kelihatan mempunyai kaki yang panjang, low cut vamp, mules dan flats dapat memberikan ilusi kepada kaki ‘short girl’ untuk kelihatan panjang berbanding daripada ankle strap sandals.
Jika anda bersedia untuk kelihatan lebih bergaya dengan fesyen yang sesuai, ‘short girl‘ perlu mempunyai keyakinan dan berbangga dengan saiz badan anda!